Giliran Istana Pasca 13 Oktober


 



1. Malaysia unik dalam sistem pemerintahannya. Sebagai sebuah demokrasi dalam kerangka Raja Berperlembagaan, peranan Institusi Raja kekal terutama dalam menentukan dan melantik Perdana Menteri.

2. Dinamika politik di kalangan rakyat walau suhu membahang sekalipun akan ditentukan nasibnya oleh institusi Istana apabila ia sampai ke sempadan garisan untuk menentukan kepimpinan negara dan pentadbirannya. Dalam keadaan biasa, pakej menentukan PM dan kerajaannya berlaku serentak sejurus keputusan PRU diisytiharkan. Parti yang memiliki majoriti akan mencalonkan nama untuk diperkenankan dan dilantik oleh YDPA sebagai PM penggal baru. Urusannya tidaklah rumit dan bersifat 'straight forward' Selesai kerja Istana, rakyat pun kembali dengan urusan mereka dan ahli politik akan pulang ke gelanggang untuk berpencak sehingga giliran PRU seterusnya.

3. Namun pasca 13 Oktober 2020, tidak boleh difahami dalam bentuk lazimnya di peringkat kerajaan persekutuan. Sejak Feb 2020 melalui 'Langkah Sheraton' kelaziman itu dicabar apabila kerajaan yang mendapat mandat rakyat ditukar dengan kerajaan dan kepimpinan baru tanpa PRU. Ketika itu peranan Istana muncul untuk menjalankan fungsinya secara undang-undang bagi memutuskan krisis politik yang berlaku. Peranan YDPA ialah membuat pengesahan mengikut proses ditetapkan tentang benarkah ada majoriti bagi yang mendakwa dan siapa yang layak akan jadi PM baru?!

4. Pasca 13 Oktober adalah rentetan tragedi Februari lalu yang menyaksikan pergelutan pihak yang dirampas menuntut kembali haknya dengan menggunakan kewajaran hak perundangan yang sama. DSAI mendakwa memiliki majoriti, dan dirinya dicalon sebagai PM dipersetujui dari kalangan majoriti. Bezanya TSMY tidak meletakkan jawatan hari ini tetapi Tun M telah meletakkan jawatan dalam krisis tragedi Februari.

5. Menentukan kesahihan majoriti dan calon PM secara berperundangan bukanlah tugas rakyat mahupun pihak yang bergelut, ia adalah tugas Raja yang sangat kritikal untuk meneruskan perjalanan negara. Sudah tentu verifikasi dakwaan ada prosesnya, kaedahnya dan ada teknikalnya dan taktikalnya. Rakyat tidak terlibat dalam proses tersebut walaupun gegak gempita komen-komen yang dibuat di luar istana. Sementara hingar-bingar suhu politik di luar meningkat, istana sibuk memastikan perjalanan undang-undang mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan.

6. Memang benar prosesnya bahawa setiap dakwaan perlu dibuktikan. DSAI telah melalui semua kaedahnya dari medan luar istana. DSAI konsisten ada majoriti kukuh sejak 23hb Sept dan pada 13 Oktober selesai mengadap, DSAI memetik bilangannya iaitu 120 MP. Kita dapat lihat peningkatan isi sidang media DSAI dari dakwaan wujud kepada jumlah bilangan. Dari sudut itu DSAI telah menunjukkan kesahihan dakwaannya.

7. DSAI juga telah mengadap ke bawah Duli Tuanku dengan persediaan rapi majoriti yang didakwanya. Semua telah dijelaskan dalam sidang media 2 Ptg ,13 Oktober. Adapun apa sahaja yang datang dari kenyataan Istana, itu adalah atas kuasa perlembagaan yang ada padanya selain wewenang Tuanku dan kebijaksanaan Baginda untuk membuat apa sahaja respons demi kepentingan suara rakyat di luar Istana.

8. Minggu ini pasca 13 Oktober adalah hari-hari yang sibuk di balik tembok Istana kerana proses verifikasi yang akan menentukan keputusan Baginda Tuanku sedang berjalan. Dari luar, kita hanya nampak ketua-ketua parti akan keluar masuk Istana memenuhi kehendak teknikal undang-undang dan taktikal pihak Istana. Senarai nama sokongan kepada DSAI dari kalangan MP akan dipersembahkan melalui ketua parti masing-masing dan bukan dari DSAI.

9. Sementara itu, lensa rakyat marhaein tidak terelak dari membuat spekulasi panas khususnya yang terkini iaitu ancaman UMNO ke atas PN untuk menarik sokongan kepada TSMY melainkan TSMY menerima syarat-syarat baru bertulis. Pastinya apa yang berlaku memanaskan lagi suhu politik dengan spekulasi 'nakal' dan tentunya akan memberikan kesan kepada kesibukan tugas yang perlu dibereskan oleh pihak Istana.

DSAI dan pemimpin PH menasihati agar semua rakyat tenang dan berikan kepercayaan kepada YDPA untuk memutuskan situasi dengan tepat dan bijaksana demi kepentingan rakyat. Mari kita relaks seketika sementara Institusi Raja kita sedang bertugas.

Shhh...Raja kita sedang bekerja...!

DS Dr

Mujahid Yusof Rawa

 

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden AMANAH

14 Oktober 2020

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/giliran-istana-pasca-13-oktober.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunung Rajah Via Chamang 3 Dan 4 Oktober 2020

Gunung Rajah Via Chamang 3 Dan 4 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 604 hits
Salam Haiii3 4 Haribulan lepas CMa ada follow trip kak liza the siputz queen campsite hiking ke bukit rajah ini adalah kali pertama CMa campsite dan hiking bawak load untuk 1st timer mcm CMa ni Ya Tuhan tersangatlah sakit bahu uols huuuuu p...
Walau Dah Berkali Nervous Tetap Ada Menanti Hari Isteri Fad Bocey Harap Bayi Lahir Tanggal 10 Oktober

Walau Dah Berkali Nervous Tetap Ada Menanti Hari Isteri Fad Bocey Harap Bayi Lahir Tanggal 10 Oktober

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 435 hits
Pengalaman melahirkan anak itu berbeza beza Walaupun sudah beberapa kali melahirkan anak namun perasaan gementar dan bimbang itu tetap ada Inilah yang dilalui oleh isteri pelawak dan pengacara Fad Bocey Nur Syahirah A Rahman yang kini sedan...
Misi Anwar 13 Oktober Keperluan Utama Waktu Covid 19

Misi Anwar 13 Oktober Keperluan Utama Waktu Covid 19

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 266 hits
R MUJAHID YUSOF RAWA13 Oktober 2020 adalah tanggal yang mendebarkan semua pihak DSAI akan mengadap YDPA di Istana Negara secara logiknya semua boleh agak tujuan dan hasil pertemuan itu nanti Ini berpandukan sidang akhbar DSAI yang telah dia...
Analisis Dan Ramalan Untuk Eur Usd Pada 8 Oktober 2020

Analisis Dan Ramalan Untuk Eur Usd Pada 8 Oktober 2020

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 270 hits
Minit mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS semalam tidak mengejutkan pelabur Perkara utama dalam risalah yang diterbitkan adalah keprihatinan pengurus Federal Reserve mengenai sokongan kewangan yang diperluka...
Misi Terpenting Anwar 13 Oktober

Misi Terpenting Anwar 13 Oktober

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 217 hits
Dr Mujahid Yusof Rawa 13 Oktober 2020 adalah tanggal yang mendebarkan semua pihak DSAI akan mengadap YDPA di Istana Negara secara logiknya semua boleh agak tujuan dan hasil pertemuan itu nanti Ini berpandukan sidang akhbar DSAI yang telah d...
Rasmi Huawei Mate 40 Bakal Dilancarkan Pada 22 Oktober

Rasmi Huawei Mate 40 Bakal Dilancarkan Pada 22 Oktober

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 289 hits
Huawei kini telah mengesahkan mereka bakal memperkenalkan siri telefon pintar Huawei Mate 40 pada 22 Oktober 2020 kelak Buat masa ini info penuh berkenaan penawaran siri Huawei Mate 40 masih menjadi misteri dan dijangka akan diketahui lanju...
Kembalikah Kaduk Naik Junjung 13 Oktober Ini

Kembalikah Kaduk Naik Junjung 13 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 230 hits
Kita sedang lalui cabaran paling besar dan getir dalam negara apabila angka jangkitan Covid19 mencacak angkanya ke tahap paling tinggi tahun ini Beberapa daerah termasuk di Klang sedang berhadapan perintah kawalan pergerakan bersyarat Namun...
Kongsi Foto Couple Tarikh 14 Oktober Natasha Hudson Bakal Berkahwin Kali Kelima

Kongsi Foto Couple Tarikh 14 Oktober Natasha Hudson Bakal Berkahwin Kali Kelima

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 557 hits
Pelakon Natasha Hudson memberi bayangan seolah bakal menamatkan zaman solo selepas bercer4i kali keempat pada tahun lalu Menerusi Instagram miliknya Natasha 38 seakan menggambarkan akan ada momen indah yang lebih baik bakal berlaku Apa yang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash