Gaji Tekanan Luar Biasa Punca Jururawat Hijrah Kata Kesatuan


 
Sidang Dewan Negara bulan lalu diberitahu sejak 2014, 5,009 jururawat staf dan 769 jururawat masyarakat memilih sama ada keluar atau meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan.
PETALING JAYA: Gaji yang tidak mampu menampung kos sara hidup dan tekanan kerja ‘luar biasa’, antara sebab jururawat di sektor kesihatan awam meninggalkan perkhidmatan dan berhijrah ke luar negara, kata kesatuan.
Mengulas purata 500 kumpulan pekerja itu meninggalkan perkhidmatan sejak sedekad lalu, Presiden Kesatuan Jururawat Malaya Saaidah Athman berkata keadaan itu sudah lama berlaku dan perlu diatasi segera bagi mengelakkan krisis kekurangan pada masa depan.
Katanya, keadaan itu mendorong jururawat membina kerjaya mereka di luar negara yang menawarkan gaji lebih tinggi dan kemudahan lebih baik.

Maka gaji dan elaun perlu ditambah baik bagi memberi jaminan kerjaya ini menjadi pilihan kepada generasi muda akan datang…jika tidak masalah kekurangan jururawat akan terus berlaku, katanya kepada FMT.
Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Senator Dr RA Lingeshwaran yang tugas jururawat semakin sukar, berbahaya dan sangat membebankan, selain berdepan situasi di hospital yang sesak pesakit.

Ini tekanan kerja ‘luar biasa’ dihadapi jururawat, katanya sambil mencadangkan kemudahan seperti tempat kerja, ruang rehat dan rumah staf ditambah baik untuk keselesaan manakala peralatan turut diganti bagi melancarkan tugas mereka.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, pada sidang Dewan Negara bulan lalu memberitahu sejak 2014, 5,009 jururawat staf dan 769 jururawat masyarakat memilih sama ada keluar atau meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan.
Kebanyakan mereka adalah paramedik peringkat pertengahan dalam kumpulan Gred U36 dan U32. Daripada jumlah itu, 161 jururawat yang meninggalkan perkhidmatan adalah antara Gred U41 dan U54, 462 (daripada Gred U36), 2,284 (U28), dan 769 (Gred 19 hingga 26).
Lingeshwaran, bekas pengarah Hospital Sungai Bakap berkata jururawat adalah tulang belakang hospital dan menegaskan kehilangan anggota berpengalaman, terutama kepada sektor swasta dan hospital di luar negara bukan petanda baik kepada sistem penjagaan kesihatan negara.
Sementara itu, seorang bekas jururawat berpengalaman di hospital kerajaan yang berhijrah ke New Zealand berkata dia berpindah kerana mendakwa kebajikan kumpulan pekerja tersebut kurang mendapat perhatian termasuk peluang kenaikan gred atau pangkat.
Beliau yang enggan dikenali berkata keadaan itu cukup menyedihkan kerana jururawat adalah salah satu tenaga kerja utama dalam bidang kesihatan.

Gaji tidak berbaloi. Isu ‘lompat hospital’ (pindah tempat kerja) jarang berlaku di New Zealand kerana gaji antara sektor awam dan swasta tidak banyak beza, katanya yang berharap kerajaan menyelaraskan semula bayaran untuk kumpulan itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/a_33.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Kata Kepala Bapak Hang Tu Bukan Maki Tapi Pujian

Sanusi Kata Kepala Bapak Hang Tu Bukan Maki Tapi Pujian

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 146 hits
Akhirnya ada juga posting yang Tapi aku pelik apa yang dia sampai tukar ejaan jadi Harga barang memang tak turun Kalau banyak barang turun harga itu membawa makna ekonomi negara itu Melainkan di atas sebab tertentu seperti sayuran ketika mu...
Tak Padan Dengan Tua Nak Kata Bodoh Dah Tua Sanusi Jawab Veteran Umno

Tak Padan Dengan Tua Nak Kata Bodoh Dah Tua Sanusi Jawab Veteran Umno

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 356 hits
malaysiakini comPAS membidas veteran Umno yang mendakwa parti itu seolah olah melacurkan Mohd Rizwadi Ismail apabila membenarkannya keluar parti dan menyertai Bersatu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri Menteri Besar Kedah...
Dedi Mulyadi Dikabarkan Ingin Ade Ginandjar Jadi Cawagub Jabar Ini Kata Golkar

Dedi Mulyadi Dikabarkan Ingin Ade Ginandjar Jadi Cawagub Jabar Ini Kata Golkar

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 114 hits
Golkar merespons kabar Ade Ginanjar akan menjadi pasangan Dedi Mulyadi di Jawa Barat
Habib Rizieq Disambangi Dua Elite Gerindra Ini Kata Fpi

Habib Rizieq Disambangi Dua Elite Gerindra Ini Kata Fpi

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 85 hits
FPI menyatakan Habib Rizieq dan dua elite Gerindra tidak membicarakan masalah politik termasuk Pilkada 2024
Awie Bukan Sehari Dua Di Nenggiri Kata Ahmad Maslan

Awie Bukan Sehari Dua Di Nenggiri Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 236 hits
Ahli MKT Umno Ahmad Maslan berkata calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai hubungan baik bersama penduduk GUA MUSANG Calon Barisan Nasional PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebenarnya bukan muka baharu di DUN itu dan hany...
Malaysia Thailand Percepat Pembinaan Jambatan Kedua Kata Pm

Malaysia Thailand Percepat Pembinaan Jambatan Kedua Kata Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 166 hits
MALAYSIA dan Thailand bersetuju mempercepatkan pembinaan jambatan kedua merentasi sempadan Sungai Golok antara Rantau Panjang di Kelantan dan Sungai Golok di Narathiwat kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Menurut laporan di Bernama Anwar ber...
Pas Terbaik Buat Saya Kata Bekas Ketua Mic N Sembilan

Pas Terbaik Buat Saya Kata Bekas Ketua Mic N Sembilan

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 183 hits
L Manickam menyertai PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS kira kira dua minggu lalu Bekas ketua MIC Negeri Sembilan L Manickam berkata keputusannya menyertai PAS kerana parti itu mantap serta kukuh dan yang terbaik buatnya ketika ini Be...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Klang River Water Level Exceeds Danger Level


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum