Formula Termodinamik Satu Analisis




FORMULA TERMODINAMIK
(Obasiah Haji Usman)

Sinopsis Keseluruhan
Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang.
      
       Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. 


Sinopsis Bab demi Bab 

Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah.  Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.   

Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan Aswan.  Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan. 

       Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan.  Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik.  Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan,  Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon. 

Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan  projek mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia.  Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk.  Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan sepupu itu.  Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut.  Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.  

Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi memancing di sawah untuk menenangkan fikiran.  Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan- rakannya yang telah mencuri baja tersebut.  

Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin menanam padi. Mesin ini  amat relevan untuk masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan secara terperinci menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.  

Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati formula tersebut. Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya kepada nenek  untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.   

Bab 7 
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat ayahnya.  Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia.   

Bab 8 
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat Bahagia.  Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila atas urusan perniagaan. Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga.  Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit. 

Bab 9  
Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan.  Ramai penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada musim menanam kali ini. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar-bingar. Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Bab 10
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di hospital menemani nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang daripada anak cucunya. 

Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak masanya dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya belum berhasil. Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi.  Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan Majibon. Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya.  Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama melarang mengambil hak orang lain. 

       Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat perkara tersebut. 

Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat mereka. Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula  ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat menjejak penjenayah  Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah itu. 

Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam perjalanan mereka sampai di pangkalan.  Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok dan bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir. 

Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan. Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf.
      
       Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air telah naik melepasi satu meter. 

Bab 15
Aswan, Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.   

Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah  membolehkan mereka memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.   Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di lapangan terbang.  Aswan, Fikri dan Majibon turut sama. Asma datang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah dan mawar merah buat Amir.   



Tema

Tema novel ini ialah cabaran hidup remaja dalam usaha mengubah suai mesin terpakai yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung. Hal ini dibuktikan menerusi watak Amir dan Usamah yang yang berwawasan tinggi ingin mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah dengan bantuan Profesor Othman yang meminjamkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Inovasi tersebut dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung Warisan.  Apabila usaha tersebut diketahui oleh Aswan, lelaki tersebut ingin menyaingi rakannya itu dengan mencipta model yang sama tetapi berbeza fungsinya. Aswan melakukan jalan pintas dengan mencuri Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.  

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya : 

i.      Persoalan tentang tanggungjawab melakukan inovasi untuk  kepentingan masyarakat.     
Contoh:  Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah untuk pertanian. 

ii.     Persoalan mengamalkan etika      
Contoh:  Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu  bersaing  secara  sihat
dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh dalam melaksanakan projek       masing-masing.
 
iii.    Persoalan taat kepada ajaran agama.
Contoh: Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM 1.3 juta milik syarikat yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain, perbuatan yang tidak bermoral. 

iv.    Persoalan perniagaan dan keusahawanan     
       Contoh: Bapa Aswan seorang usahawan import eksport. 

 v.   Persoalan kasih sayang nenek terhadap anak cucunya.     
Contoh: Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka. Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji untuk membuat kuih jala untuk Amir. 

vi.    Persoalan tanggungjawab terhadap seorang sahabat.   
       Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

vii.   Persoalan mengamalkan budaya ilmu.      
Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).                  
viii.  Persoalan tentang kerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah
    Usamah bekerjasama dengan Amir mengubah suai mesin rumput terpakai untuk dijadikan mesin 2 dalam 1 bagi membantu petani-petani di kampung mereka.
    Penduduk bekerjasama menjalankan kerja di sawah nenek.
    Golongan remaja bekerjasama untuk menangkap pencuri yang menimbulkan masalah kepada penduduk kampung.
ix.    Persoalan tentang kegigihan untuk berjaya
              Apabila Formula Dua Hukum Termodinamik hilang, Amir dan Usamah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan formula tersebut bagi memastikan projek mereka itu dapat dihasilkan.

x.    Persoalan tentang kemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat
    Usamah yang mahir dalam komputer telah mencipta kod keselamatan untuk Syarikat Bahagia.
    Aswan melukis grafik mesin ciptaannya dengan menggunakan komputer.


Watak dan Perwatakan

1.       Amir (Watak Utama)

·                Seorang yang pemaaf dan tidak berdendam.
          Sebagai contoh, Amir memaafkan Aswan walaupun banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya.
·                Seorang yang kreatif dan inovatif.
          Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi.
·                Seorang yang bijaksana.
          Sebagai contoh, Amir membuat rancangan untuk memberkas penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan bijaksana.
          Dia dapat menerangkan cara-cara pengoperasian mesin yang diubah suainya secara terperinci kepada Fikri.
          Seorang yang mahir dalam teknologi komputer
          Dia dapat mengesan bahawa ada orang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia.
·                Seorang yang penyayang.
          Sebagai contoh, Amir menyayangi neneknya.
·                Seorang yang bersungguh-sungguh.
          Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung.
·                Seorang yang gigih berusaha
          Dia mencipta model ciptaannya berdasarkan data Formula Termodinamik yang sudah bertahun-tahun dikumpulnya dengan bantuan Prof.Othman.
·                Seorang yang berjiwa besar
          Dia menasihati Zahid agar tidak buruk sangka terhadap Aswan yang mengheboh-hebohkan mesin ciptaannya.


2.       Usamah (Watak Sampingan)
·                Seorang yang kreatif dan inovatif.
          Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi.
·                Seorang yang penyayang.
            Sebagai contoh, Usamah menyayangi neneknya.
·                Seorang yang bersungguh-sungguh.
          Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung.
·                Seorang yang kurang sabar.
          Sebagai contoh, Usamah berasa sangat marah apabila seorang pengguna Internet yang menghantar e-mel kepada Amir untuk meminta maaf tidak menjawab pertanyaan mereka.

3.    Aswan
       Dua pupu Amir dan Usamah
       Anak kepada usahawan import dan eksport
       Berkawan baik dengan Majibon dan Fikri
       Iri hati dengan pencapaian Amir dan Usamah
       Mencuri pena pemacu dan maklumat Syarikat Bahagia
       Insaf dan meminta maaf kepada Amir

4.    Asma
       Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei
       Berkulit putih
       Tinggi sederhana dan raut wajah lembut serta menawan
       Mempunyai hubungan dua pupu Amir dan Usamah


LATAR TEMPAT :

1.    Di Pejabat Persendirian Damit Syarikat Bahagia – Putatan - tempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat Bahagia.

2.    Kampung Warisan, Papar
iaitu tempat kelahiran Amir dan Usaniah dan di kampung itulah proses mengubah suai mesin dilakukan berdasarkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik, sehingga terhasilnya mesin 2 dalanm 1 untuk dimanfaatkan oleh para petani.

3.    Tapak semaian, di Kampung Warisan,
       iaitu tempat mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan cangkul.

4.    Lapangan terbang
iaitu tempat Amir dan Usamah dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

5.    Di bilik pembedahan - tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku lalinya.
6.    Di Kampung Pimping - tempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan majlis perkahwinan Asma dan Asman.
7.    Di sawah padi - tempat Amir, Usamah, dan Asma berlari-lari.
8.    Di dalam bilik - tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi dengan Profesor Othman di skrin komputer.
9.    Di tepi sungai - tempat Amir, Usamah, dan Asma memancing ikan.
10.   Di atas tangga, rumah Amir - tempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
11.   Di rumah Majibon- tempat sambutan majlis Hari Krismas diadakan.
      


LATAR MASA :

Malam sambutan Hari Krismas,
·         semasa berlakunya kejadian air bah yang sangat dasyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri.
Selepas waktu isyak,
·         Amir dan rakan-rakannya bersiap-siap untuk memulakan misi memerangkap dan menangkap penjenayah siber.
Pada pukul 12.00 tengah malam,
·         Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia.
Pada suatu pagi,
·         hujan lebat mencurah-curah, air naik sehingga satu meter, dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.


LATAR MASYARAKAT

1.              Masyarakat yang berpendidikan tinggi.
Sebagai contoh, Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
2.              Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong.
Sebagai contoh, orang kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir.
3.              Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad  dengki apabila melihat kejayaan orang lain.
Sebagai contoh, Aswan iri hati terhadap Amir dan Usamah yang mengubah suai mesin rumput. Aswanmelakukan jalan pintas dengan mencuri Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
4.              Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama.
Sebagai contoh, Adin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka.
5.              Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri.
Sebagai contoh, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive] milik Amir yang mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan. 
6.       Masyarakat yang penyayang
Sebagai contoh, Amir, Usamah dan Asma sayang akan nenek. Apabila nenek lemas, Amir memberikan rawatan kecemasan kepada nenek. Usamah pula menjaga nenek semasa sakit dan Asma bertegas supaya nenek dihantar ke hospital.
7.       Masyarakat yang insaf atas kesilapan yang dilakukan
Sebagai contoh, Aswan meminta maaf daripada A8mir atas kesalahannya mencuri pemacu pena dan mencuba memindahkan asset bapa Amir ke dalam akaun bapanya.
8.       Masyarakat yang berkemahiran menggunakan komputer dan teknologi maklumat
Sebagai contoh,  Usamah yang mahir dalam komputer telah mencipta kod keselamatan untuk Syarikat Bahagia. Aswan melukis grafik mesin ciptaannya dengan menggunakan komputer.
9.       Masyarakat yang gigih untuk berjaya
Sebagai contoh, apabila Formula Dua Hukum Termodinamik hilang, Amir dan Usamah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan formula tersebut bagi memastikan projek mereka itu dapat dihasilkan.


NILAI MURNI :

1.    Kerjasama
Sebagai contoh, penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.
Sebagai contoh, kerjasama Amir dan Usamah untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Termodinamik berserta kreativiti dan inovasi.

2.    Kasih sayang
Sebagai contoh, Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan.
Sebagai contoh, Amir dan Usamah sangat menyayangi nenek mereka. Hal ini terbukti apabila mereka melawat nenek mereka yang dimasukkan ke hospital kerana perlu menjalani pembedahan buku lali.

3.    Kejujuran
Sebagai contoh, Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4.    Keberanian
Sebagai contoh, Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.

5.    Keinsafan.
       Sebagai contoh, Aswan berasa sangat menyesal kerana bersikap dengki akan Amir yang mencipta mesin 2 dalam 1. Oleh itu, Aswan meminta maaf kepada Amir.

6.    Kegigihan.
       Sebagai contoh, Amir dan Usamah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan mesin 2 dalam 1 kerana ingin membantu penduduk kampung dalam penanaman padi. Mesin ciptaan mereka mendapat sambutan orang ramai kerana memerlukan kos yang rendah dan mudah dikendalikan.


PENGAJARAN :

1.    Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama
Sebagai contoh, penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.
       Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama [antara satu sama lain] untuk menyiapkan sesuatu perkara supaya perkara itu menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, Amir dan Usamah Amir dan Usamah bekerjasama antara satu sama lain untuk mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula Termodinamik berserta kreativiti dan inovasi.

2.    Kita semestinya memiliki sikap kasih sayang
Sebagai contoh,  Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan.
Sebagai contoh, Amir dan Usamah sangat menyayangi nenek mereka. Hal ini terbukti apabila mereka melawat nenek mereka yang dimasukkan ke hospital kerana perlu menjalani pembedahan buku lali.

3.    Kita sewajarnya memiliki sikap jujur
Sebagai contoh,  Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4.    Kita hendaklah memiliki sikap berani
Sebagai contoh,  Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.

5.    Kita mestilah berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu perkara agar kita mendapat kejayaan.
       Sebagai contoh, Amir dan Usamah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan mesin 2 dalam 1 kerana ingin membantu penduduk kampung dalam penanaman padi. Mesin ciptaan mereka mendapat sambutan orang ramai kerana memerlukan kos yang rendah dan mudah dikendalikan.

6.    Kita sepatutnya segera insaf akan kesalahan kita dengan meminta maaf agar hidup kita bahagia. Sebagai contoh, Aswan berasa sangat menyesal kerana bersikap dengki akan Amir yang mencipta mesin 2 dalam 1. Oleh itu, Aswan meminta maaf kepada Amir.




PLOT / BINAAN PLOT
·                Permulaan
–     Permulaan novel Formula Termodinamik ialah Amir, Usamah dan dibantu oleh Asma, Zaid dan Adnin bertungkus lumus mengubah suai mesin rumput agar menjadi mesin yang mempunyai dua fungsi iaitu berfungsi sebagai pemotong rumput dan membajak (menggembur) tanah. Mereka meminta bantuan Profesor Othman menggunakan Formula Dua Hukum Termodinamik.
§    Perkembangan
–     Peringkat perkembangan cerita apabila terdapat pelbagai halangan di mana Amir kehilangan pena pemacu dan sikap iri hati Aswan. Di samping formula pengubahsuaian dicuri, Aswan juga berusaha mencuri maklumat Syarikat Bahagia kepunyaan ayah Amir.
§    Klimaks
–     Peringkat Klimaks novel Formula Termodinamik ialah Amir, Usamah, Zaid, dan Adnin berjaya memerangkap pencuri di Kampung Warisan dan penemuan semula pena pemacu serta berjaya menyekat pengaliran maklumat Syarikat Bahagia.
§    Peleraian
–     Peringkat peleraian novel Formula Termodinamik apabila Aswan dan rakan-rakannya dihanyutkan oleh arus deras ketika hujan lebat di kampung mereka dan mereka diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah menyesali perbuatannya dan meminta maaf kepada Amir. Amir dan Aswan menerima Anugerah Saintis Muda kerana berjaya mencipta mesin 2 dalam 1 dan ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran mereka.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2019/02/formula-termodinamik-satu-analisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Setuju Satu Penggal

Tidak Setuju Satu Penggal

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 243 hits
02 Februari 2019 3 00 AM51 9 mahu Dr M serah jawatan Perdana Menteri kepada AnwarANWAR IBRAHIMKUALA LUMPUR 1 Feb Hampir 54 peratus daripada 2 614 responden tidak bersetuju Tun Dr Mahathir Mohamad menghabiskan tempoh sepenggal atau lima tahu...
Tiru Jepang Bmkg Ingin Pemantauan Gempa Dan Gunung Api Di Satu Lembaga

Tiru Jepang Bmkg Ingin Pemantauan Gempa Dan Gunung Api Di Satu Lembaga

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 259 hits
Tidak hanya itu BMKG juga ingin mensinergikan data pantauan Gunung Api masuk ke sistem kegempaan di BMKG Dia mencontohkan lembaga di Jepang
Salah Satu Gambar Pemenang Pertandingan Shotononeplus Sebenarnya Diambil Menggunakan Kamera Dslr

Salah Satu Gambar Pemenang Pertandingan Shotononeplus Sebenarnya Diambil Menggunakan Kamera Dslr

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 272 hits
Tahun lalu lima Oneplus India mengumumkan enam pemenang pertandingan ShotOnOnePlus Pertandingan ini diadakan bagi menunjukkan kemampuan kamera peranti yang baik dan menjadi promosi seakan kempen ShotOniPhone oleh Apple Menurut laporan Petap...
Tanggal Hijab Bukan Satu Trend Suka Suka Untuk Raih Populariti

Tanggal Hijab Bukan Satu Trend Suka Suka Untuk Raih Populariti

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 293 hits
Isu selebriti Emma Maembong tanggalkan hijab masih lagi menjadi bualan ramai meskipun selebriti ini tampil memohon maaf kepada netizen Namun perbuatan ini The post appeared first on
Spotify Dilaporkan Dalam Perbincangan Awal Untuk Mengambil Alih Salah Satu Penerbit Podcast Popular

Spotify Dilaporkan Dalam Perbincangan Awal Untuk Mengambil Alih Salah Satu Penerbit Podcast Popular

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 356 hits
Spotify pada hari ini sedia popular dengan penawaran audio mereka terutamanya muzik dan lagu Dalam mevariasikan kandungan yang disediakan pihak Spotify telah sedia menambah beberapa kandungan berbentuk podcast sebelum ini sekaligus menawark...
Zii Jia Belum Puas Hati Walaupun Kini Bergelar Pemain Nombor Satu Negara

Zii Jia Belum Puas Hati Walaupun Kini Bergelar Pemain Nombor Satu Negara

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 313 hits
Pemain muda Lee Zii Jia belum mahu cepat berpuas hati sekalipun dia kini bergelar pemain badminton nombor satu dunia negara Bagi Zii Jia dia tidak akan puas menjadi pemain nombor satu Malaysia selagi masih belum menjuarai Kejohanan Badminto...
Satu Warga Di Kupang Meninggal Akibat Dbd

Satu Warga Di Kupang Meninggal Akibat Dbd

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 316 hits
Kasus DBD yang terjadi di Kabupaten Kupang tersebar pada enam kecamatan yaitu Kecamatan Kupang Tengah Amarasi Barat Kupang Timur Fatuleu Sulamu serta Semau Selatan
Blusukan Di Jember Sekjen Psi Pakai Kaus Partai Satu Istri

Blusukan Di Jember Sekjen Psi Pakai Kaus Partai Satu Istri

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 359 hits
Toni mengatakan makna kaos itu menegaskan komitmen PSI menolak poligami
Banjir Sungai Pete Di Sleman Satu Rumah Roboh

Banjir Sungai Pete Di Sleman Satu Rumah Roboh

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 307 hits
Selain merobohkan satu bangunan rumah banjir juga menyebabkan dua rumah terancam roboh karena pondasi bangunan terkikis air Sungai Pete Kedua rumah itu adalah milik Titis dan Sunardi
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Sarat Hamil 8 Bulan Comel Je Baby Bump Maryam Durian Kimchi

First Time Jaga Anak Berkhatan Doktor Beri Tip Mudah Cepat Sembuh

10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa