George Floyd Kegagalan Barat Tangani Perkauman




KITA dikejutkan dengan kematian Floyd pada 25 Mei yang mengheret kepada ketidakpuasan hati rakyat Amerika. Bermula di Minesotta, sehinggalah hari ini membarah ke banyak negeri. Awal Jun baru ini, Donald Trump, Presiden Amerika telah mengerahkan tentera untuk mengekang protes tersebut.

Demonstrasi semakin panas apabila ratusan kedai dan balai polis dibakar. Sehingga akhir bulan lepas, 500 orang tentera dikerahkan bagi mengawal protes tersebut. Derek Chauvin merupakan salah seorang polis yang menyebabkan kematian Floyd sedang ditahan. Media melaporkan bahawa mereka berempat telah dipecat.

Senator Amerika, Amy Klobuchar dari Minnesota memuji penangkapan Chauvin, menyebutnya “langkah pertama menuju keadilan”.Trump pula melabelkan para penunjuk perasaan sebagai ‘samseng’, dan mengancam tindakan keras terhadap mereka. Pendekatan ini berbeza dengan Obama (mantan Presiden Amerika). Menggambarkan sikap Rasisme yang diamalkan oleh beliau.Manakala Barack Obama pula mengatakan pada hari ini bahwa dia berkongsi ‘penderitaan’ jutaan rakyat Amerika atas kematian Floyd dan mengatakan bahawa perkauman (Rasisme) tidak boleh ‘normal’ di Amerika Syarikat.“Tidak boleh biarkan Rasisme menjadi normal” kata Obama yang dikenali sebagai Presiden kulit hitam AS pertama, dalam satu kenyataannya.Sejarah Rasisme (White Supremacy)White Supremacy adalah kepercayaan rasis bahawa orang kulit putih lebih unggul daripada orang-orang dari kaum lain dan oleh itu harus menguasai mereka. Ia menggambarkan ideologi politik yang mengekalkan dominasi sosial, politik, sejarah, atau institusi oleh orang kulit putih, sepertimana yang dibuktikan oleh struktur sosiopolitik sejarah dan kontemporari. Contohnya Atlantic Slave Trade dari abad ke-16 hingga abad ke-19, Jim Crow Laws di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, White Australia policy dari tahun 1890-an hingga pertengahan 1970-an, dan Apartheid di Afrika Selatan.Mengikut sejarah dunia Barat juga, sememangnya mempunyai rekod sejarah gerakan White Supremacy. Contohnya pada 20 September 2019, United States Secretary of Homeland Security mengumumkan strategi melawan teroris(a) Antara yang diumumkan oleh pertubuhan tersebut, ia merangkumi penekanan baru terhadap bahaya yang wujud dalam gerakan ketuanan kulit putih (White Supremacy) yang semakin subur di Amerika.(b) Sebagai kontra kepada White Supremacy, wujudnya gerakan seperti Black Power Movement, Black Lives Matter, New/Black Panther Party dan sebagainya.Konflik persaingan ‘warna kulit’ sangat subur di dunia Barat akibat daripada unsur Rasisme yang menghantui dunia tersebut.Kegagalan peradaban Barat memerangi RasismeWalaupun Barat yang bertunjangkan ideologi Liberalisme sering melaungkan hak asasi manusia dan kesamarataan kaum, namun realiti masyarakat di sana masih tegar dengan semangat perkauman yang melampau. Keganasan polis terhadap George Floyd hanyalah salah satu di antara episod-episod buruk diskriminasi kaum di US dan Eropah.Menurut soal jawab yang dikeluarkan oleh Civil Rights Movement pada tahun 2001, kebanyakan aktivis hak asasi manusia berpandangan diskriminasi kaum masih menebal di US. Walaupun berbagai undang-undang anti perkauman telah diperkenalkan, namun ia hanya berlaku dalam bentuk perundangan sahaja. Hakikatnya, pandang rendah kaum kulit putih terhadap kaum kulit hitam masih berleluasa di sana. Bahkan ia hanya menjadi alat politikus untuk meraih sokongan semata-mata, bukan lahir dari keikhlasan membanteras perkara tersebut.Pew Research Center, sebuah badan kajian terulung Antarabangsa mengeluarkan laporan kaji selidik pada tahun 2019 menyatakan majoriti penduduk US mengakui perkauman masih wujud, malah semakin kritikal. Walaupun sistem perhambaan dan kasta telah dihapuskan 150 tahun lalu, namun orang berkulit hitam masih merasai tekanan perbezaan warna kulit. Kesamarataan yang diperjuangkan masih belum cukup mencapai kayu ukur yang digariskan.Menurut kajian tersebut juga, golongan berkulit gelap, hispanik dan orang Asia merasakan nasib mereka akan lebih baik jika dilahirkan daripada keturunan berkulit putih. Majoriti berpandangan era Trump memperlihatkan diskriminasi kaum makin melebar berbanding Presiden sebelumnya.Contoh paling dekat yang boleh kita ambil adalah negara jiran, Singapura yang juga menjadikan peradaban Barat sebagai kiblat. Walaupun negara tersebut terkenal dengan diversiti kaum yang kompleks dan undang-undang kesamarataan yang unggul, namun norma diskriminasi masih wujud di kalangan masyarakat. Apabila syarikat milik kaum Cina mengiklankan pekerjaan, mereka meletakkan syarat “boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina” yang sekali gus mengehadkan kaum lain untuk memperolehi peluang tersebut.Bagaimana solusi IslamDalam isu Rasisme ini, Islam mengajar bahawa manusia itu memang diciptakan oleh Allah S.W.T dalam keadaan hidup saling memerlukan:يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
(al-Hujurat: 13)Sistem yang disediakan oleh Allah S.W.T ialah kepelbagaian bangsa, asal-usul, keturunan, latar belakang dan sebagainya. Kepelbagaian ini hakikatnya diciptakan oleh Allah S.W.T untuk hidup dalam keadaan tolong-menolong. Ini kerana setiap bangsa dan keturunan, pasti ada kelebihan masing-masing.Nabi S.A.W bersabda;يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَلَا إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى

“Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhanmu satu, bapa kamu (Adam) juga satu. Tiada kelebihan bagi orang Arab berbanding orang bukan-Arab, tidak juga bagi orang bukan-Arab terhadap orang Arab. Tiada juga kelebihan bagi orang berkulit merah berbanding si kulit hitam, tidak juga bagi si kulit hitam berbanding si kulit merah melainkan dengan takwa.”
(Riwayat Imam Ahmad)Kita juga boleh lihat dalam Sirah Nabi S.A.W, bagaimana Baginda S.A.W memanfaatkan pengalaman Salman al-Farisi yang mencadangkan supaya dikorek parit mengelilingi Madinah. Idea tersebut diambil daripada pengalamannya di Parsi, dan dicadangkan kepada Baginda S.A.W. Cadangan tersebut diterima. Ia menjadi gambaran bahawa perbezaan itu boleh dimanfaatkan antara sesama manusia.Sayyid Qutb berkata di dalam في ظلال القرآن :“Perbezaan bahasa dan warna kulit, perbezaan tabiat dan akhlak, perbezaan kebolehan dan bakat-bakat adalah perbezaan yang tidak seharusnya membawa kepada pergaduhan dan perbalahan, malah ia sewajarnya membawa kepada tolong-menolong dan kerjasama yang erat untuk melaksanakan tugas-tugas kemanusiaan dan melengkapkan keperluan umat manusia. Warna kulit, bangsa, bahasa dan negara tidak mempunyai nilai menurut neraca Allah kerana di sana hanya neraca takwa merupakan satu-satunya neraca yang menentukan nilai dan kelebihan manusia.”Ya, Islam mengajar kita supaya hidup bersosial, dengan makna hidup bermasyarakat. Tidak hidup sendirian di gua, atau gunung-ganang melainkan beberapa ketika sahaja untuk penyucian jiwa. Hal ini boleh dilihat dalam sirah Nabi S.A.W, yang hidup bermasyarakat dan dalam masa yang sama ada masa tertentu Baginda S.A.W bersendiri (berkhalwat).Hidup kerjasamaAllah S.W.T berfirman menyatakan konsep hidup kerjasama dalam Islam;وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”
(al-Maidah: 2)Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang bersistemkan Raja Berperlembagaan. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, pelbagai agama, dalam keadaan mengekalkan hak Bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi.Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi bertentangan dengan fahaman Liberal yang meruntuhkan Amerika dan dunia Barat pada hari ini. Apabila rakyat mereka diberi kebebasan secara berlebihan, mengheret mereka ke arah kehidupan yang tidak terkawal.Malaysia juga bukanlah negara yang berkonsepkan Totalitarian atau Autoritarian yang menyekat terus kebebasan bersuara atau kebebasan berparti. Masyarakat yang hidup dalam suasana Autokrasi juga berhadapan dengan situasi kongkongan dan paksaan.Malaysia mengamalkan konsep kebebasan yang ada batasnya. Ada ruang yang dibuka, ada ruang yang ditutup. Malaysia juga tidak mengamalkan Rasisme sekalipun berbilang bangsa, dan menekankan semangat perpaduan.Di dalam Perlembagaan Persekutuan, “Perkara 152. Bahasa Kebangsaan” menyatakan;(1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa:(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.Kenapa Rasisme tertolak?Rasisme berpunca daripada semangat perkauman yang melampau. Hal ini telah diperingatkan oleh Nabi S.A.W mengenai larangan asabiyyah;ليس منا من دعا الى عصبية، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية

“Bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada semangat ketaksuban, dan bukan dari kalangan kami orang yang berjuang di atas semangat ketaksuban, dan bukan dari kalangan kita orang yang mati atas dasar ketaksuban.”

(Riwayat Abu Daud)Nabi S.A.W juga pernah bersabda menghuraikan maksud asabiyyah yang diharamkan dalam Islam:ﻋﻦ اﻣﺮﺃﺓ ﻣﻨﻬﻢ ﻳﻘﺎﻝ ﻟﻬﺎ ﻓﺴﻴﻠﺔ، ﻗﺎﻟﺖ: ﺳﻤﻌﺖ ﺃﺑﻲ، ﻳﻘﻮﻝ: ﺳﺄﻟﺖ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻘﻠﺖ: ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ، ﺃﻣﻦ اﻟﻌﺼﺒﻴﺔ ﺃﻥ ﻳﺤﺐ اﻟﺮﺟﻞ ﻗﻮﻣﻪ؟ ﻗﺎﻝ: ”ﻻ، ﻭﻟﻜﻦ ﻣﻦ اﻟﻌﺼﺒﻴﺔ ﺃﻥ ينصر اﻟﺮﺟﻞ ﻗﻮﻣﻪ ﻋﻠﻰ اﻟﻈلم”

“Seorang wanita dari penduduk Palestin yang disebut Fasilah, mendengar ayahnya bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah, apakah termasuk asabiyyah jika ada seseorang yang cinta kepada kaumnya?” Nabi S.A.W bersabda: “Bukan. Asabiyyah adalah seseorang membantu kaumnya atas dasar kezaliman.”

(Riwayat Ibn Majah)Antara sebab Rasisme ditolak oleh Islam:(a) Rasisme menafikan hak bangsa lain, sedangkan dalam Islam perlu memberikan hak kepada mereka yang berhak:إن لربك عليك حقا، وإن لبدنك عليك حقا، وإن لأهلك عليك حقا، وإن لزورك عليك حقا، فأعط كل ذي حق حقه

“Sesungguhnya pada Tuhan kamu ada hak yang harus ditunaikan, dan pada dirimu ada hak yang harus ditunaikan, dan pada diri keluargamu ada hak yang harus ditunaikan, maka berilah setiap bahagian akan haknya.”
(Riwayat al Bukhari)(b) Rasisme mengundang kepada perpecahan sedangkan Islam menyuruh kepada kesatuan. Allah S.W..T berfirman menjelaskan antara konsep perdamaian dan kesatuan dalam Islam:وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ٦١ وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ٦٢ وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ٦٣ [الأنفال: 61-63]

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(al-Anfal: 61-63)KesimpulanAllah S.W.T menciptakan kepelbagaian pada makhluk sebagai tanda kebesaranNya;وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya (Allah) ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”

(ar-Rum: 22)Perkara pokok yang membezakan peradaban Islam dan Barat adalah soal keterikatan dengan akhirat. Islam bukan sekadar menetapkan undang-undang di atas dunia, bahkan percaya bahawa sebarang kesilapan manusia juga akan dihukum di akhirat walaupun terlepas di atas dunia. Barat pula yang Sekular terpisah antara dunia dan akhirat.Hasilnya, manusia hanya berlaku adil kerana takutkan undang-undang, bukan atas kesedaran diri. Apabila ada peluang daripada lompang perundangan (loophole) untuk melakukan diskriminasi, pasti ia akan dilakukan.Hanya ajaran Islam sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah perkauman di dunia ini. Nabi S.A.W berpesan supaya membina kehidupan yang harmoni;لا تَحاسدُوا، وَلا تناجشُوا، وَلا تَباغَضُوا، وَلا تَدابرُوا، وَلا يبِعْ بعْضُكُمْ عَلَى بيْعِ بعْضٍ، وكُونُوا عِبادَ اللَّه إِخْوانًا، المُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِم: لا يَظلِمُه، وَلا يَحْقِرُهُ، وَلا يَخْذُلُهُ، التَّقْوَى هَاهُنا ويُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاثَ مرَّاتٍ بِحسْبِ امرئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِر أَخاهُ المُسْلِمَ، كُلّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حرامٌ: دمُهُ، ومالُهُ، وعِرْضُهُ

“Janganlah kamu dengki-mendengki, tipu-menipu, benci-membenci, musuh-memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu berpunca dari sini, sambil Nabi S.A.W menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.”
(Riwayat Imam Muslim)YB USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Dan Penerangan
Kerajaan Negeri Perak – HARAKAHDAILY 17/6/2020E -Buku IH-129: Terserlah AS Yang Perkauman..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/george-floyd-kegagalan-barat-tangani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi George Floyd Ilmuwan Non Muslim Kagum Dengan Cara Nabi Muhammad Menentang Rasisme

Tragedi George Floyd Ilmuwan Non Muslim Kagum Dengan Cara Nabi Muhammad Menentang Rasisme

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 492 hits
Kematian tragis George Floyd di Amerika Syarikat semakin bergema di seluruh dunia Ini dibuktikan dengan banyak kecaman masyarakat terhadap tragedi di sebalik kematian golongan Afrika Amerika Perbezaan kaum etnik agama dan sebagainya sering ...
Viral Video Para Pendemo George Floyd Lindungi Muslim Yang Sholat

Viral Video Para Pendemo George Floyd Lindungi Muslim Yang Sholat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 279 hits
Sebuah video viral menunjukkan ratusan pendemo non Muslim membentuk perisai manusia untuk menjaga Muslim agar bisa shalat selama aksi unjuk rasa menuntut keadilan bagi George Floyd warga kulita hitam AS yang tewas oleh polisi kulit putih Di...
Protests Over George Floyd S Death Expose Raw Race Relations Worldwide

Protests Over George Floyd S Death Expose Raw Race Relations Worldwide

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 332 hits
Police clash with protesters in central London on Wednesday after a demonstration over the death of George Floyd AMSTERDAM Images of a white police officer kneeling on the neck of African American George Floyd who then died have sparked pro...
Kesedihan Dan Kemarahan Iringi Protes Kematian George Floyd Di London

Kesedihan Dan Kemarahan Iringi Protes Kematian George Floyd Di London

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 354 hits
Penunjuk perasaan melemparkan halangan di pintu pagar Downing Street semasa protes kematian George Floyd di London Foto AFPLONDON Perpaduan kesedihan dan kemarahan bergabung menjadi satu di London semalam ketika ribuan generasi muda berhimp...
5 Tugu Menjadi Mangsa Keganasan Kematian George Floyd

5 Tugu Menjadi Mangsa Keganasan Kematian George Floyd

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 260 hits
Insiden kematian lelaki kulit hitam George Floyd bulan lalu membawa pelbagai impak kepada masyarakat di serata dunia Selain perarakan dan sorakan penunjuk perasaan turut bertindak agresif membuat manifestasi menerusi aktiviti menumbangkan s...
Mayweather Beri Sumbangan Untuk Majlis Pengebumian George Floyd

Mayweather Beri Sumbangan Untuk Majlis Pengebumian George Floyd

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 404 hits
Amerika kini sedang bertarung dengan rusuhan yang membabitkan rakyat mereka dan pihak polis Rusuhan ini terjadi selepas kematian George Floyd yang dinggap kejam kerana lehernya ditekan menggunakan lutut sehingga beliau sukar untuk bernafas ...
Aksi Justin Trudeau Ikut Berlutut Menentang Kematian George Floyd

Aksi Justin Trudeau Ikut Berlutut Menentang Kematian George Floyd

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 280 hits
Aksi Justin Trudeau Ikut Berlutut Menentang Kematian George Floyd Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengenakan masker ikut berlutut saat demonstrasi menentang kematian George Floyd oleh petugas kepolisian Minneapolis
Menyusuri Jejak Kelompok Antifa Dalam Demo George Floyd

Menyusuri Jejak Kelompok Antifa Dalam Demo George Floyd

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 392 hits
Jakarta CNN Indonesia Aksi unjuk rasa antirasialisme di Amerika Serikat akibat kematian seorang warga kulit hitam George Floyd yang disebabkan kekerasan polisi kembali membuat kelompok Antifa menjadi sorotan Presiden AS Donald Trump bahkan ...
M Sian Who Used George Floyd S Last Words To Sell Air Filters Says She Was Stressed By Mco

M Sian Who Used George Floyd S Last Words To Sell Air Filters Says She Was Stressed By Mco

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 523 hits
In a since deleted Facebook post the woman from Penang captioned it George Flolyd 8mins is what is takes for air for a life Mama I can now breathe small Cover image via Yahoo News span span small Over the week a woman in Penang decided to u...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan