Fatamorgana Logamaya Atau Sendaloka


 

Ini semua gara-gara Ahmad Maslan yang popularkannya, sana-sini orang politik bercakap mengenai ‘fatamorgana’. Ia bermaksud pembiasan cahaya melalui kepadatan yang berbeza, terutama di tempat panas, sehingga boleh membuat sesuatu yang tidak wujud menjadi seolah-olah wujud, atau ringkasnya khayalan semata-mata. Hakikat bahawa fatamorgana asalnya adaptasi daripada nama ahli sihir dalam kisah Raja Arthur, Faye le Morgana, yang boleh berubah-ubah rupa, tiada siapa pun ambil peduli.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dari Pontian itu menggunakan istilah berkenaan sebagai menggambarkan Langkah Dubai yang digembar-gemburkan bertujuan menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim hanyalah khayalan. Tanpa menghuraikan sama ada Langkah Dubai benar-benar ada atau sebaliknya, rancangan itu dianggapnya mustahil untuk dijayakan dalam keadaan dan mengikut peraturan semasa.
Dalam keadaan suhu politik negara yang sedang memanas, tidak hairan jika ramai orang politik berhalusinasi atau terpedaya oleh “logamaya” – imej sesuatu objek jauh yang biasanya berupa lapisan air di atas permukaan jalan yang disebabkan biasan oleh udara panas atau dalam bahasa Inggerisnya, “mirage”. Orang yang sedang kepanasan, ditambah pula oleh rasa haus dan lapar, logamaya mudah sekali terbentuk di dalam minda. Baru-baru ini tular satu klip video yang menggambarkan keadaan sedemikian.
“Yang tanya tu ramai, bila lagi Tan Sri (Muhyiddin Yassin). Faham tak maksudnya? Maknanya mereka (rakyat) dah tak tahan, mereka nakkan perubahan. Kalau boleh (nakkan) kerajaan baru… umum begitu yang tanya saya. Saya bukan bohong… pasal bila mereka lihat saya, ‘Tan Sri, bila lagi, tak tahanlah,” pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan presiden Bersatu itu dirakamkan dalam video berkenaan. Kurang jelas pula siapakah yang bertanya dan berapa ramaikah mereka.
Diselitkan dalam video itu perkataan “Sapa yang tanya tu, walaun ke?” Apa pun, dalam keadaan biasa, ini juga boleh tergolong sebagai fatamorgana.
Terdahulu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin pada awal November lalu mendakwa majoriti rakyat Malaysia mahu PN mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat. Ia bersandarkan dapatannya bahawa orang ramai menyuarakan pendapat mereka di media sosial dengan mendakwa kerajaan pimpinan Anwar gagal menyelesaikan isu-isu kepentingan rakyat.
“Kami tak fikir nak ambil alih kerajaan atau tak, tetapi dalam media sosial rakyat kata bila nak ambil alih? Itu yang kita baca,” kata Hamzah dalam satu sidang akhbar.
Begitu mudah untuk kerajaan mahu ditukar hanya dengan sejumlah komen di media sosial. Tidak syak lagi ini adalah contoh logamaya.
Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop pada 30 Dis lalu mendakwa wujud gerakan terbaru yang dirancang bagi menjatuhkan Anwar yang didalangi pemimpin parti pembangkang dan wakil tertentu kerajaan. Langkah Dubai dikatakan turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh bergelar ‘Tun’ selain sumber asing akan digunakan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan dengan cara memberi sogokan kepada Ahli Parlimen kerajaan. Mengulas perkara itu, Ahmad yang juga timbalan menteri kerja raya menepisnya sebagai fatamorgana kerana 30 Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah menandatangani untuk membayar RM100 juta jika ingin melompat parti.
Namun, berlawanan dengan beberapa penafian – antaranya Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; dan Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris – yang bertegas Langkah Dubai sengaja direka oleh J-Kom bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada kontroversi kerajaan, Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor pula pada Rabu mengesahkan bahawa wujud gerakan untuk menumbangkan kerajaan perpaduan tapi Langkah Dubai hanya satu ‘dummy’.
“Saya tahu (bila tarikh kerajaan perpaduan tumbang) tetapi tak boleh ‘habaq’. (Kerajaan ini) tidak (akan) bertahan sampai lima tahun,” katanya. Cuma apabila ia datang daripada Sanusi, tiada siapa boleh berasa pasti bila waktunya beliau melawak dan bila beliau serius. Kenyataannya itu harus dianggap tidak lebih sebagai sendaloka.
Kemudian ada pula satu pandangan terbaru daripada seorang blogger konon Langkah Dubai bukan omong kosong. Konon juga Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, sebagai perdana menteri ke-11. Bolehkah perkara seperti ini dibuat secara sembunyi-sembunyi? Muhyiddin dan Presiden PAS, Hadi Awang, dikatakan tak berminat (boleh terimakah kenyataan ini?) manakala Hamzah, Hishammuddin Hussein, dan Azmin Ali tidak mendapat sokongan sebulat suara. Ini semua tidak boleh dipercaya.
Langkah Dubai, katanya lagi, sebenarnya masih dalam pembikinan lantaran masih ada beberapa isu yang belum selesai kerana beberapa Ahli Parlimen Umno dikatakan tidak yakin sokongan majoriti dapat diperoleh dari Sabah dan Sarawak meskipun calon perdana menteri sudah dikenal pasti. Masakan mungkin kerana Premier Sarawak Abang Johari Abang Openg sudah menyatakan rasa terkejut dan hairan dikaitkan dengan Langkah Dubai apabila namanya secara tidak langsung disebut kononnya sebagai bakal perdana menteri.
“GPS hanya ada 23 kerusi, kita sukat baju di badan sendiri. Kita bukan paloi (bodoh),” katanya.
Mengulas Langkah Dubai dalam kolum Harakah Daily semalam, Hadi berkata partinya sedia menunggu perubahan kerajaan melalui “proses demokrasi dan raja berperlembagaan”. Tambahnya lagi, di sebalik semua parti politik mahu menjadi kerajaan, PAS dan sekutunya dalam PN tidak percaya kepada budaya “shopping” sokongan Ahli Parlimen menggunakan wang atau janji, sebaliknya mengamalkan “politik demokrasi sebenar”. Ia umpama halwa telinga mendengar hujah sedemikian. Tapi pada waktu yang sama kita juga sudah terbiasa mendengar kritikan mengumpamakan presiden PAS itu sebagai pemimpin yang cakap siang lain, cakap malam lain.
Semakin didalami polemik Langkah Dubai ini, semakin terpesong pula pertimbangan ramai oleh fatamorgana, logamaya atau sendaloka daripada pelbagai kenyataan bercanggah yang dikeluarkan. Pada hakikatnya, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar kekal tidak goyah dengan majoriti lebih 2/3 di Dewan Rakyat yang sehingga ini tidak menunjukkan sebarang petanda akan berkurangan.
Anwar sudah menegaskan apa saja rancangan menjatuhkan kerajaan – Langkah Dubai atau yang seumpamanya – tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya. Melainkan ada perkembangan berbeza, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof menolak Langkah Dubai dengan menyimpulkan usaha menggulingkan kerajaan perpaduan hanya membuang masa belum lagi meleset.
Kata-kata Sanusi konon anggota Kabinet Anwar “sedang ‘kelupoq’, muka sorang-sorang pucat sahaja, cuba pergi tengok menteri-menteri, muka semua pucat” harus diterima tidak lebih sebagai cerita penglipur lara. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/fatamorgana-logamaya-atau-sendaloka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Bukan Pemujaan Melampau Ini Sarkasm Atau Sindiran

Ini Bukan Pemujaan Melampau Ini Sarkasm Atau Sindiran

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 123 hits
Mohd Fairul Al QasasIni juga sengaja menjadi batu api dan menambah nambah cerita Mungkin nak menambah huduh UAI saya tak setuju sikap begini Fokus saya cuma satu kalau boleh UAI tidak membodohkan menyesatkan dan menkafirkan orang Itu aja Na...
Jdt Merombak Pasukan Kerana Masalah Kewangan Atau Melepaskan Kuda Tua

Jdt Merombak Pasukan Kerana Masalah Kewangan Atau Melepaskan Kuda Tua

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 182 hits
Menurut laporan dari Flashsukan com my Tunku Ismail Sultan Ibrahim pemilik Johor Darul Ta zim mencadangkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Malaysia Football League supaya dilaksanakan Financial Fair Play dan mewajibkan program akar...
Langkah Dubai Tidak Menjadi Kenyataan Bukan Kerana Gagal Atau Digagalkan Tetapi Sebab Tidak Pernah Digerakkan

Langkah Dubai Tidak Menjadi Kenyataan Bukan Kerana Gagal Atau Digagalkan Tetapi Sebab Tidak Pernah Digerakkan

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 311 hits
Sejak malam tadi begitu ramai yang bercakap dan menulis mengatakan Langkah Dubai sebagai langkah yang gagal Ada nada gembira di sebalik luahan demikian setidak tidaknya yang pasti muncul esok ialah tahun baru bukan kerajaan baru Langkah Dub...
Buat Pemula Umrah Atau Haji Kenalpasti Rukun Yamani Dan Rukun Hajarul Aswad

Buat Pemula Umrah Atau Haji Kenalpasti Rukun Yamani Dan Rukun Hajarul Aswad

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 335 hits
Rukun YamaniBuat pemula Umrah atau Haji pastinya tidak kenal mana satu Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad Yang mana satu ek Pasti keliru Nah saya bawakan ilmu ringkas berkenaan Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad untuk rujukan Rukun Yama...
Hari Atau Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Hari Atau Waktu Mustajab Untuk Berdoa

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 271 hits
Waktu Solat 1 Diantara azan dan iqamah 2 Ketika berdiri memulakan dan sesudah selesai solat 3 Ketika sujud dalam solat 4 Ketika iktidal akhir dalam solat 5 Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari 6 Diantara waktu Zohor dan Asar dan sele...
Cegah Ketirisan Bukan Debat Mitra Patut Bawah Jpm Atau Kementerian Kata Sayap Pas

Cegah Ketirisan Bukan Debat Mitra Patut Bawah Jpm Atau Kementerian Kata Sayap Pas

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 306 hits
Mitra yang bertanggungjawab menangani pembangunan sosioekonomi masyarakat India bawah seliaan JPM sejak Sept 2022 PETALING JAYA Seorang pemimpin sayap penyokong PAS menepis perdebatan mengenai susun atur Unit Transformasi Masyarakat India M...
Tukar Kereta Setiap Tahun Hasil Jual Nasi Rahmah Atau Cuci

Tukar Kereta Setiap Tahun Hasil Jual Nasi Rahmah Atau Cuci

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 143 hits
Depan rumah aku ni ada uncle jual nasi ekonomi Setiap tahun mesti tukar kereta nampaknya nak tahun baru ni dia angkat tesla la pulak Aku perati je yang datang makan tu biasa la datang dan pergi tapi aku selalu nampak akan ada motor motor da...
Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Ejen Bank Rakyat Dalam Urusan Permohonan Pembiayaan Atau Saham

Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Ejen Bank Rakyat Dalam Urusan Permohonan Pembiayaan Atau Saham

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 221 hits
Menurut kenyataan Bank Rakyat Sila ambil maklum Bank Rakyat tidak pernah melantik mana mana pihak sebagai ejen yang mewakili Bank dalam sebarang urusan permohonan pembiayaan atau urusan saham termasuklah individu bernama NURZULHIK
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas