Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Kita biasa dengar bila orang sebut berkaitan aplikasi WeChat, mesti diberi gelaran yang buruk-buruk kepadanya. Antara yang biasa kita dengar WeChat dikaitkan dengan rempit, budak-budak wechat, budak-budak nak up dan banyak lagi.

WeChat adalah sebuah aplikasi daripada China yang berfungsi sebagai aplikasi permesejan seperti Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Tetapi itu yang kita tahu terutamanya di bagi orang Malaysia. Tahukah anda, di negara asalnya China, WeChat bukan sekadar aplikasi permesejan tetapi ianya adalah segalanya seperti sebuah one stop centre.
BACA JUGA : Jom Tengok Apa Kelebihan Telegram Daripada Aplikasi Lain
Mesti ramai tak tahu kan? Tetapi inilah hakikat fungsi sebenar WeChat. Terdapat banyak fungsi yang berguna ada didalamnya. Secara asasnya di China, WeChat berfungsi sebagai permesejan, media sosial dan juga berfungsi sebagai pembayaran mobile melalui WeChat Pay. Dengan fungsi ini, banyak yang boleh dilakukan.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Malaysia, arhamfuadd yang berada di China yang berkongsi berkaitan kelebih-kelebihan WeChat yang orang ramai tak tahu. Tetapi malangnya fungsi ini hanya ada di China sahaja, di Malaysia hanya sebahagian sahaja.
Fungsi Dan Kelebihan Aplikasi WeChat Di Malaysia, terkenal dengan pelbagai fungsi e-wallet antaranya adalah Boost, Touch 'n Go, BigPay, GrabPay, WeChat Pay dan banyak lagi sebenarnya. Tahukah anda, di China hanya terdapat 2 e-wallet yang terbesar dan terkenal yang ramai digunakan iaitu Alipay dan WeChat Pay.
BACA JUGA : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?
Jika anda ingin menggunakan WeChat Pay, anda perlu ada bank akaun China. Wechat Pay ini berfungsi sama seperti debit card, kita just link 'Debit Card' dengan 'WeChat', apa-apa pembayaran dia akan tolak terus dari akaun bank kita.

WeChat Pay Sebagai One Stop Payment Di China, tak perlu dah susah-susah nak keluar dari rumah atau nak login online banking, kita boleh bayar utiliti bil, tiket kapal terbang, penghantaran makanan dan sebagainya hanya dengan menggunakan Wechat Pay.
Jadi jom tengok, apa yang boleh dibuat WeChat dan juga WeChat Pay.
1.  Topup / ReloadBagi pengguna yang menggunakan prepaid di telefon bimbit, mereka boleh terus reload di sini. Untuk postpaid pon sama, just reload ikut baki tertunggak bulan tersebut. Apa yang best dekat Wechat, bila kita reload kita akan dapat discount.
2.  Bayaran Bil UtilitiDengan WeChat Pay juga, anda boleh membuat pembayaran bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil WiFi dan banyak lagi yang berkaitan dengan utiliti. Kalau di Malaysia macam bayar di TNB la. DI China, Anda hanya perlu masukkan nombor akaun bil tersebut dan terus boleh membuat pembayaran melalui WeChat Pay.

5. Didi e-Hailing Jika di Malaysia, antara perkhidmatan e-hailing terkenal adalah Grab, Uber, MyCar, Maxim dan sebagainya. Tetapi di China antara yang terkenal adalah Didi. Kategori juga sama seperti di Grab, ada juga Didi Premier seperti Premier 6-seater dan juga Luxury. Katanya pada pilihan Luxury, anda mungkin berpeluang menaiki Tesla. 🏎
6. Penghantaran MakananDi China, food delivery paling popular adalah Meituan Waimai. Kalau di Malaysia ada Foodpanda, Food Grab dan macam-macam lagi. Tetapi fungsinya hanya menghantar makanan. Berbeza dengan Meituan Waimai dimana mereka bukan sahaja menghantar makanan tetapi mereka juga menghantar ikan, sayur, sabun, biskut dan pelbagai lagi. Terus ke rumah anda. Bayar guna aplikasi WeChat je.
7. Panggung WayangDi Malaysia, kita juga biasa membeli tiket wayang secara online di aplikasi seperti GSC dan MBO. Di China juga anda boleh membeli tiket wayang tetapi terus di aplikasi WeChat sahaja. Jadi mereka tak perlu susah payah beratur beli tiket. Hanya menggunakan WeChat dan bayar menggunakan WeChat Pay.

8. Pembayaran Tiket Flight Dan HotelBuka WeChat, disana juga anda boleh buat tempahan kapal terbang dan hotel serentak, sama seperti Traveloka, Expedia, Agoda dan lain-lain. Di China, mereka ada Tongcheng Yilong. Hampir kesemua tempahan boleh dibuat seperti bullet train, train biasa, hotel dan flight baik secara antarabangsa dan domestik.
9. Online ShoppingIni pasti ramai yang suka iaitu berbelanja di atas talian atau online shopping. Kita biasa online shopping di Lazada atau Shopee. Di China menerusi aplikasi WeChat ada juga seperti Jingdong. Mudah, tak perlu install aplikasi lain kan.
10. Pembelian RumahDi WeChat juga, anda juga boleh mencari rumah sama ada untuk membeli atau sewa. Ianya mungkin fungsi sama seperti Mudah.my di Malaysia. Dengan fungsi ini, tidak perlu lagi bersusah payah mencari rumah secara manual pergi ke setiap taman perumahan.

Jika dilihat semua fungsi yang ada di dalam aplikasi WeChat dan pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan WeChat Pay, sepertinya kita tidak perlu lagi untu download aplikasi-aplikasi yang lain.
Semua yang ada mahu, ada di dalam WeChat. Selain berinteraksi sesama rakan, WeChat juga dapat memudahkan kerja harian orang China.
Tetapi sayangnya fungsi dan kelebihan yang disenaraikan ini, tidak boleh digunakan di Malaysia. Kita nak buat pembayaran guna e-wallet pun, mesti melihat penjual tersebut ada atau tidak akaun Wechat ini, barulah boleh buat pembayaran.
Di China mereka menggunakan WeChat Pay dan Alipay secara meluas. Katanya hampir tidak perlu membawa cash untuk berbelanja. Peniaga tepi jalan pun sediakan QR Code WeChat Pay atau Alipay bagi urusan pembayaran.

Mungkin peminta sedekah pun pakai WeChat pay di China
sumber : twitter arhamfuadd


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2019/10/fungsi-wechat-yang-ramai-orang-tak-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Utilizing Crowdfunding For Business

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak