Gb Sk Ulu Ansuan Tampil Buat Penjelasan Sebenar



KOTA KINABALU: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid, George Odol yang sebelum ini mendedahkan terpaksa tinggal dalam stor prasekolah tampil menjelaskan video dimuat naik beliau di TikTok sebelum ini adalah situasi dilaluinya sebelum rumah guru yang usang itu, siap dinaik taraf.

Menerusi video dikongsikan di laman Facebook Malaysia Mendidik semalam, George menunjukkan perkembangan terkini sederet rumah guru sudah siap dinaik taraf dan mula digunakan warga pendidik sekolah berkenaan.

“Saya ingin mengulas mengenai video yang saya ‘upload’ (muat naik) minggu lalu mengenai isu rumah guru di sekolah ini terutama guru besar yang tinggal di stor prasekolah.

“Untuk makluman, kenyataan saya itu tidak membabitkan dua bulan terakhir perkhidmatan saya di sekolah ini. Saya mula datang melapor diri untuk bertugas sebagai pentadbir di sekolah ini pada Jun 2020 dan akan menamatkan perkhidmatan saya di sekolah ini pada 27 November 2023, lagi beberapa hari.” ujarnya.

George berkata, Kementerian Pendidikan sudah mengambil langkah iaitu rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang.

Beliau merujuk kepada peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM200,000 yang disalurkan Kementerian Pendidikan bagi menyelenggara dan menaik taraf rumah guru sedia ada yang bermula pada Jun lalu dan siap bulan ini.

“Dalam rancangan jangka pendek, Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk menyelenggarakan rumah guru sedia ada di sekolah ini sebanyak tujuh unit dan siap sepenuhnya pada hari ini (semalam) dan sudah mula dihuni oleh guru di sekolah ini,” katanya.

Bangunan terbabit mengandungi tujuh pintu kelihatan kemas dan teratur berbanding bangunan asal yang hanya dilengkapi lima pintu berdindingkan zink yang kelihatan daif dan tidak selesa sebagai tempat tinggal.

Difahamkan, bangunan asal berbentuk rumah panjang yang dijadikan rumah guru itu pada mulanya dibina oleh guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat kerana tiada kuarters guru dibina di sekolah terbabit sejak ia dibuka pada 2000.

“Rancangan jangka panjang pula, Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM12.5 juta untuk membina empat lagi rumah guru di sekolah ini.

“Jadi, dengan dua tindakan drastik yang diambil Kementerian Pendidikan melalui rancangan jangka pendek dan panjang, ini bererti isu rumah guru di SK Ulu Ansuan ini akan berakhir dalam masa yang terdekat ini,” katanya.

Peruntukan bagi projek jangka panjang diumumkan dalam Belanjawan 2024 itu turut merangkumi pembinaan blok akademik dan pentadbiran sekolah.

Video dikongsi George sebelum ini yang menunjukkan suasana stor dijadikan tempat tinggalnya mendapat perhatian ramai sebelum Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tindakan yang sudah diambil bagi menangani isu berkenaan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/gb-sk-ulu-ansuan-tampil-buat-penjelasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikritik Penonton Kerana Pengotor Pihak Produksi Unexpected Business 3 Tampil Beri Penjelasan

Dikritik Penonton Kerana Pengotor Pihak Produksi Unexpected Business 3 Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 158 hits
Pihak produksi tampil beri permohonan maaf atas isu yang tular baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Rancangan Unexpected Business 3 merupakan rancangan hiburan di mana pelakon terkenal Jo In sung serta Cha Tae hyun menjalankan perniagaan di sebu...
Kpm Tambah Baik Kemudahan Di Sk Ulu Ansuan

Kpm Tambah Baik Kemudahan Di Sk Ulu Ansuan

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 283 hits
KEMUDAHAN nbsp di Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan di Telupid Sabah akan ditambah baik demi kesejahteraan seluruh warga sekolah berkenaan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan kerja pembinaan melibatkan blok akademik dan pent...
Dr Agus Wajib Tampil Beri Penjelasan Buat Laporan Polis Jika Fitnah

Dr Agus Wajib Tampil Beri Penjelasan Buat Laporan Polis Jika Fitnah

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 301 hits
Sejak petang semalam berlegar di media sosial sebuah klip video yang mirip wajah Ketua Pengarah J kom Prof Dr Mohd Agus Yusof Video tersebut memaparkan perbualan mesra dan romantis antara seorang lelaki mirip wajah Dr Agus itu dengan seoran...
Heboh Pengurus Bem Lecehkan Mahasiswi Baru Ini Penjelasan Uny

Heboh Pengurus Bem Lecehkan Mahasiswi Baru Ini Penjelasan Uny

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 170 hits
Dugaan pelecehan seksual itu berawal dari unggahan akun X laavanyaisvara
Video Penjelasan Ketua Mkmk Jimly Tak Pecat Anwar Paman Gibran Sebagai Hakim Mk

Video Penjelasan Ketua Mkmk Jimly Tak Pecat Anwar Paman Gibran Sebagai Hakim Mk

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 171 hits
Jimly menjelaskan jika keputusannya adalah diberhentikan tidak dengan hormat maka ada peluang Anwar mengajukan banding
Matan Taqrib Penjelasan Singkat Dan Jelas Mengenai Shalat Malam Shalat Dhuha Dan Shalat Tarawih

Matan Taqrib Penjelasan Singkat Dan Jelas Mengenai Shalat Malam Shalat Dhuha Dan Shalat Tarawih

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 130 hits
Berikut ini adalah penjelasan menarik mengenai tiga shalat sunnah muakkad yaitu shalat malam shalat Dhuha dan shalat tarawih Penjelasan ini diambil dari penjelasan matan taqrib karya Al Qadhi Abu Syuja
Pn Wajib Tuntut Penjelasan Hamzah Takiyuddin

Pn Wajib Tuntut Penjelasan Hamzah Takiyuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 251 hits
Selepas empat Ahli Parlimen Bersatu mengumumkan sokongan kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim demi untuk mendapat peruntukan Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin beberapa hari lalu meminta agar akta lompat parti perlu dikaji semula I...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna