Garis Masa Concert Raihan Bakal Semarakkan Semula Muzik Nasyid
Assalammualaikum semua! Mesti ramai merindui untuk hadir ke konsert Nasyid? Konsert Nasyid adalah di antara yang Ruby nantikan. Kalian jangan fikir bahawa ini hiburan semata-mata. Konsert Nasyid lebih dekat dengan jiwa sebab lontaran suara mereka semasa nyanyian akustik. Sangat menusuk jiwa.
Di tambah pula dengan peralatan muzik percussion. Ia amat meruntun jiwa apabila anda dapat mendengar secara langsung. Kombinasi ini sememangnya amat dirindui. Sebab? Sebab masa tahun 90-an dulu Ruby dah tonton persembahan Raihan secara langsung. Mak bawa kami ke Uda Ocean untuk tengok Raihan. Siap dapat tandatangan poster lagi tau.
GARIS MASA CONCERT RAIHAN BAKAL SEMARAKKAN SEMULA MUZIK NASYID
Garis Masa Concert - Raihan dijadualkan berlangsung pada 26 November 2022 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Rakyat Malaysia tetap merindui konsert Nasyid Raihan. Masa zaman Ruby kecil dulu. Nasyid Raihan lah yang sering kedengaran. Dari kaset ke cd lagu. Dari dalam rumah ke kereta. Lagu itu lah yang sering kami dengar. Mudah mak nak mengajar tentang Islam melalui muzik. Kanak-kanak mana la suka dengar ceramah kan. Lagu Raihan buat kami teratur tahu siapa 25 Rasul. Ashsholaatu 'alannabbi...
Nasyid ialah karya muzik vokal, yang penuh dengan lirik pujian. Dinyanyikan dengan cara a cappella atau dengan alat muzik, mengikut gaya atau tradisi tertentu dalam Islam. Alat muzik juga mengikut syariat Islam seperti Kompang, Rebana, Gendang, Tambourine, Damaru, Dholak, Dram dan lain-lain. Pemain alat muzik ini kebiasaannya memiliki keunikan dalam mengendali instrumen. Semangat yang diberikan juga luar biasa. Nasyid terkenal di seluruh dunia Islam. Bahan dan lirik nasyid biasanya merujuk kepada kepercayaan Islam, sejarah, agama dan peristiwa semasa
GARIS MASA CONCERT - RAIHAN
Sekitar tahun 90-an, sebuah kumpulan dengan nama Raihan tiba-tiba mendominasi pasaran hiburan tempatan. Tahun yang penuh dengan lagu alternatif, tangkap leleh dan rock kapak. Bagaimana Nasyid boleh menembusi pasaran sehingga ke peringkat antarabangsa? Ketika itu juga ramai ingin menjadi seperti Raihan. Brotherhood yang membawa kepada rezeki berterusan. Mereka terkenal dengan sikap merendah diri
Garis Masa Concert - Raihan
Penganjur: WNS Marketing & Events Sdn BhdTarikh: 26 November 2022Lokasi: Stadium Malawati, Shah AlamMasa: 8:45 malam
Garis Masa bermaksud perjalanan Raihan sejak 1996. Dari permulaan kepada masa kini. Raihan, seperti namanya yang membawa maksud tumbuhan harum atau bunga syurga, mereka memperjuangkan irama nasyid. Dan sebagai sebuah kumpulan nasyid, penangan kemunculan Raihan pada saat itu telah mencetus fenomena
Album debut berjudul Puji Pujian telah memecahkan rekod penjualan album lokal dengan terjual sebanyak 750,000 unit dan sehingga kini tiada selebriti tempatan memecahkan rekod jualan tersebut.
Dari kiri anggota kumpulan nasyid Raihan - Amran Ibrahim, Che Amran Idris dan Abu Bakar Md Yatim
Dengan megahnya pencapaian yang diraih, Raihan yang kini dianggotai oleh Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim terus mendapat perhatian dari peminat muzik di seluruh pelusuk dunia. Bukan hanya negara Asia seperti Hong Kong, Kuwait, Dubai, Thailand dan Syria, muzik Raihan bergema dan disanjungi sehingga ke Eropah, Amerika Utara sehingga ke benua Afrika
Tanpa sedar, usia karier Raihan sudah melewati 25 tahun. Untuk merayakan perjalanan penuh liku mereka, Raihan akan muncul dengan konsert yang boleh disifatkan sebagai epik menerusi Garis Masa Concert - Raihan
Dari kiri Amran Ibrahim (Raihan), Jim Liew (Wakil WNS Marketing & Events Sdn Bhd), Che Amran Idris (Raihan) dan Abu Bakar Md Yatim (Raihan).
“Garis Masa Concert- Raihan akan membawa kita kembali ke zaman kegemilangan mereka dan menghidupkan semula nostalgia serta fenomena alunan nasyid yang pernah menjadi kegemaran peminat muzik di Malaysia.
“Sebagai kumpulan yang telah mencipta pelbagai sejarah dan rekod serta menerima pengiktirafan, kami percaya Garis Masa Concert- Raihan mampu menarik orang ramai untuk menonton konsert mereka, malah ia akan menjadi sebuah persembahan yang lain dari biasa peminat saksikan,” ujar Jim Liew selaku penganjur mewakili WNS Marketing & Events Sdn Bhd.
“Raihan membawa mesej kebaikan sepanjang zaman. Setiap agama mengajar tentang kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Saya percaya bahawa muzik juga salah satu dorongan kepada kebaikan. Dan Raihan sudah membuktikan dari tahun 90an merentas 6 benua dari dulu hingga kini.
Mereka malah pernah membuat persembahan di hadapan Queen Elizabeth dengan menyanyikan lagu nasyid. Malah lagu-lagu dan persembahan mereka merentas hingga ke Dubai, Afrika, Rusia dan banyak negara lagi,” ujar Jim Liew lagi tentang pemilihan Raihan dalam konsert akan datang ini.
Menurut Jim Liew lagi, judul Garis Masa diambil kerana dirasakan sesuai dengan ‘timeline’ untuk mereka yang sudah mendengar lagu-lagu Raihan dari kecil hingga sekarang. Malah muzik Raihan juga didengar dan dinikmati oleh pelbagai bangsa dan agama.
“Kawan-kawan Melayu kalau mahu berpuasa akan dengar lagu niat puasa dari Raihan. Saya teruja bila rekod Raihan mampu terjual hingga 800,000-unit dan masih belum dipecahkan. Walaupun artis sekarang dapat berjuta-juta view, belum tentu dapat mengatasi perjalanan garis masa Raihan,” tambah Jim Liew dengan yakin dan syukur.
Persembahan yang akan memakan masa sekitar 90 minit dan bermula pukul 8.45 malam itu akan menyaksikan Raihan mengalunkan untaian hit mereka termasuk Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul, Syukur, Bismillah, dan Senyum.
Mendengar seleksi judul lagu yang diberikan pun membuat banyak peminat Raihan memutar nostalgia terhadap kehebatan alunan muzik kumpulan nasyid ini yang tidak berlebihan tetapi cukup mengasyikkan
Sementara itu, mewakili Raihan, Che Amran melahirkan rasa bersyukur kerana di sebalik banyaknya lambakan konsert, kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini akan ikut menyemarakkan suasana dengan nuansa muzik nasyid kebanggaan mereka
“Kami sangat bersyukur kerana ikut berpeluang melakukan Garis Masa Concert- Raihan dalam pada masa kini kebanyakan peminat mungkin sedikit kurang mendengar lagu lagu nasyid seperti sekitar akhir tahun 90-an
“Terima kasih kepada penaja kerana percaya dan mahu Garis Masa Concert- Raihan dilaksanakan pada 26 November depan.
“Semoga peminat Raihan yang sedia ada boleh menggamit nostalgia dan peminat baharu mengenali gaya muzik Raihan yang kali ini akan muncul dengan pelbagai instrumen dan akan menjadi sesebuah seni itu kedengaran indah disamping membina kenangan baru antara Raihan dan peminat semua,” ujarnya
TIKET GARIS MASA CONCERT - RAIHAN MULA DIJUAL
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun wajib ditemani oleh ibu bapa/penjaga yang sah pada setiap masa. Kemasukan percuma untuk kanak-kanak umur 6 tahun dan ke bawah tetapi berkongsi tempat duduk dengan penjaga
PLATINUM (KIRI / KANAN)DEWASA: RM 454KANAK-KANAK: RM 319
DIAMOND (KIRI / KANAN)DEWASA: RM 304KANAK-KANAK: RM 214
GOLD (KIRI / KANAN)DEWASA: RM 254KANAK-KANAK: RM 179
CAT1 (FREE SEATING)DEWASA: RM 354KANAK-KANAK: RM 249
CAT2 (FREE SEATING)DEWASA: RM 304KANAK-KANAK: RM 214
CAT3 (FREE SEATING)DEWASA: RM 204KANAK-KANAK: RM 144
CAT4 (FREE SEATING)DEWASA: RM 174KANAK-KANAK: RM 123
CAT5 (FREE SEATING)DEWASA: RM 114KANAK-KANAK: RM 81
CAT6 (FREE SEATING)DEWASA: RM 99KANAK-KANAK: RM 70.50
Tiket-tiket dijual bermula 25 Ogos 2022 di www.ticket2u.com.my. Jumpa kalian semua di 26 November 2022 nanti! Jom sokong konsert irama nasyid tempatan. Raihan adalah lambang kejayaan Nasyid Malaysia. Seharusnya disanjung di negara sendiri sehingga sekarang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/08/garis-masa-concert-raihan-bakal.html