Fon Kepala Mondo On Ear Freestyle Estetika Retro Mekanika Moden



Era 80an menjanjikan kepelbagaian produk berkualiti, terutama dalam niche audio. Setidaknya andai kualiti audionya tidak segah diharap hati, pasti sekali ia tahan lama – tidak seperti produk zaman kini yang baru dibeli sudah dikait waranti.
Tetapi sekarang bukan kita hendak mengungkit atau terlampau mengenang kisah lama zaman 80-90an. Artikel ini ingin membicarakan tentang satu produk terbaru oleh Mondo by Defunc iaitu Fon Kepala Mondo On-Ear Freestyle.
Melalui reka bentuk luaran, dapatlah kita mengenali kumpulan sasar bagi pembelinya, iaitu mereka yang rindu kepada rekaan lama, dalam masa yang sama masih inginkan kemodenan dari segi ciri lainnya.
Jika anda inginkan TL;DR, cukuplah sekadar saya katakan ini ialah cinta terbaru saya dalam dunia pendengaran muzik. Jika anda masih tegar mahu mengetahui secara keseluruhan ciri dan pelbagai lagi elemen menarik diketengahkan oleh fon kepala ini, ayuhlah kita teliti terlebih dahulu segmen buka kotaknya. Mari!
Berikut ialah foto-foto yang sempat saya ambil. Tataplah dengan nikmat, maklum saja bulan puasa (ketika artikel ini ditulis) kita tidak dapat menjamah, hanya dapat menatap sahaja makanan dengan penuh kesabaran.

Spesifikasi Teknikal (untuk membantu anda yang kebosanan tidur lebih pantas):
Bluetooth 5.3 USB-C untuk pengecasannya Bateri berkapasiti 200mAh Pemacu bersaiz 36mm Mikrofon berkembar Jangkaan hayat bateri: 22 jam Waktu bercakap: 20 jam (telinga tak terbakar ke?) Mikrofon dengan ciri ENC Masa pengecasan: 1.5 jam Kadar sensitiviti: 105 DBSL Jarak frekuensi: 20Hz-20kHz Penyahkodan HD Apa ada dalam kotak?
1x fon kepala Mondo On-Ear Freestyle
1x Bag penyimpanan
1x Kabel pengecas USB-C
1x Set Ganti Bagi Span Telinga
1x Buku Manual Panduan Pengguna

Apa boleh saya katakan mengenai fon kepala ini?
Pertama sekali, saya ingin mengetengahkan seperkara, iaitu ‘HD Decode‘ atau ‘penyahkodan HD’ seperti yang dicatat pada laman web Mondo by Defunc. Untuk sesiapa yang tidak tahu, ‘decode‘ dimaksudkan ialah codec AAC. Tidak terdapat codec aptX setakat diuji cuba oleh saya. Apa pun, adakah kualiti audio dihasil oleh fon kepala ini tidak memuaskan?
Disinilah seperkara lagi yang mengejutkan terjadi kepada telinga saya yang tidak bersalah ini. Ia mula mendapati pelbagai jenis bunyi serta instrumen yang sebelum ini tidak terdengarkan. Bukan kerana saya pekak (boleh jadi juga), tetapi ia adalah kerana pemacu diguna pakai kali ini oleh Mondo Freestyle berjaya menghasilkan audio luar biasa enak.
Atas kerana itu, saya merasa agak aneh, apabila mendapati sangat kurang ulasan bagi produk ini. Pada saya ini tidaklah adil dek kerana pertamanya harga bagi Mondo Freestyle ini tidak begitu tinggi. Kedua dengan harga sebegini, anda memiliki sebuah fon kepala berkualiti premium. Jadi, bagaimanakah dapat digambar bunyi pemacu di telinga?
Begini – dum dum ceng. Dum dum ceng.
Ok, gurau.
Pada hemat telinga saya yang sudah sekian lama bergelumang bersama muzik metal ini, soundstage atau pentas bunyi kedengaran agak luas. Setelah memainkan lagu NSYNC – Tearin’ Up My Heart, saya merasakan walau ia tidaklah seakan berada secara langsung dalam konsert NSYNC, audio terhasil mampu membuat diri ingin bersedekah roti Gardenia di seluruh tadika dalam negeri Perak ini. Begitulah, hebat bukan?
Jika anda berminat hendak melayan senarai main lagu-lagu cinta yang ‘evergreen’, tak luput dek zaman dan tak lekang dek heatwave, di sini ada kesemuanya:


Jika anda ingin membaca ulasan lebih terperinci tentang audionya, saya tidak boleh menghalang kemahuan tersebut. Maka ini ialah sebahagian daripada apa yang saya dapati menerusi beberapa senarai main dan beberapa waktu hilang akal sementara dek kerana lagu-lagu dilayan membawa roh keluar berjalan-jalan dalam alam astral sebentar:
Pentas Bunyi Keseluruhan: Pentas bunyi merujuk kepada lebar dan kedalaman muzik yang dirasakan. Disebabkan reka bentuk pada telinga (on-ear), pentas bunyi Mondo Freestyle mungkin dianggap sempit atau tertutup berbanding fon kepala atas telinga. Ini boleh menjejaskan perasaan tenggelam dalam muzik. Pun begitu, jika jiwa sudah ke arah dunia muzikal, ini bukanlah halangan besar.
Bass: Lazat. Perlukah perkataan lebih panjang lagi? Barangkali talaan pemacu 36mm fon kepala ini sememangnya dihala ke arah kesedapan bass. Tiada apa yang tidak kena mengenai hal itu, cuma bagaimana pula dengan yang lain? Teruskan membaca. Mungkin anda akan berjumpa dengan apa dicari.
Mid (Pertengahan): Kedengaran agak baik, tidak terlalu tenggelam diakibatkan oleh talaan bass yang mantap seperti ditulis di atas.
Treble: Ketika mendengarkan lagu Sil Khannaz – Saktimuna, saya berpendapat mungkin bahagian ini sahaja ia tidak terlalu ‘lazat’ untuk santapan halwa telinga. Ya, lagu-lagu cinta 80an sudah boleh menjadi ‘makanan’ kepada Mondo Freestyle ini, namun bagi lagu-lagu metal, ia perlukan talaan lain. Untuk itu, aplikasi MONDO by defunc dimuat turun di Google Play Store.
Setelah membuat penalaan sendiri, barulah bunyi treble dapat didengarkan dengan lebih enak berbanding talaan lalai. Anda boleh lihat gambar-gambar berikut untuk paparan antaramuka pengguna aplikasi MONDO by defunc:

Kalau pun ada sesuatu tidak digemari, saya katakan ia hanya pada nilai estetik luaran yang apabila cuba diraba untuk diguna dalam kegelapan bilik tidur, maka agak sukarlah penggunaan kerana segalanya gelap belaka.
Kalau tidak percaya, lihatlah pada gambar di bawah ini. Agak sukar juga mencari di manakah kedudukan butang untuk menghidupkannya.

Konklusi:
Fon kepala Mondo On-Ear Freestyle ini adalah sebuah manifestasi rasa cinta dan rindu kepada nostalgia reka bentuk gajet sezaman Sony Walkman, manakala audionya pula ialah gabungan kepakaran moden jurutera bunyi masa kini.
Ia sesuai dijadikan sebagai peneman, sementelah saiznya yang agak kecil, beserta beratnya yang begitu ringan. Letakkan saja di leher, tidak akan terasa ia setia bersama. Bila hendak mendengarkan lagu, sarung terus di kepala, dan nikmati irama muzik di mana saja anda berada.
Sekiranya berminat, pembelian boleh dibuat di Shopee: Mondo On-Ear Freestyle Headphones


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/fon-kepala-mondo-on-ear-freestyle-estetika-retro-mekanika-moden/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Mendag Zulhas Garuk Garuk Kepala Disemprot Kritik Pedas Anggota Dpr Masa Salahkan El Nino

Video Mendag Zulhas Garuk Garuk Kepala Disemprot Kritik Pedas Anggota Dpr Masa Salahkan El Nino

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 118 hits
Anggota DPR dari Fraksi PDIP Evita Nursanty tajam mengkritik Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan terkait masalah beras
Kondisi Terbaru Ibu Pembunuh Bocah Di Bekasi Suka Benturkan Kepala Hingga Tinju Tembok Tahanan

Kondisi Terbaru Ibu Pembunuh Bocah Di Bekasi Suka Benturkan Kepala Hingga Tinju Tembok Tahanan

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 112 hits
Polisi mengungkapkan kondisi tersangka SNF ibu muda membunuh anak kandungnya AAMS dengan 20 tusukan di perumahan elite Kota Bekasi
Kepala Kantor Kemenag Sulbar Dilaporkan Bawahan Ke Polisi Dituduh Lakukan Pelecehan Seksual

Kepala Kantor Kemenag Sulbar Dilaporkan Bawahan Ke Polisi Dituduh Lakukan Pelecehan Seksual

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 138 hits
Kepala Kantor Kemenag Sulbar Dilaporkan Bawahan ke Polisi Dituduh Lakukan Pelecehan Seksual
Tanah Seluas 5 911 Meter Persegi Milik Eks Kepala Kantor Bea Cukai Makassar Andhi Pramono Disita Kpk

Tanah Seluas 5 911 Meter Persegi Milik Eks Kepala Kantor Bea Cukai Makassar Andhi Pramono Disita Kpk

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 143 hits
KPK masih akan mentracing aset lain milik tersangka untuk dijadikan batang bukti dan sebagai bahan eksekusi KPK
Ibu Reda Kepala Bayi Tertinggal Dalam Rahim

Ibu Reda Kepala Bayi Tertinggal Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 367 hits
nbsp Pejabat Kesihatan menjelaskan bahawa bayi Mukarromah sudah meninggal dunia di dalam rahim kira kira 10 hari sebelum dilahirkan iNewsJAKARTA Seorang wanita di Bangkalan wilayah Jawa Timur akur dan reda menerima kenyataan bahawa kepala b...
Jangkaan Kemungkinan Penampilan Nothing Ear

Jangkaan Kemungkinan Penampilan Nothing Ear

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 86 hits
Nothing Ear telah dilancarkan pada bulan Mac tahun lepas jadi sudah tiba masanya untuk syarikat mengumumkan sekuel Itu mungkin berlaku tidak lama lagi kerana jenama telah menyebarkan video teaser melalui akaun rasmi X sebelum ini Twitter Vi...
Seronoknya Main Game Retro Macam Zaman Kanak Kanak Dulu Konsol Trimui Pintar Pr

Seronoknya Main Game Retro Macam Zaman Kanak Kanak Dulu Konsol Trimui Pintar Pr

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 210 hits
Bestnya main game retro macam zaman budak budak dulu Konsol TRIMUI SMART PRO ni nampak menarik dengan system open source dia Boleh main lebih 15000 games lagi Mesti puas hati comfirm tak bosan The post Seronoknya main game retro macam zaman...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas