Gambar Terkini Banglo Ghaib Dalam Satu Malam Di Johor Misteri Masih Belum Terungkai
Suatu ketika dulu cerita ini pernah menggemparkan penduduk setempat apabila sebuah banglo dikatakan hilang dalam satu malam menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
Kejadian aneh ini berlaku di sebuah kawasan perumahan di Johor Bahru sekitar tahun 2003.
Walau bagaimanapun, kisah ini mempunyai banyak versi, sampai saat ini masih tidak tahu kesahihan ceritanya, namun ia kekal menjadi misteri.
Seorang pengguna Twitter, merungkai kisah ini dengan pendedahan tiga versi yang sering ‘dimomok’ penduduk setempat.
Banglo Yang Hilang
Kisah yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Bagaimana sebuah banglo yang telah siap dibina boleh hilang dalam sekelip mata.
Kejadian berlaku di sebuah kawasan perumahan di Johor Bahru sekitar tahun 2003-2004.
Ini adalah bebenang. pic.twitter.com/dOjwtyueTO
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Sekitar tahun 2003, sebuah kawasan perumahan di Johor menjadi gempar kerana sebuah banglo yang siap dibina telah hilang dalam sekelip mata.
Banglo ini terletak di sebuah kawasan perumahan elit yang mana semuanya adalah rumah banglo.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Diceritakan oleh penduduk setempat, sehari sebelum kejadian semuanya seperti biasa. Tiada sebarang perkara aneh berlaku sehinggalah keesokan harinya apabila jiran setempat bangun daripada tidur.
Sebuah banglo yang dulunya berdiri teguh kini menjadi tanah lapang.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Ini adalah gambar pagar banglo tersebut. Bumbung merah yang kelihatan itu adalah unit rumah di belakang banglo yang ghaib itu.
Aneh sebab pagar dan tembok masih berdiri teguh tapi hanya memagari tanah lapang . pic.twitter.com/FuHdfQGwYI
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Diceritakan oleh seorang “penilai hartanah” yang terlibat dalam urusan menilai nilai rumah ini untuk urusan bank bernama Manap (bukan nama sebenar).
Dikatakan ketika kejadian, beliau dipanggil untuk membantu siasatan.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Manap ke tempat kejadian, ketika itu hanya mereka yang terlibat sahaja dibenarkan masuk.
Setelah disemak oleh engineer, arkitek dan beberapa pihak lain ternyata rumah itu telah mendapat CFO (Sijil Kelayakan Menduduki) dan pelan rumah itu wujud di atas kertas.
Aneh sekali.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Setelah beberapa ketika, mula timbul beberapa versi dan kisah mengenai kejadian sebenar tentang kehilangan rumah itu.
Versi pertama, dikatakan pemilik rumah itu mengamalkan ilmu hitam untuk kekayaan tetapi dengan syarat tidak digunakan ke jalan keburukan.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Tetapi duit yang diperoleh dari ilmu tersebut telah digunakan untuk tujuan perjudian dan telah melanggar syarat ilmu yang dituntut oleh pemilik rumah.
Oleh itu, sebagai balasan rumah itu dan segala kekayaan yang diperoleh oleh tuan rumah ghaib dalam sekelip mata.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Tuan rumah dan rumah itu ghaib ke alam lain dan masih tidak dijumpai sehingga kini.
Beberapa penduduk setempat mengatakan, pada malam tertentu mereka akan mendengar seolah-olah terdapat aktiviti di tanah lapang bekas rumah banglo tersebut.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Versi kedua, pemilik rumah dikatakan membina rumah tersebut menggunakan harta anak yatim.
Dikatakan pemilik rumah diamanahkan oleh arwah abangnya untuk menyimpan harta peninggalan buat anak-anak arwah abangnya sehingga anak-anaknya cukup umur.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Tetapi pemilik rumah telah menggunakan sebahagian dari harta peninggalan tersebut untuk membina banglo tersebut.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Versi ketiga, bunyi agak mengarut tapi iya inilah yang diceritakan.
Seorang pengamal ilmu hitam cuba menguji tahap kehebatannya dengan menghilangkan rumah tersebut dan berjaya tetapi gagal mengembalikannya semula.
Ala-ala David Copperfield katanya.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Selepas beberapa bulan banglo ini hilang, terdapat 3 orang pengkaji perkara ghaib merancang untuk ke rumah tersebut.
Sehari sebelum berangkat, mereka bertiga mendapat mimpi yang sama.
Mereka bermimpi berada di suatu lorong yang panjang dan dihujungnya terdapat sebuah banglo.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Mereka berjalan ke arah banglo itu, dan kelihatan dari jauh terdapat orang sedang melambai memanggil.
Belum sempat mereka sampai di pagar banglo, mereka ditahan oleh seorang lelaki tua.
“Batalkan niat kamu dan balik” kata lelaki tua itu dan berlalu pergi.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Keesokan harinya sebelum berangkat, mereka menceritakan tentang mimpi mereka dan mengejutkan kerana ketiga-tiga dari mereka bermimpi perkara yang sama.
Setiap yang terjadi dalam mimpi mereka sama, tiada yang lain walau sikit pun.
Mereka membatalkan niat mereka.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Sehingga ke hari ini kisah banglo hilang ini masih lagi menjadi misteri. Semua cerita yang disampaikan masih tidak dapat diketahui kesahihannya.
Kini tanah kosong bekas banglo itu telah didirikan sebuah kuil. pic.twitter.com/ohFDMmD70X
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Penjelasan yang terbaik aku dapat setakat ini selepas membaca semua artikel yang ada adalah tapak ini adalah tapak pertama yang dibina untuk menunjukkan keluasan rumah untuk satu tanah bersaiz lot banglo jadi hanya pagar dan tembok yang dibina.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Kebanyakan survey yang dibuat oleh ramai yang cuba membongkar misteri ini tidak mendapat jawapan sebenar.
Penduduk asal kawasan itu pun ramai yang mengelak untuk menjawab dan mereka yang baru berpindah masih percaya dengan kisah lagenda ini.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Benar atau tidak masih menjadi misteri dan rahsia. Sebaiknya anggap sahaja penulisan aku hanyalah satu cerita rekaan dan elakkan untuk percaya dengan perkara-perkara tahyul tapi beriman lah dengan perkara ghaib.
— Kiff (@iffgone) April 15, 2020
Sumber: Kiff
The post Gambar Terkini Banglo ‘Ghaib’ Dalam Satu Malam Di Johor, Misteri Masih Belum Terungkai appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/16/gambar-terkini-banglo-ghaib-dalam-satu-malam-di-johor-misteri-masih-belum-terungkai/