Fa Inn Qar B


Assalamualaikum,Selamat Petang

Buku Fa Innī Qarīb | Buku terbaru dalam koleksi Fiza untuk bulan pertama tahun ni adalah 'Fa Innī Qarīb' yang mana membawa maksud maka sesungguhnya Aku amat dekat. Buku ini merupakan sinopsis untuk 30 Juzuk Al-Quran. Senaskah dijual dengan harga RM48. Fiza beli di tiktok shop... So far, buku ni selalu sold out. 
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak memiliki Al-Quran yang ada tagging dan jugak buku ni. Buku ni tebal, tapi ringan... Di mana ianya mengandungi 300 lebih halaman. Isinya cukup ringkas, padat dan bahasanya pun sangat mudah untuk difahami. 

Fiza tak habis baca lagi. Namun, isinya cukup memberi bekas di hati. In Shaa Allah, Bila baca buku ni... Kita akan lebih memahami makna setiap maksud kandungan setiap Juzuk di dalam Al-Quran. Pendek kata, buku ni akan menaikkan lagi semangat kita untuk tadabbur Al-Quran... Alhamdulillah..

Di sini Fiza nak share jugakla beberapa tips yang mana mungkin boleh kita sama-sama praktikkan untuk lebih rajin membaca Al-Quran. Antaranya :-
1. Beli Al-Quran Bewarna-warniTips pertama, beli Al-Quran mengikut warna kesukaan. Macam kita beli baju, beg, kasut jugak... Bila kita pilih warna yang kita suka, cantik... Mesti kita nak pakai selalu kan. Macam tu jugak Al-Quran. Sekarang banyak Al-Quran jenis tagging dijual di pasaran. Cantik-cantik belaka. In Shaa Allah, ianya akan naikkan lagi semangat kita untuk membaca Al-Quran setiap hari. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin..

2. Memahami Isi Al-QuranUstaz Wadi pernah bagitau, jadikan Al-Quran sebagai sahabat. Fahami maksudnya. In Shaa Allah, kita tak kan berenggang dengan Al-Quran. Bagaimana? Caranya, dapatkan ilmu dari yang pakar. Sambil tu, bolehla dapatkan buku-buku tentang makna Isi kandungan Al-Quran. Bila kita fahami isinya... In Shaa Allah, kita akan lebih terasa ringan dan mudah untuk membaca Al-Quran

3. Highlights Kan Isi-Isi Penting Kemudian, cara ketiga supaya kita lebih mencintai Al-Quran adalah dengan meng'highlight'kan Isi-Isi dalam Al-Quran yang kita rasakan mampu memberi semangat kepada kita. Macam kata-kata motivasi jugak. Bila kita rasa down, kita suka cari kata-kata yang boleh mengembalikan semula semangat kita. Betul tak? Padahal banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang boleh kita ambik untuk kita jadikan pembakar semangat kita dikala kita sedih, duka dan sebagainya. Pendek kata, Al-Quran adalah sahabat terbaik untuk kita sebenarnya

Tu adalah 3 Cara paling utama bagaimana nak mudah dan rajin untuk membaca Al-Quran. Tapi, Bila kita lebih faham dengan apa yang kita baca... In Shaa Allah, kita akan merasai kenikmatan membaca Al-Quran itu bagaimana. Mudah-mudahan kita diberi peluang untuk sentiasa menambah ilmu hendaknya. Aamiin..

Apa-apa pun, Fiza sangat berpuas hati dengan buku Fa Innī Qarīb ni... Harganya sangat berpatutan dengan isinya

Akhir kata..

Apa yang Baik itu, datangnya dari Allah S.W.T dan yang tak elok itu datangnya dari diri Fiza sendiri. Wallahu'alam..

Korang pernah baca buku ni? Jom, share pandangan korang tentangnya...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizacrochet.com/2024/01/fa-inni-qarib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Kenangan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Di Universiti Sultan Zainal Abidin

Zikir Dikir Hafiz Hamidun Halim Yazid

Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

Air Laici Bunga Telang Minuman Sejuk Yang Menyegarkan

Relatif Berdasarkan Perbandingan

Munas Iv Relawan Tik Indonesia Hani Purnawanti Lanjutkan Tongkat Estafet Kepemimpinan