Garis Panduan Jakim Adab Sambut Perayaan Bukan Islam Untuk Lindungi Akidah


bharian.com.my
Februari 7, 2025 @ 8:44am


Satu daripada enam nilai teras Malaysia MADANI adalah Hormat, merujuk kepada 'perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia'.

Teras murni ini pasti menjadi rujukan, pedoman dan panduan kerajaan serta agensinya bagi mewujudkan satu tatakelola kerja atau peraturan baharu hendak diwujudkan.

Atas faktor ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mewujudkan garis panduan bagaimana adab dan larangan bagi orang Islam menyambut perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mohktar menjelaskan, cadangan garis panduan itu masih dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti, sekali gus tidak wajar menjadi isu politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan Kabinet akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Timbul keanehan di sini apabila terdapat segelintir komuniti bukan Islam bertindak menentang cadangan diwujudkan garis panduan baharu daripada JAKIM ini serta bersikap 'lebih sudu daripada kuah' berbanding umat Islam.

Sedangkan sasaran JAKIM mewujudkan garis panduan ini adalah khusus untuk orang Islam dan tidak membabitkan bukan Islam.

Sudah pasti JAKIM melihat kepentingan garis panduan ini mengikut Perkara 3 Perlembagaan yang menegaskan Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara 11 pula menyatakan: 'Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya serta tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya'. Kebebasan ini membentuk perpaduan kukuh antara kaum dan dibuktikan dengan keamanan dikecapi rakyat selama ini.

Justeru, sepatutnya tidak timbul rasa prejudis komuniti bukan Islam apabila JAKIM hendak mewujudkan garis panduan mengenai kehadiran umat Islam dalam majlis atau acara membabitkan bukan Islam.

Dalam Islam, ada peraturan tertentu mengenai jenis pergaulan dibenarkan, terutama dalam konteks agama dan kepercayaan. Garis panduan itu bertujuan membantu umat Islam terutama pemimpin berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam serta cara menghormati prinsip agama mereka, tanpa melanggar batasan syariat.

Garis panduan ini juga memberi panduan bagaimana umat Islam boleh berinteraksi dengan bukan Islam dengan cara sopan dan beradab, tanpa menyinggung perasaan atau menyebabkan konflik untuk menjaga keharmonian masyarakat pelbagai agama dan budaya.

Ini kerana sesetengah acara mungkin mengandungi unsur bertentangan syariat Islam, maka garis panduan ini membantu umat Islam membuat keputusan bijak memilih jenis majlis atau acara patut dihadiri serta mana perlu dielakkan.

Jelas di sini, prejudis yang berbangkit adalah disebabkan kekeliruan sesetengah pihak mengenai prinsip 'boleh dan tidak boleh' umat Islam boleh terbabit dalam sesuatu acara atau majlis bukan Islam.

Prinsip asas garis panduan itu adalah untuk melindungi umat Islam daripada pengaruh yang boleh mengganggu kehidupan beragama mereka, bukan menyekat kebebasan perhubungan antara kaum.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/garis-panduan-jakim-adab-sambut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garis Panduan Pembabitan Umat Islam Dalam Perayaan Agama Lain Dibincang Hari Ini Pm Anwar

Garis Panduan Pembabitan Umat Islam Dalam Perayaan Agama Lain Dibincang Hari Ini Pm Anwar

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 157 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Putrajaya PUTRAJAYA 7 Feb Cadangan garis panduan khusus berkaita...
Na Im Sedih Niat Baik Garis Panduan Majlis Bukan Islam Disalah Erti

Na Im Sedih Niat Baik Garis Panduan Majlis Bukan Islam Disalah Erti

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 132 hits
freemalaysiatoday com 07 Feb 2025 10 00 AMMenteri Agama Na im Mokhtar berkata tujuan baik cadangan itu disalah fahami sesetengah pihak kerana ia sepatutnya menggalakkan perpaduan dan keharmonian Na im Mokhtar turut mengingatkan semua pihak ...
Garis Panduan Batal Jakim Boleh Nasihat Tapi Tak Bersifat Dasar

Garis Panduan Batal Jakim Boleh Nasihat Tapi Tak Bersifat Dasar

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 129 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 7 2025 2 18 PMKabinet memutuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah dalam acara bukan Islam di rumah ibadat mereka Bagaimanapun nasi...
Garis Panduan Akmal Tak Setuju Pm Ingatkan Orang Bukan Islam Jangan Campur

Garis Panduan Akmal Tak Setuju Pm Ingatkan Orang Bukan Islam Jangan Campur

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 192 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 8 2025 9 48 AMKetua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh tidak bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa tiada keperluan untuk garis panduan baru bagi orang Islam menyertai acara di rumah ibadat b...
Lindungi Privasi Anda Panduan Lengkap Menggunakan Lock Chat Di Whatsapp

Lindungi Privasi Anda Panduan Lengkap Menggunakan Lock Chat Di Whatsapp

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 160 hits
WhatsApp telah memperkenalkan satu ciri baru yang dikenali sebagai Lock Chat untuk meningkatkan privasi pengguna Dengan ciri ini anda boleh mengunci perbualan tertentu supaya hanya anda yang boleh mengaksesnya menggunakan pengesahan biometr...
Sultan Selangor Tegas Menentang Cadangan Garis Panduan Yang Timbulkan Kontroversi

Sultan Selangor Tegas Menentang Cadangan Garis Panduan Yang Timbulkan Kontroversi

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 118 hits
HarapandailyFebruary 8 2025Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan pendirian tegas baginda menentang cadangan garis panduan untuk umat Islam menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam Baginda berpandangan cadangan ...
Garis Panduan Ulama Buat Bukan Suka Suka

Garis Panduan Ulama Buat Bukan Suka Suka

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 177 hits
harakahdaily netFebruary 10 2025MARAN Timbalan Presiden PAS Dato Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa umat Islam memerlukan garis panduan yang jelas dalam menghadiri upacara keagamaan bukan Islam Menurut Ahli Parlimen Kubang Ke...
Umno Ingatkan Semua Henti Bersaing Isu Garis Panduan Agama

Umno Ingatkan Semua Henti Bersaing Isu Garis Panduan Agama

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 128 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 7 2025 11 32 AMUmno menggesa semua pihak supaya berhenti bersaing sesama sendiri dalam mengeluarkan kenyataan berhubung polemik garis panduan yang dicadangkan untuk umat Islam Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi...
Bekas Penyanyi Tinggalkan Dunia Glamour Untuk Peluk Islam

Bekas Penyanyi Tinggalkan Dunia Glamour Untuk Peluk Islam

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 128 hits
Wartawan MalaysiaGazetteTan Mei Paik mengucapkan dua kalimah syahadah yang dipimpin Che Siti Nuraisyah Che Suhaimi sambil disaksikan oleh Zolkifly Md Lazim di Masjid Permatang Janggus Permatang Pauh Pulau Pinang PERMATANG PAUH Aku pernah me...
Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord

Man Kinabalu Sibidat Kumut Kumut Chord

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash

Kepok Untuk Arwah Mak Lambang Kasih Yang Tidak Pernah Padam