Flex Mode Samsung Galaxy Z Flip4
FLEX MODE SAMSUNG GALAXY Z FLIP4 | Assalammualaikum semua! Setelah beberapa bulan menggunakan Samsung Galaxy Z Flip4, Ruby nak kongsikan dengan anda semua tentang fungsi Flex Mode. Tanpa disedari, Flex Mode membantu Ruby menyelesaikan rutin dan tugasan harian tanpa disedari
Mungkin terlalu selesa, sehinggakan kalau selfie dan laksanakan tugasan hanya disedari oleh oranf sekeliling. "Eeeehhhhhh ni fungsi Flex Mode kan Ruby?".. "Haaa betul la tu. Jom Selfie?". Secara tidak langsung, mengeratkan siratulrahim. Ramai teruja melihat Samsung Galaxy Z Flip4 pada hakikatnya.
FLEX MODE SAMSUNG GALAXY Z FLIP4
Fungsi Flex Mode ini sangat memudahkan para pemilik Samsung Galaxy Z Flip4. Dengan saiz yang comel dan boleh dilipat, ia tidak membataskan kita untuk berasa selesa dengan peranti ini. Hanya pemilik sahaja memahami bagaimana sebuah telefon memberi kegembiraan dari rekaan, warna dan kualitinya.
Risau menggunakan Galaxy Z Flip4 lenyap apabila Samsung menaik taraf engsel. Kali ini, engsel Samsung Galaxy Z Flip4 dibina sepenuhnya berdasarkan bingkai Aluminium yang paling sukar, ia dipanggil Armor Aluminium. Pasti ia tidak kelihatan menarik tetapi apabila Ruby mencubanya dan membandingkan dengan dengan Z Flip3. Ternyata ia inovasi yang kukuh. Engsel yang diperbaharui lebih memberi keyakinan kepada pengguna
Dengan Galaxy Z Flip4, anda boleh menetapkan telefon anda dalam Flex Mode, sama ada untuk mengambil swafoto, merakam video Night Hyperlapse dan juga bersembang dengan rakan anda di Google Duo. Hanya letakkan telefon anda pada permukaan rata yang stabil dan lipat pada sudut 90 darjah untuk mengaktifkan Flex Mode
CARA MENGAKTIFKAN FLEX MODE
Jika anda mengaktifkan mod Flex apabila telefon anda dilipat dan dalam kedudukan tegak, aplikasi yang anda gunakan akan muncul di bahagian atas skrin. Panel dengan kawalan tambahan akan muncul di bahagian bawah skrin anda
Jika anda ingin menyediakan mod Flex pada peranti boleh lipat anda, ikut langkah seterusnya:
Langkah 1. Pada menu Settings anda ketik "Advanced features"
Lihat skrin "Advanced features" dengan ketik pada "Labs"
Langkah 2. Pilih pilihan "Labs"
Paparan skrin "Labs" dengan pilihan "Flex mode panel" diserlahkan
Langkah 3. Ketik pada "Flex mode panel"
Lihat skrin "Flex mode panel" di mana anda boleh memilih aplikasi untuk mengaktifkan Flex Mode
Langkah 4. Pada skrin ini pilih aplikasi yang mana untuk mengaktifkan Flex mode panel dengan mengetik toggle button
Langkah 5. Buka aplikasi pilihan anda, letakkannya dalam keadaan terlipat dan nikmati Flex Mode, di mana aplikasi yang dipilih muncul di skrin atas dan pad sentuh Flex Mode muncul di skrin bawah
Pada skrin bawah anda boleh menemui ikon berikut:
Notify panel down.Screenshot Capture.Brightness Control.Volume Control.Touchpad on/off.
FLEX MODE SEMASA MEREKOD VIDEO DI KONSERT
Di antara tugasan sebagai penulis blog, Ruby turut menggunakan Samsung Z Flip4 semasa ke acara-acara. Paling Ruby suka rekod adalah momen di konsert. Tiap lagu dinyanyikan dalam 3 - 4 minit di rekod dengan baik sekali. Tangan juga selesa memegang Galaxy Z Flip4 seperti Camcorder. Hehehe.
Samsung Galaxy Z Flip4 bukan sahaja elegan untuk wanita, malahan apabila lelaki menggunakan Galaxy Flip4 ini secara automatik mereka juga kelihatan bergaya. Tidak kisah warna apa telefon anda. Apabila anda buka flip4, semua mata tertumpu kepada anda dan menginginkan anda demo cara penggunaan dan buka tutup lipat banyak kali. Mungkin mereka ingin lihat betapa hebat engsel Galaxy Z Flip4. Hehehe
Selain untuk kerja, Flex Mode juga membuatkan gaya hidup Ruby lebih menyeronokkan. Semasa merekod, Ruby boleh melakukan perkara lain seperti makan malam sambil menonton Live Band. Ruby tidak lagi membawa tripod sejak ada Galaxy Z Flip4. Beg pun tak penuh dengan tripod. Hanya rekod dan ambil gambar dengan Galaxy Z Flip4, semua dah setel
APLIKASI YANG BOLEH DIGUNAKAN BERSAMA FLEX MODE
Ini berbeza mengikut aplikasi juga, bukan setiap aplikasi yang menyokong Flex Mode pada Flip. Berikut ialah senarai aplikasi yang menyokong Flex Mode secara pada Galaxy Z Flip4:
KalkulatorKalendarKameraClockGoogle DuoGaleri GambarInternetTelefonSamsung PercumaSamsung HealthSamsung TV PlusYoutubeZoom
SPLIT SCREEN BERSAMA FLEX MODE
Bagi pengguna Samsung Galaxy Z Flip4, tiada yang mustahil. Segalanya pasti boleh! Buat satu perkara dalam dua paparan? Membaca blog sambil cek email? Boleh
REVOLUSI SAMSUNG GALAXY Z FLIP
Samsung sememangnya terkenal dengan peranti lipatnya. Awal kemunculannya dulu dengan telefon SCH-A310 gantung dekat leher selamba je kan. Walau ada telefon, kita boleh fokus belajar mentelaah buku semasa zaman universiti dulu
Samsung terus mengikut peredaran zaman dengan menghasilkan pelbagai telefon pintar yang diinginkan oleh pengguna. Namun, tidak akan melupakan peranti lipat mereka. Pelbagai usaha dan hasilnya pada tahun 2020, Galaxy Z Flip diperkenalkan. Setiap tahun Samsunv kemaskini telefon pintar ini berdasarkam maklum balas pengguna. Berikut perbandingan di antara Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Flip4 edisi terkini 2022
Untuk mengetahui lebih lanjut ciri-ciri hebat Samsung Galaxy Z Flip4, lawati laman web di bawah
SAMSUNG | FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/12/flex-mode-samsung-galaxy-z-flip4.html