Festival Raya Terbesar Absolut Bazaar X Gaya Raya Bakal Berlangsung Selama 66 Jam Tanpa Henti


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pengerusi Prisma Galeri Sdn Bhd, Tan Sri A. Rahman Mamat, (tengah), Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Winnie Lim (kiri) bersama Pengarah Absolut Event and Management, Ben Ali (tiga kiri), Ketua Pegawai Eksekutif My Events International, Hema Kandy (dua dari kanan), My Events International, Pengarah Kumpulan Pembangunan Perniagaan, My Events International, Thana Vadivelu (kanan) di majlis sidang media 'Absolut Bazaar X Gaya Raya'di MITEC, Kuala Lumpur

Setelah dua tahun beraya dengan keadaan suram, kali ini anda yang berada di sekitar Lembah Klang pastinya dapat menarik nafas lega kerana sebuah festival raya dengan berskala mega yang bakal diadakan di MITEC dan berlangsung selama 66 jam tanpa henti. Menarik bukan

Dikenali sebagai 'Absolut Bazaar x Gaya Raya', festival ini dianjurkan oleh Syarikat Absolut Event & Management Sdn Bhd dan My Events International Sdn Bhd dengan kerjasama Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada April ini dengan berteraskan slogan "Restart, Reboot, Refresh"



Festival yang bakal dilangsungkan tanpa henti selama 66 jam ini akan diadakan bermula pada 22 hingga 25 April 2022 yang akan bermula pada hari Jumaat, pada jam 12.00 tengah hari dan tamat pada hari Isnin 25 haribulan pada jam 6.00 pagi

Dengan slogan "Restart, Reboot & Refresh" penganjuran festival ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menghidupkan semula kemeriahan riang ria raya yang sudah 2 tahun disambut dengan suram. Selain itu, diharap juga dengan penganjuran fesival mega ini dapat menghidupkan semula sektor ekonomi para peniaga tempatan yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang melanda

500 vendor yang disediakan oleh pihak penganjur untuk para peniaga mengambil bahagian pastinya jumlah yang banyak. Tentang harga lot jualan pula jangan khuatir kerana pihak penganjur memperkenalkan harga lot jualan yang 'mesra pandemik' seiring dengan objektif untuk membantu peniaga tempatan yang terjejas

Dengan harga serendah RM2,800 sehingga RM4,000 bagi satu lot tapak untuk 4 hari acara, penganjur turut mewujudkan pelan pembayaran ansuran dan pinjaman kepada para peniaga


“Kami juga bakal mewujudkan pelan pembayaran ansuran serta pinjaman yang akan ditawarkan demi untuk meringankan beban para peniaga supaya ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka memulihkan semula perniagaan yang terkesan." jelas Ben Ali yang merupakan antara barisan penganjur merangkap Pengarah Absolut Event & Management Sdn Bhd.pada majlis sidang media Absolut Bazaar x Gaya Raya yang berlangsung di MITEC pada 14 Februari lalu

Beliau turut menambah, festival ini juga terbuka untuk disertai kepada semua jenis industri, seperti makanan, minuman, kuih muih, pakaian, produk kecantikan dan pelbagai lagi

Demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi keselamatan kira-kira 1 juta pengunjung yang dijangka hadir pada festival empat hari tersebut, pihak penganjur menyediakan dua dewan pempamer yang mampu memuatkan kira-kira 5,000 pengunjung dalam satu masa manakala satu dewan tambahan akan dibuka jika berlaku kesesakan


“Kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menaja kit ujian air liur bagi kemudahan pengunjung manakala pelitup muka juga akan diberikan malah kami juga akan pastikan setiap pengunjung terlebih dahulu mendaftarkan diri melalui QR kod yang boleh dilakukan secara atas talian supaya lebih mudah bagi mereka hadir tanpa perlu bersesak di pintu masuk untuk mendaftar,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif My Events International, Hema Kandy

Ruang surau yang luas turut disediakan untuk memberikan keselesaan buat pengunjung yang mahu menunaikan solat terawikh dan kemudiannya berbelanja di festival ini. 
Berkongsi lanjut, Ben Ali memberitahu, mereka akan membawakan Absolut Food Festival yang berskala mini di bawah satu bumbung dengan memperkenalkan konsep atas bumbung (rooftop) yang pertama kali bakal diadakan seadanya

"Ini kerana membeli belah persiapan raya pastinya tidak akan lengkap tanpa santapan makanan untuk berbuka dan juga sahur. Maka dengan adanya konsep santai di atas "rooftop" ini bakal menampilkan kelainan bagi festival raya kali ini." jelas beliau lagi


Tidak cukup dengan itu, mereka juga bakal menjemput para pereka terkenal tanah air seperti Dato Jovian Mandagie, Fiziwoo, Rizman Ruzaini dan lain-lain utnuk membawa koleksi "Ready-To-Wear" (RTW) mereka untuk sebuah persembahan fesyen (Fashion Show) yang bakal disajikan khas kepada para pengunjung festival raya kali ini

Artis terkemuka juga akan terlibat dengan festival ini yang turut memeriahkan lagi suasana, antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan adalah Dato Seri Siti Nurhaliza, Fattah Amin, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Raysha Senrose, Mira Filzah, Aerill Zafrel, Wawa Zainal, Neelofa, Haris Ismail, Emma Maembong, Zizan Razak, Syatilla Melvin, Saharul Ridzuan, Shukri Yahaya, Rozita Che Wan. Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Intan Najuwa, Aedy Ashraf dan ramai lagi

Melihat persediaan rapi yang dibuat oleh pihak penganjur pastinya pengunjung tidak perlu risau dan dapat berbelanja bersama seisi keluarga di Absolut Bazaar x Gaya Raya

#AbsolutBazaarxGayaRaya#MITEC

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/02/absolut-bazaar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Absolut Bazaar X Gaya Raya Menganjurkan Festival Raya 2022 Terbesar Di Mitec 66 Jam Tanpa Henti

Absolut Bazaar X Gaya Raya Menganjurkan Festival Raya 2022 Terbesar Di Mitec 66 Jam Tanpa Henti

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 537 hits
ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA MENGANJURKAN FESTIVAL RAYA 2022 TERBESAR DI MITEC 66 JAM TANPA HENTI Assalammualaikum semua Ruby teruja ingin berkongsi tentang acara yang bakal memeriahkan persiapan Aidilfitri pada bulan Ramadan tahun ini Kali t...
Terima Kasih Selama Ini Agensi Beri Respon Dakwaan Jun Somin Bakal Tinggalkan Running Man

Terima Kasih Selama Ini Agensi Beri Respon Dakwaan Jun Somin Bakal Tinggalkan Running Man

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 209 hits
Sepertinya Jun So min sudah kembali pulih selepas mengalami keretakan kaki dan menjalani pembedahan baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Oleh kerana keadaan yang membimbangkan itu sudah pasti ramai peminat Running Man yang meluahkan rasa risau d...
Bakal Berlangsung Mac Ini Agensi Kongsi Info Lanjut Perkahwinan Hyunbin Son Yejin

Bakal Berlangsung Mac Ini Agensi Kongsi Info Lanjut Perkahwinan Hyunbin Son Yejin

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 246 hits
Menggembirakan apabila Hyunbin dan Son Ye jin berkongsi pengumuman perkahwinan mereka baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Sudah pasti semua mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai majlis bermakna itu kan Lapor agensi Hyunbin Hello ini iala...
Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 345 hits
Tuan Tuan saya mulakan nukilan Sabtu ini dengan angkat diri sedikit Yang berikut adalah sedikit catitan oleh sdra Fauzi Kadir tuanpunya blog Permadu yang berkata Kalaulah blog saya ini yang paling berpengaruh di Malaysia saya harap Tuan Tua...
Pusingselangordulu Drive Selama 2 Jam Ke Sekinchan Coconut Farm

Pusingselangordulu Drive Selama 2 Jam Ke Sekinchan Coconut Farm

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 330 hits
Salam to all readers PusingSelangorDulu Drive Selama 2 Jam ke Sekinchan Coconut Farm Nak dijadikan cerita member aku Dibah ini pantang nampak benda viral dekat laman sosial terus nak pergi Ikutkan balik dari FRIM terus nak ke Sekinchan la t...
Video Gara Gara Internet Slow Pemuda Sarawak Sanggup Daki Bukit Selama 2 Jam Untuk Interview

Video Gara Gara Internet Slow Pemuda Sarawak Sanggup Daki Bukit Selama 2 Jam Untuk Interview

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 143 hits
Bila kita sekarang terpaksa teruskan hidup dengan v1rus c0v1d 19 ni kebanyakan perkara hanya dilakukan secara maya sahaja Bermula dengan Open Distance Learning dan juga Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Walau bagaimanapun kadar capaian I...
Park Boyoung Dilapor Bakal Jadi Jururawat Dalam Morning Comes To Psychiatric Wards Too

Park Boyoung Dilapor Bakal Jadi Jururawat Dalam Morning Comes To Psychiatric Wards Too

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 351 hits
Mungkinkah Park Bo young akan kembali dengan sebuah drama baru tak lama lagi Menurut laporan media pelakon wanita itu bakal menerajui drama adaptasi webtoon iaitu Morning Comes to Psychiatric Wards Too Ia diagmbarkan sebagai sebuah kisah pe...
Tiada Lagi Pkp Malaysia Bakal Beralih Ke Fasa Endemik

Tiada Lagi Pkp Malaysia Bakal Beralih Ke Fasa Endemik

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 239 hits
PETALING JAYA Malaysia bakal beralih ke fasa endemik dalam waktu terdekat kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Bagaimanapun kata Hishammuddin tarikh sebenar peralihan itu bergantung kepada keputusan Jawatankuasa...
Treasure Bakal Adakan Konsert Buat Kali Pertama Sejak Debut Pada April Ini

Treasure Bakal Adakan Konsert Buat Kali Pertama Sejak Debut Pada April Ini

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 233 hits
Berita gembira buat peminat TREASURE Pada 7 Februari YG Entertainment mengumumkan bahawa TREASURE akan mengadakan konsert pertama mereka sejak debut pada April ini di Dewan Olimpik Seoul Memandangkan ini adalah konsert pertama mereka sejak ...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl