Fwd Family First Merupakan Pertama Di Malaysia Memberikan Perlindungan Penyakit Kritikal Untuk Seisi Keluarga



DEFINISI istilah ‘mencintai keluarga’ bukan sahaja diterjemahkan menerusi tanggungjawab yang digalas seseorang ketua keluarga seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, pendidikan dan pakaian, namun turut merangkumi kesedaran menyediakan perlindungan kepada mereka
Dalam konteks ini, perubahan gaya hidup yang mencabar turut menyebabkan seseorang berdepan pelbagai masalah sekiranya mereka hanya bergantung kepada pelan takaful yang tidak bersesuaian selain lebih bercirikan individu
Menyedari keperluan tersebut, pengendali perlindungan takaful, FWD Takaful Bhd. (FWD Takaful) mengambil pendekatan baharu dengan menawarkan pelan FWD Family First yang merupakan pelan takaful pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga dalam satu pelan
Selain FWD Family First, FWD Takaful turut menyediakan dua lagi pelan perlindungan lain antaranya ialah FWD Future First dan FWD Invest First
Bercerita mengenai FWD Family First, pelan takaful berkenaan bersifat fleksibel seiring dengan perubahan dalam keluarga selain boleh disesuaikan mengikut kea­daan tertentu bagi memastikan setiap ahli keluarga dilindungi tanpa perlu membayar pelan takaful secara individu
Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Salim Majid Zain berkata, FWD Fa­mily First merupakan satu pelan takaful yang berkonsepkan sumbangan berkala dengan menawarkan perlindungan untuk penyakit-penyakit kritikal untuk seisi keluarga
Menurutnya, pelan tersebut boleh disesuaikan dengan perubahan yang berlaku terhadap sesebuah keluarga dari semasa ke semasa, sekali gus memudahkan seseorang me­rancang perlindungan terbaik buat insan tersayang
“Antara manfaat yang akan dinikmati oleh keluarga yang menyertai FWD Family First ialah menerima sijil perlindungan keseluruhan untuk keluar­ga dengan jumlah sebanyak 250 peratus daripada jumlah dilindungi
“Pelan ini juga melindungi beberapa keadaan penyakit kritikal utama dan ringan selain menyediakan manfaat kematian khususnya buat ibu bapa. Manfaatnya akan dibayar melalui Dana Risiko Peserta (DRP) dengan tertakluk kepada jumlah baki had lindungan keluarga,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini
Penyakit kritikalTerdapat kira-kira 36 pe­nyakit kritikal utama yang dilindungi di bawah pelan ini antaranya ialah serangan jantung, pembedahan otak, kan­ser, radioterapi, koma, pekak, kegagalan buah pinggang, bisu, keupayaan dan penyakit parkinson
“Ia juga turut memberi perlindungan penuh kepada lecur tahap tiga, strok, kegagalan hati peringkat akhir, penyakit paru-paru peringkat akhir, AIDS penuh, tumor otak benign dan lumpuh anggota badan
“Selain itu, perlindungan turut diberikan kepada kira-kira 20 penyakit kritikal ringan se­perti luka bakar teruk, pemindahan organ utama, kecederaan kepala utama, hipertensi arteri sekunder pulmonari dan pembedahan aorta,” ujarnya
Tambah Salim lagi, FWD Takaful juga tidak mempercayai senarai klausa yang panjang dan tersembunyi sete­rusnya menghalang pihaknya membayar manfaat kepada peserta sekiranya berlaku penyakit kritikal
“Bagaimanapun, kami tidak akan membayar sebarang manfaat di bawah sijil ini andai kata tuntutan disebabkan kejadian bunuh diri, mahupun kecederaan yang disengajakan ke atas diri sendiri ataupun individu yang dilindungi dalam tempoh satu tahun pertama selepas sijil dikeluarkan
“Pihak kami juga tidak akan membayar sebarang manfaat kepada mereka yang dilindungi jika secara sengaja terlibat dengan perbuatan ataupun kegagalan untuk bertindak, yang menyalahi undang-undang
“Dalam pada itu, sekiranya berlaku peperangan sama ada diisytiharkan atau tidak, rampasan kuasa, revolusi, rusuhan atau apa-apa kejadian serupa, manfaat takaful juga tidak akan dibayar kepada individu yang dilindungi,” ujarnya
Bagi peserta beragama Islam yang mementingkan konsep keislaman dalam setiap aspek kehidupan mereka, FWD Fa­mily First beroperasi dengan berorientasikan kontrak Syariah Wakalah dan dipantau oleh jawatankuasa syariah dilantik
Solidariti“Takaful merupakan satu skim saling membantu berdasarkan semangat persaudaraan dan solidariti, yang mana setiap peserta bersetuju untuk membantu satu sama lain daripada segi kewangan jika salah seorang daripadanya berdepan masalah,” katanya
Kelayakan untuk menyertai pelan takaful ini juga begitu mudah, iaitu pemilik sijil perlu berumur antara 17 hingga 60 tahun bagi memohon perlindungan tersebut dan akan tamat apabila mereka mencapai usia 75 tahun
Bagi pasangan pemilik sijil pula, mereka perlu berumur antara 17 hingga 60 tahun ketika memohon perlindungan tersebut dan akan tamat pada usia 75 tahun
Permohonan perlindungan bagi anak-anak pula boleh dibuat bermula umur satu bulan hingga 20 tahun dan akan tamat selepas mencapai usia 25 tahun
Dalam pada itu, Salim menjelaskan, sumbangan peserta bagi menikmati manfaat yang ditawarkan pelan FWD Fa­mily First bergantung kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan
“Antara kriteria tersebut termasuklah umur, status kesihatan dan perokok selain pekerjaan, jantina, jumlah dilindungi, terma perlindungan serta kekerapan bayaran
“Sebagai contoh, pasangan berusia 24 tahun dan tidak merokok hanya perlu menyumbangkan sebanyak RM147 setiap bulan untuk jumlah perlindungan sehingga RM250,000 bagi tempoh 50 tahun,” jelasnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/fwd-family-first.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Nasi Daging Sesuai Dijamu Seisi Keluarga

Resipi Nasi Daging Sesuai Dijamu Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 253 hits
Nasi daging adalah salah satu hidangan yang sedap dan mampu membangkitkan selera Baunya sahaja sudah menusuk rongga hidung dan membuatkan terliur untuk menikmatinya Nasi daging adalah antara kegemaran ramai disebabkan rasanya yang sedap dan...
Lindungi Keluarga Daripada Jerebu Dengan Kit Perlindungan Jerebu

Lindungi Keluarga Daripada Jerebu Dengan Kit Perlindungan Jerebu

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 403 hits
Assalammualaikum dan hai Rupanya bersawang sudah blog ini apabila tidak dikemaskini dari Ogos What a hectic month hihi Apa khabar anda semua Saya harap sihatlah hendaknya dalam keadaan cuaca tidak menentu dan berjerebu ini Kami di Sabah dal...
Kanser Adik Nishka Makin Kritikal Rawatan Kimo Dah Tak Berkesan Ibu Pohon Doa Dari Rakyat Malaysia

Kanser Adik Nishka Makin Kritikal Rawatan Kimo Dah Tak Berkesan Ibu Pohon Doa Dari Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 379 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dengan apa yang berlaku oleh adik Kyfa Nishka Al Kautsar yang begitu kuat melawan penyakit yang dihidapnya walaupun baru berusia empat bulan Pernah sekali kisah mengenai adik Nishka diutarak...
Percayalah Bila Bini Beli Barang Online Ianya Sangat Berguna Untuk Korang Seisi Keluarga

Percayalah Bila Bini Beli Barang Online Ianya Sangat Berguna Untuk Korang Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 304 hits
Penafian Artikel yang disiarkan di bawah adalah pandangan penulis semata mata Ia tidak mewakili The Reporter BALIK balik rumah aku tengok ada barang pos bini aku sampai Entah apalah yang dibelinya Besar pulak tu Baru je aku rasa dia beli ba...
Resepi Puding Casablanca Juadah Seisi Keluarga

Resepi Puding Casablanca Juadah Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 369 hits
RESEPI PUDING CASABLANCA JUADAH SEISI KELUARGAmudah dan sedap
Makin Parah Bandar Di Malaysia Catat Ranking Pertama Kualiti Udara Paling Teruk Dunia

Makin Parah Bandar Di Malaysia Catat Ranking Pertama Kualiti Udara Paling Teruk Dunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 787 hits
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh laman setakat jam 8 malam hari ini Malaysia dilaporkan berada di tempat pertama dan kedua sebagai negara yang mempunyai kadar Air Quality Index yang terburuk Laman web tersebut memantau kualiti udara s...
Malaysia Di Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Dunia

Malaysia Di Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Dunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 702 hits
Amat malang sekali apabila negara menjuarai statistik global dalam perkara yang tidak diingini Susulan epidemik jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan penc...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment