Gigi Susu Anak Perlu Dicabut Jika Gigi Kekal Sudah Tumbuh Di Belakang


Gigi kekal sudah tumbuh di belakang, perlukah gigi susu dicabut? Hal ini sering menjadi dilema pada mama papa. Perlukah dibawa ke klinik atau biarkan ia tercabut sendiri.

“Mama tengok ni. Ada gigi baru tumbuh kat belakang gigi Anis,” kata Anis sambil mengangakan mulut ke arah ibunya. Setelah diteliti, memang ada gigi baru kekal tumbuh di belakang gigi kacip bawah. Memang sudah agak panjang dan tumbuhnya menyenget. Gigi kacip susunya itu juga sudah mula bergoyang apabila ditolak lembut dengan jari. Timbul kekeliruan pada fikiran si ibu sama ada ingin mencabut gigi susu tersebut untuk memberi laluan kepada gigi kekal tumbuh atau membiarkan sahaja gigi susu tersebut tercabut sendiri. Mama dalam dilema…
Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak? Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.
GIGI SUSU MULA GOYANG
Menurut pandangan profesional pergigian, Dr Mazleen Abdul Rahman dari Klinik Pergigian Dr. Leen mengatakan masalah atau dilema ini biasa berlaku terutama sekali bagi ibu bapa dan anak pertama mereka. Katanya ramai yang mendapatkan perkhidmatan untuk mencabut gigi apabila gigi susu anak mereka mula bergoyang.
“Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut urutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
“Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya,” kata Dr Mazleen.
Kanak-kanak akan memiliki 20 batang gigi susu. Warnanya putih dan akan mula luruh apabila mencecah usia lima tahun ke atas dan diganti dengan gigi kekal.
5 KEADAAN GIGI SUSU PERLU DICABUT OLEH DOKTOR
Walau pun begitu, Dr Mazleen memberikan beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh doktor gigi iaitu:
1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang sudah bergoyang.
MITOS TENTANG GIGI TIDAK TERSUSUN
Selain itu, menurut Dr Mazleen, terdapat mitos yang mengatakan sekiranya gigi susu yang sudah bergoyang tidak dicabut segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak tersusun dan bertindan. Katanya,hal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Terdapat beberapa keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh menjadi tidak teratur?

1. Keturunan
Rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat untuk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2.Gigi yang dicabut terlalu awal
Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak mengambil tempat kawasan yang dicabut. Hal ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di lokasi tersebut tiada tempat . Biasanya gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3.Gigi susu yang tidak dicabut
Gigi tidak teratur biasanya terjadi apabila gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh. Pada kebanyakan keadaan, gigi kekal menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.
TIP ELAK ANAK TRAUMA UNTUK PERIKSA GIGI
Dr Mazleen menyarankan ibu bapa agar membawa si manja untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia dua atau tiga tahun. Bukan sahaja bertujuan cabut gigi, tetapi untuk pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
“Hal ini amat penting kerana apabila mereka sudah biasa dan tidak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan sama ada tampalan atau cabut. Jangan sesekali memaksa mereka untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik. Bimbang sekiranya mereka tidak melakukan dengan rela hati mereka boleh menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sehingga dewasa kelak,”.
Katanya lagi, gigi yang bergoyang tidak semestinya  terus dicabut. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Gigi Susu Anak Perlu Dicabut Jika Gigi Kekal Sudah Tumbuh Di Belakang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/gigi-susu-anak-perlu-dicabut-jika-gigi-kekal-sudah-tumbuh-di-belakang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Hisap Jari Usia 5 6 Tahun Wajib Berhenti Nanti Gigi Kekal Keluar Tak Cantik

Anak Hisap Jari Usia 5 6 Tahun Wajib Berhenti Nanti Gigi Kekal Keluar Tak Cantik

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 392 hits
Anak saya suka menghisap ibu jarinya terutamanya waktu tidur Adakah perlu saya risau Perlu jika sudah besar pun masih lagi hisap jari Menghisap jari pada usia masih bayi macam 5 6 bulan adalah normal Anak sudah tahu dengan cara itu boleh me...
Anak Tak Dapat Nutrisi Kalau Salah Simpan Susu Atau Suhu Tak Sesuai Ini Panduannya

Anak Tak Dapat Nutrisi Kalau Salah Simpan Susu Atau Suhu Tak Sesuai Ini Panduannya

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 277 hits
Tak boleh main agak agak kalau nak anak memperoleh khasiat susu ibu yang sebenar Malah ada ibu yang bersungguh buat stok simpanan susu tetapi tidak tahu menjaga suhu dan cara menyimpannya dengan tepat Lebih lebih lagi pada ibu baru pertama ...
Ibu Menyusu Berjaga Malam Sakit Belakang Itu Cinta Tanpa Syarat Untuk Anak

Ibu Menyusu Berjaga Malam Sakit Belakang Itu Cinta Tanpa Syarat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 264 hits
Penyusuan susu ibu adalah makanan TERBAIK untuk bayi kita dan ramai ibu telah mengetahuinya Ia adalah fitrah seorang ibu buat anaknya Namun belum tentu ia boleh berlangsung baik sekiranya tiada atau kurang ilmu Walaupun orang kata penyusuan...
Aldi Taher Akui Sengaja Ingin Viral Biar Diundang Televisi Curhat Ke Onad Buat Beli Susu Anak

Aldi Taher Akui Sengaja Ingin Viral Biar Diundang Televisi Curhat Ke Onad Buat Beli Susu Anak

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 348 hits
Sempat merasa bahwa Aldi Taher agak kurang atau halu Onad jadi merasa kasihan setelah tahu alasan sang artis mencari sensasi
Tentang Berbagi Peran Dalam Rumah Tangga Suami Istri Makin Mesra Anak Tumbuh Dengan Cinta

Tentang Berbagi Peran Dalam Rumah Tangga Suami Istri Makin Mesra Anak Tumbuh Dengan Cinta

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 290 hits
Misalnya nih jangan anggap enteng peran suami yang harusnya membantu istri mengasuh anak saat ia sedang sibuk memasak Nah lo
Kesian Tengok Si Manja Resah Nak Tumbuh Gigi Parents Cuba Lakukan Ini Untuk Tenangkan Bayi

Kesian Tengok Si Manja Resah Nak Tumbuh Gigi Parents Cuba Lakukan Ini Untuk Tenangkan Bayi

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 195 hits
Salah satu fasa anak yang menggerunkan bagi mana mana ibu dan bapa ialah ketika bayi sedang tumbuh gigi Ketika fasa ini si manja pasti akan sering mengamuk akibat dari ketidakselesaan pada gusi Bahkan bayi yang selama ini agak pasif dan men...
Mlmpi Dukvng Anak Suami Wanita K0ngsi Rumahtangga Ret4k Angk4ra Sihlr Pemis4h

Mlmpi Dukvng Anak Suami Wanita K0ngsi Rumahtangga Ret4k Angk4ra Sihlr Pemis4h

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 275 hits
Baru baru ini seorang wanita dikenali sebagai Atin Zainol berkongsi kisah dilema yang ditanggung apabila sih1r Meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga namun dia dan suaminya telah diuji dengan perbuatan terkvtuk tersebut Menerusi video...
Siapa Tidur Kat Bilik Anak Aku Perompak Tertidur Dalam Bilik Sampai Pagi Sebab Aircond Terlalu Nyaman

Siapa Tidur Kat Bilik Anak Aku Perompak Tertidur Dalam Bilik Sampai Pagi Sebab Aircond Terlalu Nyaman

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 424 hits
Siapa tidur kat bilik anak aku Perompak tertidur dalam bilik sampai pagi sebab aircond terlalu nyamanGambar seorang perompak tertidur di rumah yang dipecah masuknya viral di media sosial Apatah lagi rumah yang disasarkannya itu adalah rumah...
Hiburan Mahkamah Tolak Permohonan Lanjut Masa Rayuan Balas Hadanah Anak Lelaki Serina Redzuawan

Hiburan Mahkamah Tolak Permohonan Lanjut Masa Rayuan Balas Hadanah Anak Lelaki Serina Redzuawan

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 406 hits
Sebelum ini pelakon Serina Redzuawan telah menfailkan permohonan mengubah perintah hadanah kekal kepada dua anaknya dengan alasan bekas suami Gavin Edward O luanaigh tidak mengamalkan cara hidup Islam Serina turut menyatakan rasa bimbang an...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa