Fibroid





“Fibroid, atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus).
Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.

Terdapat beberapa jenis fibroid iaitu:
1)         Fibroid submukus
– Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam Rahim

2)         Fibroid Intramural
– Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.

3)         Fibroid Subserus
– Membesar di luar dinding Rahim

4)         Fibroid Pedunkal
– Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau
permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks
(pangkal rahim)



Gejala/ Tanda
Kebiasaannya,kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom yang nyata.
Namun, bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid di dalam rahim,  serta jarak fibroid daripada servik; ia mungkin akan menyebabkan gejala seperti berikut:-

-          Rasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis
-          Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
-          Sengugut (dysmenorrhoea)
-          Masalah pendarahan yang abnormal
-          Pendarahan antara kitaran haid (intermenstrual bleed)
-          Tempoh haid yang panjang (prolonged menses)
-          Darah haid yang banyak (menorrhagia)
-          Masalah atau sakit ketika hubungan kelamin (sekiranya fibroid terlalu besar)
-          Kencing tidak lawas atau kerap kencing (tekanan kepada pundi kencing).
-          Sembelit (tekanan kepada rektum)



Rawatan
Kebanyakan fibroid tidak perlu dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang menyebabkan masalah kepada pesakit.
Jika fibroid anda kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Ia boleh dilakukan secara imbasan scan.

Biasanya doktor akan membuat saranan berpandukan kepada
1)         sakit yang serius dan masalah pendarahan yang banyak ketika haid,
2)         fibroid tumbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar,
3)         faktor umur dan
4)         keinginan untuk beranak pinak.

Antara pilihan rawatan ialah:
Histerektomi
     -pembedahan membuang rahim.
Histerektomi adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak fibroid secara kekal. Kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid (menopaus)

Miomektomi
– pembedahan untuk mengeluarkan fibroid tanpa membuang rahim. .
Dengan kaedah ini, ada kemungkinan untuk fibroid kembali menyerang (dalam masa 10 tahun), namun anda masih boleh hamil.

Abliasi Endometrial (Endometrial ablation)
-boleh digunakan untuk fibroid yang membesar di dalam lapisan rahim.
Tisu endometrium dibuang dengan menggunakan tenaga laser,
gegelung dawai panas (heated wire loop) atau pemanasan mikrogelombang bendalir panas dalam sebiji belon.

Uterine arteri embolisasi
- ia adalah satu prosedur untuk mengecutkan rahim tanpa pembedahan
dengan cara mengurangkan pengaliran darah kepadanya.

Ubat-ubatan
- Ia merawat simptom.
Ubat ini biasanya mengurangkan tahap estrogen untuk sementara waktu dan pada masa yang sama menyekat pertumbuhan fibroid, terutama sebelum pembedahan. Bagaimanapun, kerana ubat ini sering mendatangkan gejala putus haid seperti panas mencurah (hot flushes), kekeringan faraj (dryness) dan ketumpatan tulang yang berkurangan; rawatan biasanya diberi hanya tiga hingga enam bulan. Fibroid akan kembali tumbuh selepas  terapi hormon dihentikan.


Pencegahan
Tiada siapa pasti punca sebenar fibroid, tetapi pakar berpendapat ia mempunyai banyak kaitan dengan faktor genetik, hormon, dan persekitaran. Malangnya, tiada cara yang diketahui untuk mencegah fibroid daripada bertambah atau berulang.


*info ni hasil dari google untuk panduan bersama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulieta.com/2018/10/fibroid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sengugut Teruk Kerap Kencing Tanda Ada Fibroid Ini 20 Jenis Makanan Yang Boleh Bantu Kecutkan Cyst Dan Fibroid

Sengugut Teruk Kerap Kencing Tanda Ada Fibroid Ini 20 Jenis Makanan Yang Boleh Bantu Kecutkan Cyst Dan Fibroid

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 953 hits
Senggugut teruk kerap kencing adalah antara tanda ada FIBROID 20 makan ini akan bantu kecutkan cyst dan fibroid Jom ambil tahu dan Amalkan Jangan biarkan cyst anda semakin membesar begini Ramai dikalangan wanita yang mengalami masalah pada ...
Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Tutup 3 Hutang Jahat Sekaligus Hasil Tabungan Emas Kisah Benar Tuan Albert

Masak Kicap Ikan Mackerel

Aktiviti Penyerahan Memorandum Rasmi Kepada Bar Council Ppim 13 05 2025

Telefilem Omadal

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk