Gedung Beli Belah Perlu Beri Moratorium Sewa


Oleh Mahani Ishak Peniaga kedai runcit, Mahadzir M Hassan menyusun barangan di kedainya ketika tinjauan fotoBernama hari ini.Pada pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk usahawan mikro yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan dan Bank Negara akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 billion yang merangkumi inisiatif utama.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA  KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyarankan gedung beli-belah supaya memberikan moratorium kepada penyewanya demi kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata harapan sama juga dizahirkan kepada anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang masih tiada penetapan khusus, supaya memberikan moratoriumnya sendiri.
Katanya, MEDAC sudah berinteraksi dengan beberapa pihak berkaitan dalam usaha membantu usahawan dan pihak itu mengatakan kerajaan banyak membantu usahawan menerusi pengumuman yang dibuat.
"Kerajaan sudah bantu dengan Program Subsidi Upah untuk pekerja, pemberian moratorium bank oleh Bank Rakyat, SME Bank, koperasi usahawan dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) kepada peminjamnya.
"Namun yang tinggal adalah penyewa di bangunan di premis swasta, anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ini belum mendapat penetapan moratorium," katanya pada sidang media mayanya hari ini.
Terdahulu, beliau mengumumkan MEDAC akan menggunakan peruntukan RM100 juta daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi pemulihan khas membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Ini berikutan usahawan dalam bidang bukan perlu itu menghadapi cabaran getir berikutan perniagaannya yang terawal ditutup dan yang terakhir dibenarkan beroperasi susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 mulai tahun lalu sehinggalah penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh pada ketika ini.
Wan Junaidi berkata, gedung beli-belah yang sudah bertahun meraih pulang besar disarankan supaya memberikan moratorium atau pengecualian yang berpatutan kepada penyewanya.
"Jika sesuatu gedung tiada penyewa, ia tidak mungkin dapat bertahan. Selepas sekian lama menjana keuntungan hingga belasan tahun, tidak mungkin mereka rugi jika berkorban setahun membantu peruncit kecil, mereka tidak akan terjejas.
"Ini supaya mereka dapat kekal di gedung itu dan apabila perniagaan kembali serta PKP dan konflik reda, gedung dapat mendapat kembali pulangannya," katanya.
Katanya, tidak mungkin gedung besar mengalami kerugian dalam tempoh setahun berikutan memberikan penangguhan bayaran tetapi langkah itu adalah untuk kebaikan bersama.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata, beliau sudah mencadangkan kerajaan supaya mengklasifikasikan petugas barisan hadapan dalam bidang keusahawanan untuk diakui seperti petugas kesihatan dan keselamatan negara.
"Justeru pegawai yang sering berjumpa dengan orang ramai itu seperti petugas kaunter depan, kakitangan agensi serta peniaga kecil perlu perlu diberi keutamaan program vaksinasi.
"Justeru kelompok peniaga ini terutamanya perlu diberikan keutamaan perlindungan vaksinasi. Saya sudah berbincang Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Beliau memberi jaminan membantu MEDAC memberikan vaksinasi mulai pertengahan Julai apabila bekalan vaksin semakin banyak diterima," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/gedung-beli-belah-perlu-beri-moratorium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Penerima Vaksin Covid19 Sahaja Boleh Masuk Ke Pusat Beli Belah

Hanya Penerima Vaksin Covid19 Sahaja Boleh Masuk Ke Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 1256 hits
Mulai 1 Ogos ini larangan kemasukan ke pusat beli belah terhadap individu yang tidak menerima vaksin COVID 19 mulai 1 Ogos ini akan mula dilaksanakan BACA Jangan risau kerana ini bukan berlaku di Malaysia dan ini hanya diputuskan oleh pihak...
Pusat Beli Belah Atau Pusat Membeli Belah

Pusat Beli Belah Atau Pusat Membeli Belah

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 554 hits
Jom kita tengok video ini berkenaan penggunaan kata perkataan pusat beli belah atau pusat membeli belah Betulkan yang biasa biasakan yang betul
Moratorium Dan Subsidi Sewa Apakah Penyewa Dapat Manfaat Dari Moratorium

Moratorium Dan Subsidi Sewa Apakah Penyewa Dapat Manfaat Dari Moratorium

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 150 hits
June 29 2021 1 Tadi baca tajuk berita Kerajaan akan melaksanakan Moratorium Pada asasnya ia baik Tetapi masih belum bersasar Aku konsisten bersetuju dengan konsep Subsidi sewa yang diamalkan di German dan Singapura Kalau aku mahu Populis Ak...
Pemulih Package Six Month Loan Moratorium Rm5k Epf Withdrawal

Pemulih Package Six Month Loan Moratorium Rm5k Epf Withdrawal

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 352 hits
The government today announced that a six month bank loan moratorium will be granted to all borrowers regardless of their income levels Previously the moratorium was only reserved for the B40 community Prime Minister Muhyiddin Yassin who an...
Moratorium Lulus Sahaja Automatik Tapi Kena Mohon Dulu Kata Muhyiddin

Moratorium Lulus Sahaja Automatik Tapi Kena Mohon Dulu Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 318 hits
June 29 2021 Kerajaan inilah yang mula mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i Lestari i Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID 19 Kita telah menjadi antara negara terawal d...
Smes Request For Automatic Six Month Loan Moratorium Approval

Smes Request For Automatic Six Month Loan Moratorium Approval

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 356 hits
The Small Medium Enterprises Association today urged the government to extend the sixth month loan moratorium automatically to all SMEs instead of allowing banks to deliberate on a case by case basis Samenta president William Ng said this i...
Loan Moratorium Again Thank You Anticipating Complications Bank Negara Please Anticipate Problems Now

Loan Moratorium Again Thank You Anticipating Complications Bank Negara Please Anticipate Problems Now

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 352 hits
May I express my gratitude to YAB Perdana Menteri who has announced another SIX months loan moratorium My suggestion is that this new SIX month loan moratorium be extended to all borrowers individual as well as companies Right now it covers...
Moratorium Enam Bulan Kepada Semua Peminjam Individu

Moratorium Enam Bulan Kepada Semua Peminjam Individu

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dengan kerjasama pihak bank moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu sama ada dari golongan B40 M40 atau T20 dan usahawan mikro AdvertisementKatany...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Drama Kelas Belakang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia