Gadoh Belum Reda


 BOB KELANANG







Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diminta supaya mencerminkan diri sebelum menuding jari ke arah pemimpin lain.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan Nazri mempersoalkan kewibawaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berbeza pendapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak boleh diterima.

“Kalau orang lain berkata demikian, mungkin saya boleh diterima lagi, tetapi kalau Nazri, tidak payahlah.

“Sebenarnya saya lebih suka jika presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, pegawai-pegawai, ketua-ketua sayap dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyelesaikan perbezaan pendapat mereka di dalam mesyuarat atau di dalam grup WhatsApp MKT dan bukan di media massa atau di media sosial,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Nazri mahu hubungan antara partinya dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diputuskan dengan mendakwa akar umbi UMNO yang mahukannya seperti dilaporkan sebuah portal.

Terdahulu, Mohamad meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pedoman dan hala tuju jelas dalam kerjasama dengan pesaing politiknya kerana pendekatan sedia ada didakwa mengecilkan peranan dan melemahkan parti itu sendiri.

Menurut Tun Faisal, pemimpin kanan parti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli bawahan dan mereka tidak perlu bersikap hipokrit dan pilih bulu seperti yang dilakukan Nazri.

“Nazri sendiri bukan contoh yang baik dalam soal menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO. Saya nak nyatakan, selain Nazri, saya boleh namakan sejumlah pemimpin UMNO yang tidak menghormati institusi presiden UMNO dan pernah mengkritik secara terbuka presiden UMNO sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Malah senario sejak PRU14 menunjukkan, bukan sahaja ada pemimpin yang mengkritik presiden malah ada yang mendesak presiden meletak jawatan, bercuti dan mengugut untuk melompat parti,” katanya.

Tun Faisal berkata, seandainya presiden parti itu tidak dihormati, bagaimana dengan nasib timbalan presiden parti.

Katanya, tindakan menyanggah presiden dan timbalan presiden UMNO ini sudah berlaku sejak sekian lama dan ia dilakukan oleh ramai pemimpin UMNO termasuk Ahli MKT yang dilantik (bukan dipilih) seperti Nazri.

“Nasihat saya kepada Nazri, simpanlah hipokrasi itu, anda adalah liabiliti kepada UMNO dan presiden UMNO. Jika Nazri mahu sangat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, silalah masuk PKR, DAP atau Pakatan Harapan,” katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/gadoh-belum-reda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Permata Belum Digilap Setia Bila Umno Ditinggalkan Kata Zahid

Bung Permata Belum Digilap Setia Bila Umno Ditinggalkan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 781 hits
Ahmad Zahidi Hamidi menyifatkan Bung Moktar Radin sebagai permata belum digilap sepenuhnya yang berpeluang besar menerajui Sabah Katanya ketua jentera pilihan raya BN Sabah itu tetap setia dengan Umno walaupun sebahagian besar ketua bahagia...
Jangan Terlalu Banyak Berharap Padaku Toh Belum Tentu Aku Akan Jadi Pendamping Hidupmu

Jangan Terlalu Banyak Berharap Padaku Toh Belum Tentu Aku Akan Jadi Pendamping Hidupmu

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 653 hits
Tolong jangan paksa aku mengubah jalinan yang sudah ada menjadi cinta Karena jujur belum bisa
Nadiem Minta Siswa Lapor Ke Kepsek Jika Belum Terima Kuota Internet Gratis

Nadiem Minta Siswa Lapor Ke Kepsek Jika Belum Terima Kuota Internet Gratis

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 351 hits
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Makarim meminta setiap siswa mahasiswa guru dan dosen agar segera melapor ke pimpinan satuan pendidikan seperti kepala sekolah atau rektor Nadiem menyebut kepala sekolah atau rektor adalah orang yang...
Ha Ha Jiwa Kacau Budak Ni Stroke Dia Baik Belum

Ha Ha Jiwa Kacau Budak Ni Stroke Dia Baik Belum

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 236 hits
W FAUDZIN MashaAllah Kesihannya aku tengok makhluk ini Takde angin takde ribut tiba tiba melompat maki hamun macam orang gila kena histeria Sepatah ayat pun Anwar tak pernah usik batang tubuh kamu tapi kamu seperti tidak tenteram dan tidak ...
Shafei Belum Mengaku Kalah

Shafei Belum Mengaku Kalah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 415 hits
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal kelihatan belum lagi bersedia akur kalah dengan menyatakan bahawa partinya memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam pilihan raya Sabah Ketika berucap kepada para penyokong di kediaman rasmi ketua menteri di...
Bayar Minggu Depan Boleh Gaji Belum Masuk Lelaki Ini Tinggal Nota Selepas Terlanggar Kereta Dipuji

Bayar Minggu Depan Boleh Gaji Belum Masuk Lelaki Ini Tinggal Nota Selepas Terlanggar Kereta Dipuji

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 550 hits
Jalan raya adalah untuk kegunaan bersama Sebagai pengguna jalan raya kita mestilah bertanggungjawab dan saling bertolak ansur antara satu sama lain Apabila berlaku sesuatu insiden yang mana pemilik kereta melanggar kereta pemilik yang lain ...
Perlantikan Ketua Menteri Tyt Belum Perkenan Tiada Angkat Sumpah Hari Ini

Perlantikan Ketua Menteri Tyt Belum Perkenan Tiada Angkat Sumpah Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 540 hits
Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu tidak akan diadakan hari ini Istana Negeri akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut hari ini Maklumat tersebut diperoleh selepas kenderaan yang membawa Pe...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Jalan Jalan Cari Makan

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Anak Dara Ke Janda Baik


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pakistan Dan Vietnam

Setiaku Berdiri

Easy Beef Liver Recipe Goan Style

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah

Isu Kesihatan Lelaki Di Malaysia Mengapa Lelaki Hidup Lebih Singkat Dan Apa Puncanya

Cara Simpan Daun Kesum Agar Kekal Segar Lebih 2 Minggu Petua Mudah Berkesan