Gerd Bukan Gastrik





MASALAH asid refluk atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai gastro-esophageal reflux disease (Gerd) adalah penyakit yang sering dialami setiap orang. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengenali masalah Gerd dan sebab itu ia dirujuk sebagai penyakit gastrik.Sungguhpun simptom Gerd dan gastrik banyak persamaannya tetapi punca dan fisiologinya berbeza. Pakar Perunding Bedah Gastro Usus dan Laparaskopik Lanjutan, Pusat Perubatan Pantai, Dr Abdul Fahmi Abdul Karim, berkata Gerd terjadi apabila asid yang berada di dalam perut melimpah ke ruang saluran makanan (esofagus) manakala gastrik pula berpunca daripada asid yang merosakkan dinding lapisan perut. Dr Fahmi berkata, 

Gerd menyebabkan radang, pedih ulu hati dan lain-lain komplikasi pada esofagus. Masalah Gerd terjadi apabila cecair asid, angin atau makanan dari dalam perut naik semula ke esofagus. Ini disebabkan kelemahan otot di persimpangan antara perut dan esofagus untuk mencegahnya daripada naik semula ke saluran makanan. Kebanyakan orang memahami Gerd adalah penyakit seumur hidup. Rawatan terbaik untuk mengawalnya ialah dengan pengambilan ubat. Bagaimanapun, perlu difahami pengawalan bukanlah penyembuhan. Malah, ada kalanya pengambilan ubat dalam tempoh yang lama, misalnya berbelas-belas tahun akan memberi kesan sampingan kepada pesakit. Katanya, sebenarnya, Gerd tidak perlu dideritai seumur hidup. 
Dr Fahmi berkata, ramai yang tidak mengetahui adanya pilihan rawatan melalui pembedahan yang memungkinkan Gerd disembuhkan sepenuhnya. Menerusi kaedah pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan laparoskopik antirefluk atau 'Floppy Nissen Fundoplication', pesakit hanya perlu menjalani pembedahan antara satu hingga dua jam. 

Selepas dibedah, pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan susulan sepanjang hayat. "Secara terperinci, dalam keadaan normal, ada sempadan antara esofagus dan perut yang dikenali sebagai 'oesophago-gastic junction' atau singkatnya disebut OG-junction. Simpang ini dikawal oleh otot pencerut (otot sfinkter) di bawah esofagus. Pada keadaan biasa, otot ini menghalang asid masuk ke esofagus. Bagaimanapun, bagi pesakit Gerd, otot pencerut ini tidak berfungsi dengan baik untuk menghalang asid perut mengalir ke atas," katanya.
Sepintas Lalu Mengenai Gerd

Perut anda dipenuhi dengan asid yang bertindak membantu percernaan makanan. Mungkin anda tidak tahu, asid ini sama tahap keasidannya dengan asid bateri. Walaupun struktur perut memang berupaya mengendalikan asid yang terhasil ini tetapi tidak pada esofagus. Justeru, apabila asid naik semula ke esofagus,

 ia menyebabkan rasa terbakar yang dikenali sebagai pedih ulu hati. Secara umum, semua orang pernah merasai pedih ulu hati tetapi tidak terlalu kerap. Bagaimanapun, jika keadaan ini berlanjutan selama lebih dari satu jam sehari dan sering melanda, anda mungkin berhadapan dengan Gerd. 

Simptom lain termasuk rasa mual atau muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Kesakitan di dada yang sering dialami oleh pesakit Gerd kadangkala disalah anggap sebagai penyakit jantung. Ia terjadi apabila otot pencerut sfinkter tidak tertutup dengan sempurna. Ini menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Gerd dalah masalah kronik yang menyebabkan komplikasi serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.ubatgastrik.com/2015/08/gerd-bukan-gastrik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gastrik Perut Kembung Rasa Macam Sakit Jantung Simptom Angin

Gastrik Perut Kembung Rasa Macam Sakit Jantung Simptom Angin

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 1791 hits
Rasa tak selesa perut Sakit kepala Nak muntah Lemah badan Rasa mcm sakit jantung Kerap sendawa Sembelit INI SIMPTOM ANGIN BERLEBIHAN DALAM BADANDoktor selalu cakap GASTRIK ni Ni ANGIN ni Awas Angin bukan setakat dari PEMAKANAN sahajaSalah s...
Is Apple Cider Vinegar Good For Acid Reflux Or Gerd

Is Apple Cider Vinegar Good For Acid Reflux Or Gerd

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 523 hits
Whenever GERD or acid reflux disorder manifest it irritates the esophagus affecting the traditional flow with the foods towards stomach A Lead to a condition called Barretts esophagus wherein the esophagus takes on an abnormal shape Heartbu...
Info Gerd

Info Gerd

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 746 hits
Definisi GerdKeadaan Kronik yang menyebabkan kandungan dalam perut keluar semula ke esofagus Rasa masam pada tekak Sukar menelan atau tersekat pada tekak atau dada Pengumpulan angin dalam perutSendawa berlebihanSesetengah Orang Mungkin Meng...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

My Comfort Food

Anwar Kirim Sejambak Bunga Buat Mic

Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block

Brain Fuel On The Go Why Natural Nootropic Pouches Are The Future Of Energy

Pengumuman Penting Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib Fam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


An Introduction To The Best Gold Trading Platform In Malaysia

Benda Paling Kecil Tapi Boleh Buat Aku Senyum Hari Ni

Lirik Lagu Mendewasa Amad Dayyan

Sakit Tekak Dan Batuk Bertandang Lagi

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled