Garage 51 Aglio Olio Pancake Burger Dan Milkshake


Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan MilkshakeGarage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Anda yang sukakan suasana kafe hipster, apa kata anda cuba makan dekat Garage 51. Garage 51 ini terletak di Bandar Sunway dan berdekatan sekitar Sunway University dan Sunway Collage. Sebenarnya kafe ini MOMI pernah pergi dulu dengan kawan-kawan, tapi kali ini pergi atas jemputan review untuk IG. Jadi, apa hidangan yang menarik dekat Garage 51 ini? Mari MOMI kongsikan.

Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake

Tempat makan yang selesa dan berhawa dingin serta sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar. Jika anda datang menaiki kereta, mungkin susah sikit nak cari parkir. Waktu yang sesuai untuk datang ke Garage 51 adalah pukul 3:00 petang hingga 5:00 petang. Dulu-dulu pergi sebab viral Milkshake Garage 51 yang meriah, jadi tak pesan makanan dekat sini. Harganya bagi MOMI sangat berbaloi dengan rasa dan portion makanannya. Untuk pengetahuan anda, Garage 51 tidak mempunyai sijil halal dan ia merupakan kafe 'pork-free'. 

Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake

Menu Garage 51 Sunway
Untuk kali ini, MOMI pesan beberapa jenis hidangan iaitu Spaghetti Aglio Olio with Grilled Chicken, Grilled Chicken Breast Burger with Fries, Garage Pancake with Nutella dan Messed Up Family Milkshake - The Cousin (Salted Caramel).

Spaghetti Aglio Olio with Grilled Chicken
Harga : RM23

Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake

Sebab adik MOMI teringin nak makan, MOMI pesan Spaghetti Aglio Olio with Grilled Chicken. Rasa Aglio Olio memang sedap dan 'creamy'. Ditambah pula dengan potongan ayam yang dipanggang. Memang puas hati


200g Grilled Chicken Breast Burger with Fries
Harga : RM25

Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake

Bila tengok kawan-kawna review, rasa macam menarik juga untuk dicuba. Grilled Chicken Breast Burger with Fries portionnya sangat besar dan memang sedap. Ada 2 kepingan ayam tebal dalam burger tersebut. Dimakan pula dengan kentang goreng, memang kenyang. 

Garage Pancake with Nutella
Harga : RM22

Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake

Dah kenyang makan hidangan utama, kita masuk bahagian pencuci mulut pula. Kali ini MOMI pesan Garage Pancake with Nutella. Rasa Pancakenya sangat lembut dan uniknya ada pacigari yang berisi coklat didalamnya. Anda boleh suntik coklat didalam pacigari diatas pancake. Serius sedap. Siap ada potongan buah strawberi dan buah bluberi


Messed Up Family Milkshake - The Cousin (Salted Caramel)
Harga : RM18.90

Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake

Tujuan untuk ke Garage 51 ini adalah 'Milkshake'. Milkshake di Garage 51 dikenali dengan 'messy' topping diatasnya. The Cousin adalah salah satu dari Messed Up Family Milkshake, yang rasanya adalah 'Salted Caramel Milkshake' dan diatasnya ada 2 Brownies dan kepingan-kepingan pretzel. Rasanya milkshake salted caramelnya memang sedap dan ditambah pula dengan topping yang sangat menarik. Nak repeat lagi!! hehe

Garage 51 - Aglio Olio, Pancake, Burger dan Milkshake

Waktu Operasi Garage 51
Dibuka setiap hari bermula 10:00 Pagi hingga 10:00 Malam.
Alamat Penuh Garage 51
51, Jalan PJS 11/9,
Bandar Sunway,
47500 Petaling Jaya, Selangor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2022/03/garage-51.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Milkshake Kurma Untuk Kesihatan Dan Sesuai Untuk Ramadhan

Resepi Milkshake Kurma Untuk Kesihatan Dan Sesuai Untuk Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 264 hits
RESEPI MILKSHAKE KURMA UNTUK KESIHATAN DAN SESUAI UNTUK RAMADHANElok untuk Kesihatan dan sangat sedapBahan bahannya
Makan Burger Viral Di Street Grill Burger Bakar George Town Pulau Pinang

Makan Burger Viral Di Street Grill Burger Bakar George Town Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 269 hits
Kalau korang pergi ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang Makan Burger Viral di Street Grill Burger Bakar George Town Pulau Pinang tau Tempat ni memang menjadi tumpuan dan semasa ke sini memang panjang beraturnya tau Siap ada yang buat vid...
Kfc Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam

Kfc Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR 8 FEBRUARY 2021 2021 may have started with a sense of d j vu but here s something excitingly new for you and your tastebuds KFC Malaysia is planting itself in yet another thrilling territory in the foodie scene with the debut o...
Kfc Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam

Kfc Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 142 hits
KUALA LUMPUR 8 FEBRUARY 2021 2021 may have started with a sense of d j vu but here s something excitingly new for you and your tastebuds KFC Malaysia is planting itself in yet another thrilling territory in the foodie scene with the debut o...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu