Gagal Sediakan Car Seat Untuk Anak Saman Akan Dikenakan Terhadap Ibu Bapa



Tindakan penguatkuasaan terhadap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam setiap kereta persendirian hanya akan dibuat selepas tempoh enam bulan perlaksanaannya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook

Menegaskan perkara itu, beliau berkata peraturan berkenaan berkuat kuasa 1 Jan hadapan dan tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar selepas tamat tempoh enam bulan pertama yang diperuntukkan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam aspek keselamatan

“Saya tak nak selalu fokus peringkat saman. Enam bulan kita kata tak ada apa-apa tindakan saman dikenakan tetapi selepas itu sudah tentunya kalau undang-undang itu tidak dikuatkuasakan, (maka) undang-undang itu tidak berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Klik Untuk Keselamatan Komuniti di Seremban, hari ini

Turut hadir, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Suret Singh, Pengarah Urusan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Azman Ismail dan Penolong Pengarah Pemantauan Operasi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Mohd Salmi Yahya

Mengulas lanjut, Loke sekali lagi menegaskan bahawa menerusi peraturan itu, bukan bermaksud kementeriannya mengambil pendekatan yang keras sebaliknya mahu mendidik masyarakat supaya menitik berat soal keselamatan kanak-kanak

“Kita tak buat pendekatan keras sebegitu cuma kita nak masyarakat faham, dah berkali-kali kita cakap dan saya akan terus mengatakan bahawa peraturan ini adalah untuk keselamatan demi melindungi nyawa anak kita sendiri dan bukannya untuk orang lain

“Kita harap ibu bapa faham walaupun kita faham ada sedikit beban yang perlu ditanggung yang memerlukan kos tambahan tetapi itu adalah untuk satu perbelanjaan yang akan melindungi nyawa anak kita sendiri,” katanya

Dalam masa yang sama, beliau berkata memandangkan penggunaan CRS adalah sebahagian daripada keperluan kenderaan, pihaknya dari semasa ke semasa akan melihat bagaimana untuk mengurangkan kos CRS berkenaan

“Kita akan adakan kerjasama dengan syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kita galakkan mungkin ada syarikat korporat boleh beri bantuan tajaan kepada golongan keluarga yang kurang berkemampuan. Tapi ini (pemberian subsidi untuk CRS) tak boleh kepada semua orang sebab ini melibatkan satu jumlah yang cukup besar,” katanya

Sumber: Bernama

source https://www.thereporter.my/2019/12/gagal-sediakan-car-seat-untuk-anak.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2019/12/gagal-sediakan-car-seat-untuk-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

Keliru Nak Sediakan Puri Anak Mama Jangan Cemas Resipi Ibu Ni Boleh Jadi Panduan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 416 hits
Pengalaman pertama menyuapkan anak makan pada usia enam bulan sememangnya satu detik terindah bagi semua ibu Namun bila anak menjangkau usia lima bulan lebih dan enam bulan ibu mula rasa cemas dan berdebar debar mencari menu terbaik untuk a...
Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 389 hits
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang Sihat dan Berkeyakinan Seiring dengan peredaran masa pada masa kini semua maklumat kini semuanya dihujung jari saja Apa maklumat yang kita nak cuma taip je kemudian searc...
Bersyukurlah Ibu Bapa Diuji Anak Meninggal Masa Kecil Anda Dipilih Untuk Dapat Ganjarannya

Bersyukurlah Ibu Bapa Diuji Anak Meninggal Masa Kecil Anda Dipilih Untuk Dapat Ganjarannya

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 392 hits
Pasangan yang memiliki anak akan lebih bahagia bermotivasi dan akan mendapat lebih banyak rezeki dari ALLAH SWT Dan jika anda seorang yang beragama Islam anak anak adalah jalan untuk membawa anda ke syurga ALLAH Ini kerana anak yang soleh a...
Denda Rm20 000 Jika Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak

Denda Rm20 000 Jika Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 398 hits
Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang seorang bayi berusia 3 bulan di Sabah yang diserang penyakit yang telah 27 tahun hilang di Malaysia dan puncanya bayi malang tersebut tidak mendapat sebarang suntikan vaksin Ditambah pula ...
Kulitnya Masih Melekat Di Baju Ibu Bapa Kecewa Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas

Kulitnya Masih Melekat Di Baju Ibu Bapa Kecewa Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 403 hits
Seorang kanak kanak perempuan telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk selepas seperiuk sup tertumpah ke badannya Karina Iskalieva berusia 6 tahun mengalami luka melecur sebanyak 30 peratus di bahagian badannya Kejadi...
Jenis Jenis Car Seat Mengikut Umur Anak Anda

Jenis Jenis Car Seat Mengikut Umur Anak Anda

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 616 hits
Jenis Jenis Car Seat mengikut umur anak anda Kecoh sekejap media sosial bila Kerajaan menetapkan penggunaan kerusi keselamatan atau Carseat diwajibkan bermula 1 Januari 2020 Sebagai Ibubapa yang mempunyai The post appeared first on
Ios 13 3 Boleh Dimuat Turun Menambah Fungsi Kawalan Akaun Anak Anak Oleh Ibu Bapa

Ios 13 3 Boleh Dimuat Turun Menambah Fungsi Kawalan Akaun Anak Anak Oleh Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 436 hits
https ift tt 2PE78lo Pagi ini iOS 13 3 akhirnya boleh dimuat turun pada peranti yang layak Di dalam kemas kini sebesar 659 5 MB ini pelbagai ciri baru diperkenalkan bersama dengan tampalan pepijat yang telah dilaporkan oleh pengguna Ciri ba...
Tak Ada Garam Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome

Tak Ada Garam Gula Tapi Masih Boleh Sediakan Menu Sedap Pada Anak 23 Resipi Terangkat Ibu Ni Memang Awesome

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 535 hits
Sama seperti kita anak yang masih kecil pun inginkan makanan yang enak seperti yang disediakan buat kita Pun begitu tanggungjawab mengawal kandungan gula dan garam buat anak kecil kita di bawah usia dua tahun jangan dilupakan Biarpun tanpa ...
Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat Kereta Berpusing Remuk Ketika Kemalangan

Syukur Anak Masih Selamat Dalam Car Seat Kereta Berpusing Remuk Ketika Kemalangan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 547 hits
Sejak kerajaan mengeluarkan kenyataan bakal mewajibkan penggunaan car seat dalam kenderaan ada ibu bapa bersetuju dan tak kurang juga yang merungut atas beberapa faktor Memang ajal maut dah ditetapkan tetapi penggunaan car seat ini boleh di...
Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Masak Kicap Ikan Mackerel

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants

Dsa Pesawat Pengangkut Tentera Mesir Tiba Tiba Terbang Ke Pakistan Dari China Apa Muatan Dibawanya

Nahas Trak Pru Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau Kebanyakannya Berkaitan Dadah

Beri Cincin Amp Janji Kahwin Wanita Rugi Hampir Rm1 Juta Selepas Jadi Mangsa Love Scam Lelaki Yaman

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu