Funrunzahran2019 Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran


Jujurnya, ini pertama kali aku tahu tentang kewujudan larian santai Heart for Heart Fun Run 2019 yang dianjurkan oleh Kumpulan Megakliik Zahran di Bandar Baru Bangi. Aku selalu juga join larian di sekitar KL/Selangor, cuma untuk run kali ini aku tak sempat register. Menyesal tak join bila tengok suasana event meriah giler! Bila ada member cakap dah pernah join Fun Run Zahra sebelum ini, aku pun rasa aku patut join untuk next Fun Run Zahra tahun depan. Jom


Actually, Fun Run Zahran 2019 adalah tahun ke-tiga penganjurannya. Mula dianjurkan pada tahun 2017 dengan 600 orang penyertaan. Kemudian diteruskan lagi pada tahun 2018 dengan 1000 orang penyertaan. Untuk tahun 2019, sambutan memang di luar janggkaan dengan penyertaan seramai 1500 orang. Fuh, terbaik! Semoga inisiatif Megaklinik Zahra untuk menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus mendekati masyarakat dengan acara santai macam ni akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. 



Apa yang lagi menarik tentang Fun Run Zahran, selain kategori yang ditawarkan terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuklah untuk kanak-kanak. Peserta boleh menyertai kategori 3KM, 5KM ataupun 10KM. Untuk penganjuran Fun Run 2019, ia lebih meriah bila disertai barisan selebriti yang hadir untuk memberi sokongan dalam usaha menghangatkan lagi kempen amalan gaya hidup sihat oleh pihak Megaklinik Zahran. Antara selebriti yang ada adalah Ashraff Muslim, Radin (Radio ERA), Falyq Hikyle (Penyampai Radio Zayyan) dan Ikhwan Fatanna. Memang havoc event Fun Run Zahran 2019, lagi-lagi dengan celoteh dua penyampai radio hebat iaitu Radin dan Falyq Hikyle bergabung! Tak kering gusi dibuatnya.



Aku sempat bertemu mata dengan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran, Encik Nafidz Razak dan bertanyakan beberapa soalan berkaitan penganjuran Fun Run Zahran. Ye lah, jarang nak dengar klinik menganjurkan acara larian macam ni. Betul tak? Biasanya, orang pergi klinik bila demam atau sakit. Kali ini, kita dapat tengok sendiri berduyun-duyun orang datang memenuhi perkarangan klinik seawal pagi untuk menyertai larian. Amazing! Menurut Encik Nafidz Razak, penganjuran acara larian tersebut adalah salah satu inisiatif pihak Megaklinik Zaharan untuk mendekati pelanggan termasuk masyarakat setempat


Di kesempatan ini, aku nak share beberapa info menarik tentang Fun Run Zahran dan Megaklinik Zahran yang telah dikongsikan oleh Encik Nafidz Razak. Cekidout
Belum ada lagi mana-mana klinik yang menganjurkan program menarik seperti ini dan hanya beroperasi sebagai sebuah klinik kesihatan semata-mata. Satu prinsip yang dipegang, "Kami mahu menjadi yang pertama dalam apa juga perkara" dan salah satunya menerusi usaha sebegini. Pioneer dalam menjayakan event seperti Fun Run!Kami mahu bergerak sebagai sebuah klinik atau jenama yang berbeza daripada yang lain yang mampu memberi khidmat pada masyarakat dalam cara tersendiriSebelum ini cuma dianjurkan untuk masyarakat setempat Bandar Baru Bangi, tahun ke-tiga menyaksikan banyak penglibatan daripada peserta dari luar daerahMemuji sokongan yang diberikan oleh beberapa selebriti yang hadir antaranya Ashraff Muslim, Ikhwan Fattana dan termasuklah rakan-rakan artis dakwah di bawah naungan Badak UnitedKekuatan kami adalah menerusi pelanggan korporat. Kami percaya dalam usaha untuk mengembangkan lagi jenama Megaklinik Zahran dan dalam masa yang sama untuk lebih dekat dengan masyakarat, program juga harus dilakukan secara menyeluruh termasuklah menerusi penglibatan golongan artis, selebriti media sosial dan juga pihak media especially dalam penganjuran program menarik, santai dan menyeronokkan seperti iniMahu terus membawa dan mengangkat mesej hebatnya jenama Melayu, hebatnya jenama Islam sehingga ke peringkat luar dan sesuai dengan imej Megaklinik Zahran sebagai klinik bumiputera dan Islamik pertama di Malaysia




Bila aku tengok kemeriahan Fun Run Zahran 2019, semangat aku semakin membuak-buak untuk join tahun depan. Dari segi penajaan, bagi aku memang cukup lengkap. Kalau dah ada lori Milo, Adabi, dan beberapa jenama lain yang membuka booth di perkarangan Megaklinik Zahran, event ni dah boleh capai status MEGA! Siap ada persembahan nyanyian, larian disertai selebriti dan YB, baju larian cantik, medal pun cantik, dan paling best hadiah yang ditawarkan memang cukup lumayan


Selain acara larian, 81 peserta yang mengikuti kempen Heart For Heart Fun Run kali ini juga membawa pulang pelbagai hadiah menarik dan lumayan dengan nilai keseluruhannya bernilai RM25,000. Paling mengejutkan, peserta cilik telah diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah dengan memenangi percutian ke Bali. Murah rezeki adik ni, boleh bawa mak ayah pergi  bercuti ke Bali


Selain hadiah utama iaitu pakej percutian ke Bali, Indonesia, pemenang cabutan bertuah yang lain memenangi pelbagai barangan kelengkapan rumah seperti sebuah peti sejuk dan televisyen 40 inci. Banyak lagi hadiah menarik yang ditawarkan. Pendek kata, semua yang datang pulang dengan senyuman





Untuk kategori larian pula, pihak Megaklinik Zahran menawarkan hadiah wang tunai untuk setiap kategori lelaki dan wanita iaitu 3KM, 5KM dan 10KM dengan jumpah keseluruhan bernilai RM8,000. Jadi, kalau korang competitive runner, boleh la join Fun Run Zahran next year. Kalau nak berlari santai pun boleh, mana tahu ada rezeki menang hadiah cabutan bertuah. Apapun, yang penting kita semua "have fun" dan beriadah untuk gaya hidup yang sihat


Alang-alang bercerita tentang Megaklinik Zahran, aku nak share tentang program menarik menjelang hujung tahun 2019 menerusi penganjuran Mega Sunathon dengan sasaran lebih 1,000 kanak-kanak lelaki untuk dikhatankan dalam tempoh sebulan. Jadi, sesiapa yang nak khatankan anak lelaki hujung tahun ini, bolehlah tengok pakej menarik yang dirtawarkan oleh pihak Megaklinik Zahran


Megaklinik Zahran mempunyai lima cawangan di Selangor iaitu di Seksyen 7, 8 & 9 Bandar Baru Bangi, Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn. Selain itu, Megaklinik Zahran memiliki sebuah cawangannya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Akan datang, Megaklinik Zahran akan memulakan operasi di beberapa cawangan baharu bermula awal tahun depan di beberapa lokasi lain termasuklah Cyberjaya, Putrajaya, Melaka dan Johor Bharu.


Apapun, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Kumpulan Megaklinik Zahran. Semoga lebih banyak program dan inisiatif yang akan dibuat bersama masyarakat setempat. Btw, kami dah ready untuk join #FunRunZahran next year. Eh


Tahukan anda?Megaklinik Zahran tak guna sistem nombor seperti klinik-klinik lain? Megaklinik Zahran menggunakan online booking. Jadi, tak payah ambil nombor dan mereput di klinik tunggu giliran seperti biasa. Kita boleh just ambil nombor dari rumah, then tunggu. Dah nak sampai turn kita, baru kita gi klinik. Ohsem. Save big time!Megaklinik Zahran mengetengahkan konsep lebih santai, fun dan leisure! Kalau melangkah masuk ke mana-mana Megaklinik Zahran, kita tak rasa macam masuk klinik.Megaklinik Zahran menyediakan bilik rawatan sementara yang mempunyai katil untuk pesakit seperti hospital. Dan rawatan seperti drip boleh dilakukan di Megaklinik Zahran untuk pesakit denggi dan lain-lain tanpa perlu dibawa ke hospital. Pesakit akan dikawal selia sehingga stabil sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang
Untuk maklumat lanjut berkaitan Megaklinik Zahran, korang boleh kunjungi website megaklinikzahran.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaberkala.com/2019/10/funrunzahran-heart-for-heart-fun-run.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eBUqd+(VISIBLE+VOICE)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fun Run Sayangi Jantungmu Megaklinik Zahran Meriahhhh

Fun Run Sayangi Jantungmu Megaklinik Zahran Meriahhhh

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 385 hits
Fun Run Sayangi Jantungmu Megaklinik Zahran Meriahhhh Salam Alhamdulillah minggu lepas uzu dan rakan rakan blogger yang disayangi kami berpeluang untuk hadir ke Fun Run Sayangi Jantungmu yang di anjurkan oleh Megaklinik Zahran Bandar Baru B...
Program Run To Give 2019 Membuat Pagiku Jadi Produktif

Program Run To Give 2019 Membuat Pagiku Jadi Produktif

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 392 hits
AHAD YANG PRODUKTIF It is done 20 10 19 yang lepas aku dan beberapa member JDT Bloggers turut serta dalam program larian amal Run To Give 2019 by Renaissance Johor Bahru Hotel di Panderosa Golf and Country Resort Fuh Semput Dah berapa tahun...
Driver In Hit And Run Incident Says He Fled For Fear Of Being Beaten Up

Driver In Hit And Run Incident Says He Fled For Fear Of Being Beaten Up

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 294 hits
PETALING JAYA The driver of a car seen in a viral video of a hit and run incident in Shah Alam claims he fled the scene of an accident because he was afraid of being beaten up Selangor Traffic Investigation and Enforcement Department chief ...
Tak Sabar Nak Join Fikir Transplant Run 2019

Tak Sabar Nak Join Fikir Transplant Run 2019

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 410 hits
TAK SABAR NAK JOIN FIKIR TRANSPLANT RUN 2019 Aku kan baru berjinak jinak dengan larian Walaupun hakikatnya aku tak adalah berlari sangat pun Bila dah mula rasa seronok Walaupun ada sakit sakit badan aku tak melayan sangan Aku teruskan denga...
Sprit Of Wipro Run 2019 Furthertogether

Sprit Of Wipro Run 2019 Furthertogether

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 331 hits
Sprit Of Wipro Run 2019 FurtherTogether Assalamualaikum and Good Night Last week Bonde is excited to be joining Sprit Of Wipro Run 2019 FurtherTogether this year just like last year at the same place this time Kanda is in the running This a...
Stunning 3d Wallpaper For Living Room Walls 3d Wall Murals 2019

Stunning 3d Wallpaper For Living Room Walls 3d Wall Murals 2019

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 292 hits
This Image was rated 24 by Bing com for KEYWORD wallpaper 3d for walls You will find it result at Bing com Wallpaper Details FOR Stunning 3D Wallpaper for living room walls 3D wall murals 2019 s IMAGETITLE Stunning 3D Wallpaper for living r...
Proton Hsn 21km 2019 Run

Proton Hsn 21km 2019 Run

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 507 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua Proton HSN 2019 21KM Run13 10 2019 PutrajayaAda 3 kategori 5KM 10KM dan 21KM Aku join yang 5KM dan husband ambil yang 10KM Event ni banyak complaint dari runners lagi lagi yang join 21KM Dari segi ...
Netflix Unveils Anime Highlights For 2019 2020

Netflix Unveils Anime Highlights For 2019 2020

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 507 hits
Netflix the world s leading internet entertainment service announced a slate of exciting new anime series and films with new art and video at Netflix Anime Lineup Presentation 2019 2020 held in Tokyo Netflix will launch The Disastrous Life ...
Top 2019 Keputusan Peringkat Kedua

Top 2019 Keputusan Peringkat Kedua

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 465 hits
CHUKAI Tiga pelumba Malaysia cemerlang pada peringkat kedua perlumbaan berbasikal Tour of Peninsular 2019 sejauh 157 4 kilometer bermula dari Kuala Terengganu dan berakhir di sini hari ini Pelumba negara Mohd Harrif Saleh yang mewakili pasu...
Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Anda Diintai Tanpa Sedar Di Internet

Miniatur Bis Kalebas Legacy Sr3

Filem Tentang Sisi Gelap Suatu Entiti Bakal Melambak

Lasserhaus Where Contemporary Art Meets Hospitality By Vudafieri Saverino Partners In South Tyrol

10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group