Fridayhana 4



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Wah wah wah ada blogger terlajak absent nampak hahah. Tau tau je dah masuk pertengahan bulan August. Alhamdulillah still wujud lagi ni ha… hehe. Straight to the point, content entry ni agak sendu dan serious sikit… So makesure korang baca sambil play instrumental sedih-sedih tau hahaha. Ok dah, jemput scroll down :) Tentang Ujian

Setiap hari Allah hadirkan ujian-ujian kecil untuk kita hadap

Cuma…

Ujian-ujian kecil tersebut belum cukup kukuh untuk tarik kita lebih dekat dengan Allah.

Sebab itulah akan ada satu-satu masa Allah hantar ujian yang lebih besar daripada yang kita biasa tempuh. Dan ujian itu sudah tentu akan buat kita rasa “jatuh” right at the moment. Mungkin sehari dua… berminggu-minggu atau mungkin berbulan-bulan dan atau mungkin ada yang ditakdirkan untuk hadap ujian tersebut sehingga akhir hayat mereka.

Mengeluh, sakit hati, dan tak redha takkan dapat beri kita kekuatan untuk get through ujian itu. Sebaliknya apa yang kita dapat ialah jiwa yang bertambah-tambah letih dan penat.

Tak semua orang mampu untuk hadam bahawa “ujian adalah satu hadiah yang Allah beri istimewa untuk kita”

Sama konsep dengan “nikmat”

Cuma bezanya, bila Allah kirimkan nikmat… sekejap je kita rasa syukur… tapi bila Allah turunkan ujian cepat sangat kita nak mengeluh *Kan Hana kan? :P* 
Hanya jika kita belajar faham Allah, mungkin kita akan sentiasa bersyukur bila diuji... 

Syukur sebab…

Sebab dalam ramai-ramai manusia… Allah pilih untuk pandang kita

Allah pilih kita untuk dapat pahala sabar

Allah pilih kita untuk dapat pahala memaafkan

Allah pilih kita untuk dapat pahala redha
Dalam masa yang sama… Allah ajar kita macam-macam lessons melalui ujian tersebut
Dan yang paling wowwwww… setiap kali kita rasa sakit hadap ujian tersebut… Allah gugurkan dosa-dosa kita.

Jadi jangan terlalu rasa terbeban bila diuji, tapi sedarlah betapa Allah sedang pandang kita.

Allah sedang pandang kita dan tunggu kita mengadu pada DIA.

Bukan kah ia satu kebahagian bilamana Allah ambil tahu dan peduli tentang kita? :')

Ya…

Ujian tanda Allah peduli.

Sebab jika kita diberi nikmat-nikmat-nikmat dan nikmat… kita akan lupa cara untuk meluah sungguh-sungguh atas tikar sejadah… menangis dalam doa… dan menginsafi apa yang patut kita insafi. Detik-detik tersebut adalah detik-detik terindah antara kita dengan Allah. Kan? :')

Dan semakin cepat kita redha atas ujian tersebut… semakin cepat Allah akan tunjuk bungkusan “hikmah” di sebalik ujian tersebut

It’s either makes us stronger… or Allah will replace the hard time with something beautiful.

Dan boleh jadi ujian itu adalah asbab yang mengukuhkan lagi pergantungan kita kepada Allah.

Akhir kata, dunia memang tempat ujian… jadi didiklah jiwa dan hati untuk perbanyakkan redha dan sabar. Moga-moga dengan “redha dan sabarnya seseorang itu di dunia” Allah beri dia nikmat untuk "berehat di syurga nanti".


Firman Allah : Sesungguhnya hanya orang-orang yang sabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan – Surah az-Zumar ayat 10.



Selasa lepas Hana dah dapat result UPU (huhh sebak nak cakap). Korang… kalau Hana ada salah apa-apa selama ni maafkan Hana ya. Sebab… errrr macam mana nak explain ye... errrr sebab… Hana dapat sambung study!! Alhamdulillah… hahaha suspend taraa tu?! :P Cer teka Hana dapat kat mana. Hehe I was hoping for “Penulisan Kreatif” tapi Allah rezekikan Hana untuk dapat course “Sains Sosial”. Alhamdulillah… tiba-tiba teringat kata-kata ustaz Hana “Kita merancang, Allah juga merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.”. 
P/S : Buat kawan-kawan seperjuangan Hana yang tengah buat rayuan upu, Hana doakan semoga urusan korang dipermudahkan. Jangan give up berdoa tau! ;) :) :3



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thepolarishana.blogspot.com/2020/08/fridayhana-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat