Game Changer Dan Politik Emosi Melayu Siri 2




Beliau keluar Umno kali kedua. Kali ini emosi orang Melayu dibakar habis-habisan. Game changer dibuat pada hujung 2016 dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggantikan Umno. Kempen bermati-matian Mahathir pada 2017 meraih simpati ahli Umno di luar bandar dan kawasan Felda.

Game changer berlaku sekali lagi apabila Bersatu menyertai PH pada hujung 2017. Mungkin ramai masih ingat jasa Nurul Izzah dalam percaturan PH sehingga terbentuknya gabungan berkenaan. Juga jasa Rafizi Ramli dalam rundingan pembahagian kerusi pada Januari 2018. PH muncul sebagai pakatan politik paling padu dan berpotensi menang sebaik sahaja berjaya mengumumkan calon PM dan TPM pada 8 Januari. Langkah seterusnya adalah sejarah. Gabungan ini berkempen mengelilingi Malaysia mengumpul puluhan ribu rakyat pada satu-satu lokasi ceramah.

Berbanding kemaraan PR pada 2013 yang tertumpu di bandar dan sub bandar, kemaraan PH tembus ke kawasan pedesaan. Sambutan yang diterima dalam ceramah-ceramah di kampung-kampung di Segamat, Muar dan Batu Pahat misalnya menggambarkan keruntuhan kubu Umno yang tidak boleh dielakkan. Biar pun undi Melayu pecah tiga di antara Bersatu, Umno dan Pas tetapi 1/3 undi kaum itu dipastikan pergi kepada PH manakala undi Cina serta India yang lumayan membantu merampas Putrajaya. Keputusan PRU 14 menunjukkan emosi mendominasi politik Melayu.

Langkah Sheraton pencetus kedua

Namun politik emosi tidak berakhir pada 2018. Pasca pengkhianatan Langkah Sheraton sekali lagi menyaksikan Mahathir menggunakan skil yang sama, meraih simpati ahli Bersatu bahawa beliau dikhianati Muhyiddin; membiarkan diri dan penyokongnya melakukan kesalahan untuk dipecat dari parti; membawa kes pemecatan ke mahkamah biar pun boleh menjangka keputusannya dan terakhir melancarkan Parti Perjuang Tanah Air, persis kemaraan Bersatu pada 2017 – 2018 lalu.

Sebaik sahaja Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu pada awal Ogos 2020 secara sistematik berpuluh-puluh cawangan Bersatu diisytihar bubar, Ketua Cawangan meletak jawatan, ketua Armada keluar parti, bekas calon-calon Bersatu mengucapkan selamat tinggal, termasuk seorang ADUN meninggalkan Bersatu di Selangor. Meskipun Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin mengumumkan ‘10 keluar 20,000 masuk Bersatu’, namun hakikatnya parti itu tertekan akibat menipisnya dukungan akar umbi.

Hamzah yang sebelum ini didakwa berusaha memujuk pemimpin KEADILAN membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu pasti akan menghadapi jalan buntu menuntut 50 kerusi Parlimen dari Muafakat Nasional untuk dipertandingkan. Apabila semakin banyak ahli Bersatu keluar maka sudah tentu Umno mempunyai alasan tidak memberi kerusi yang banyak kepada parti itu.

Pada pertengahan Ogos, Presiden Pas Haji Hadi berkata pembahagian kerusi di peringkat DUN dan Parlimen dalam PN telah 50% selesai. Tentunya pembahagian seterusnya bakal mengkesampingkan Bersatu yang boleh diramal akan kalah teruk dalam PRU 15 tanpa jentera kempen yang berkesan.

Senario PRU 15

Bagaimanakah senario PRU 15? Dijangkakan keadaan tidak banyak berubah berbanding PRU 14 lalu dengan parti-parti yang bersaing juga hampir sama. Cuma game changer yang dilakukan Mahathir mungkin menyebabkan parti Bersatu hanya tinggal lapisan pemimpin atasan dan kehilangan anggota akar umbi.

Dalam Pas pula, berlaku arus perubahan apabila sebahagian ahli merasa tertipu selepas Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan mendedahkan usaha bekerjasama dengan Umno bermula pada 2015. Paku yang lebih keras tentulah pengakuan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang mengesahkan gerakan ke arah kerjasama dirancang sejak 2011 lagi, ketika Tok Guru Nik Aziz Nik Mat masih hidup. Dapat dilihat reaksi kecewa ahli Pas yang merasa tertipu dengan penegasan pemimpin mereka sebelum ini kononnya tidak terfikir untuk bersama Umno.

Lebih memilukan, disebabkan penafian itu para walaon sanggup mengkafirkan kawan-kawan yang beralih wadah perjuangan ke AMANAH dengan alasan enggan bersekongkol menyokong Umno. Hari ini terbukti bekas-bekas pimpinan Pas itu berada di pihak yang benar. Adakah Melayu yang pantang ‘ditipu hidup-hidup’ akan memberontak terhadap pemimpin Pas?

Terserah kepada PH dan Mahathir untuk memainkan politik emosi seterusnya menggempur pertahanan PN yang semakin rapuh. Sekiranya pembangkang melakukan game changerbergerak dalam satu gabungan seperti pada 2017 lalu, dengan Bersatu dan Pas yang bermasalah, tidak mustahil PRU 15 milik PH Plus.

Orang Melayu pada ketika ini teruja melihat penghijrahan keluar pemimpin dan ahli Bersatu. Dalam masa beberapa bulan lagi mungkin berlaku gelombang penghijrahan ahli-ahli Pas pula. Sekiranya hal itu terjadi maka hanya Umno merupakan parti tunggal yang tidak begitu banyak masalah di dalam PN.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/game-changer-dan-politik-emosi-melayu_24.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Game Changer Dan Politik Emosi Melayu Siri 1

Game Changer Dan Politik Emosi Melayu Siri 1

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 221 hits
Oleh Redzuan ShamsudinPolitik kaum Melayu tidak banyak berubah sejak 30 tahun lalu Apabila Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1988 kaum Melayu t...
Pemuda Dap Didakwa Hina Bahasa Melayu Tampal Pelekat Bahasa Cina

Pemuda Dap Didakwa Hina Bahasa Melayu Tampal Pelekat Bahasa Cina

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 315 hits
Tindakan Pemuda DAP Sarawak menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa buah papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini boleh dianggap sebagai perbuatan tidak peka dengan sentimen masyarakat majmuk di negeri ini Menteri Muda di Jabatan...
Melayu Raya And The Need For Clarity

Melayu Raya And The Need For Clarity

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 231 hits
A few days ago a comment was made by a politician about PPBM s entry into the Muafakat Nasional alliance That individual claimed it will strengthen the pact and unite issues concerning Islam the nation as well as the Bumiputeras More was sa...
Usahawan Iks Melayu Kembali Bernafas Dengan Bantuan Kerajaan

Usahawan Iks Melayu Kembali Bernafas Dengan Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 248 hits
HAMPIR 70 peratus daripada 450 000 usahawan Melayu dalam Industri kecil dan sederhana di negara ini tidak mampu mempertahankan perniagaan mereka lebih dua bulan sekiranya tidak mendapat suntikan bantuan daripada kerajaan berikutan pandemik ...
Muafakat Nasional Akan Adakan Libat Urus Dengan Bukan Melayu Islam Kata Annuar

Muafakat Nasional Akan Adakan Libat Urus Dengan Bukan Melayu Islam Kata Annuar

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 278 hits
Muafakat Nasional akan meneroka kerjasama dengan pelbagai parti dan badan bukan Melayu Islam menurut Setiausaha Bersama Sekretariat MN Annuar Musa Annuar juga berkata Bersatu juga telah termasuk dalam sekretariat MN Sekretariat MN yg kini d...
Kemasukan Team Azmin Bersatu Bukan Lagi Parti Melayu Perlembagaan Akan Dipinda Muhyiddin

Kemasukan Team Azmin Bersatu Bukan Lagi Parti Melayu Perlembagaan Akan Dipinda Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 245 hits
PPBM sedia meminda perlembagaan bagi membolehkan ahli bukan Melayu memegang jawatan dalam parti itu Presidenya Muhyiddin Yassin berkata 1 jawatankuasa akan dibentuk diketuai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Rais Yatim sebelum perkara itu dimu...
Berpeluk Tapi Pisau Ditangan Masing Masing Melayu Akhirnya Kena Jual Lagi

Berpeluk Tapi Pisau Ditangan Masing Masing Melayu Akhirnya Kena Jual Lagi

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 388 hits
HAMDAN TAHAParti Bersatu ni di kuasai oleh bekas pimpinan Umno Tetapi walaupun mereka dari Umno sejarah mereka berbeza Mereka di anggap oleh Umno sebagai pengkianat termasuk lah presiden Bersatu timbalan dan ahli majlis tertingginya mereka ...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bacaan Doa Rasulullah Saw Ketika Melawat Orang Sakit

Jika Pasangan Anda Di Spektrum Autisme

Makanan Retort Mudahkan Pengurusan Bantuan Makanan

Aplikasi Teknologi Geofizik Dalam Pengurusan Tanah Tercemar

Kuih Buah Tanjung Kelantan

Kad Ic Suica Dan Menikmati Ramen Pertama Di Nikoniko Mazemen Akihabara