Kali ini kami nak terjah Fantasy Jungle Food pula.Teddy tak tahulah sama ada benda tu betul disebut cenderahati, tapi Mommy panggil door gift. Kalau kawan-kawan Tedi yang duk di Amerika Syarikat biasalah kot sebut door gift ni.
duniaitu: 'Hadiah istimewa' di muka pintu.
Inilah gamaknya rupa NSK Wangsa Maju tu. Kita tengok je lah nanti. Nak kena bawa kamera ke ek? DSLR je yang Tedi ada, takkan nak usung dalam pasar borong kot, nampak sangat keberuangan Tedi ni nanti.Mencari dan mencari, di manakah tempatnya? Tedi dapati ia berada di Wangsa Maju, jika dilihat pada alamatnya ia macam dalam NSK Wangsa Maju. Selain itu ia ada juga di NSK Selayang.
Kalau harga betul-betul murah dan dekat pula dengan rumah, memang murahlah, kan kan kan?NSK Wangsa Maju tu macam jauh pula, sejam perjalanan tu, itupun jika tiada kesesakan lalu lintas. Macam mustahil je sebab hari ini hari minggu dan kami terpaksa melalui Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2).
ashblackcondor: Jauh berjalan luas pandangan.Karangan ini telah diterbitkan buat pertama kali pada 27 April 2014.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |