Eye Pro Vision Kedai Cermin Mata Viral No 1 Di Sungei Wang Plaza
Sebelum ni mama selalu nampak orang post pasal kedai cermin mata viral no 1 iaitu Eye Pro Vision di Sungai Wang Plaza ni. Geram jer sebab harga cermin mata dekat sini murah-murah. Mentang-mentang lah mama ni duduk jauh sangat kan. Ishhh sabar jer tau. Lepas tu nak jadi cerita cermin mata mama ntah hilang kat mana so agak mencabar la nak drive time waktu malam. Huhuhu dah mama ada keja dekat KL alang-alang terus singgah dekat kedai cermin mata Eye Pro Vision di Sungai Wang Plaza.
Sampai jer kat kedai cermin mata tu, jangan lupa nak scan My Sejahtera dengan check suhu yer. Kita kena la ikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan untuk terjadi benda yang tak ingini suatu hari nanti. Oh masa mama sampai kat kedai ni time tu tak ramai sangat so boleh la mama belek-belek dan cuba testing yang mana berkenan di hati. Hehehe sampai tak tahu nak pilih yang mana la sebab semuanya cantik-cantik
Suasana dalam kedai Eye Pro Vision ni takder la besar mana tapi kalau korang tengok memang banyak koleksi design cermin mata dari bingkai yang murah hingga yang mahal. Kalau korang suka jenis frame besi ala-ala Korea pun ada. Hehehe disebabkan muka mama tak sesuai dengan frame ala Korea tersebut mama pilih jer yang trend anak muda sekarang.
Cermin mata mama sebelum ni frame jenis warna hitam. Itu pun yang biasa punya tapi masa mama buat ritu mahal gak dekat RM180 tau. huhuhu tapi kan dekat kedai viral no 1 Malaysia ni untuk bingkai + cermin multicoated hanya RM65 sahaja! Mama be like whatttt serious la. naper murah sangat!!! Scam ker apa ni? Huhuhu.
Yang mama suka dengan kedai ni dia orang punya staff cukup peramah yer. Dapat layanan macam ni terus mama tak rasa kekok tau nak pilih cermin mata yang sesuai. Siap kalau mama tanya bingkai mana yang sesuai staff ni layan memang terbaik macam dah kenal lama pulak. Hehehe. Oh ya boss Eye Pro Vision iaitu Mr William yang handsome tu pun explain pasal apa yang mama tak faham sangat-sangat profesional.
Selepas mama pilih bingkai yang mana berkenan, terus Mr William nak check power mata mama berapa. Oh ya power untuk rabun jauh mama tak tinggi sangat tapi silau mama memang tinggi. Hehehe sebenarnya mama pakai cermin mata time drive waktu malam jer sebab silau. Mr William kata kalau tak pakai selalu nanti silau mata tu lagi tinggi. Oh my terus takut tau!! Hukhuk oklah lepas ni kena pakai cermin mata yer mama.
Rabun silau atau astigmatisma adalah masalah gangguan penglihatan yang disebabkan kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata. Keadaan ini mengakibatkan penglihatan kabur pada jarak jauh. Rabun silau boleh dialami pada semua peringkat umur. Selalu terjadi semasa lahir dan kadang-kadang terjadi selepas kecederaan atau pembedahan mata. Bayangkan hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza. Rabun silau ini selalunya datang bersama-sama rabun jauh dan juga rabun dekat.
Mr William kata mata kita berbentuk sferikal di mana kelengkungan kornea adalah sama pada semua kedudukan. Apabila cahaya memasuki mata, ia akan terfokus sebagai satu titik diatas retina dan objek akan kelihatan jelas. Keadaan ini menyebabkan cahaya yang memasuki mata akan terfokus pada banyak tempat atau dengan kata lain mata tidak berupaya untuk memfokus sebagai titik diatas retina. Itu pasal la mata kita tidak jadi focus semasa mama tengah drive.
Kemudian Mr William explain tentang kanta Aplha blue 420 yang sangat popular di Eye Pro Vision. Oh ya untuk kanta ini khas untuk orang yang mengalami masalah rabun silau malam macam mama. Selain itu, sangat sesuai bagi orang yang selalu memandu pada sebelah malam yang nampak lampu LED kereta, mengadap computer dan juga smartphone
Yang menariknya Alpha blue 420 ini 100% uv 420 dan cahaya silau tak tembus ke cermin mata kita tau. Sebabnya Alpha blue 420 ini mempunyai 12 lapisan coating yang tahan silau. Mr William siap buat demo la dekat depan mama. Teruja betul time tu. Patut la selama mama pakai cermin mata sebelum ni sama jer silau kalo time drive tengah malam. Oh ya untuk cermin mata Alpha blue 420 siap bingkai hanya RM125 jer weh. Ni untuk power dalam -400 dan silau dalam -200 akan dapat harga RM125 tau tapi kalau power tinggi korang kena tanya dengan Mr William sendiri yer. Mana nak dapat kan dengan harga mur mur macam tu!
Lepas dah dapat result rabun dan silau, Mr William suruh mama masuk bilik untuk check mata lebih detail. Time ni kena pakai bingkai cermin mata yang comel tu dan masukkan kanta yang ada power untuk nak tengok power mana yang sesuai. Heheheh. Lepas mama boleh nampak dan baca abjad dengan jelas baru Mr William akan proceed langkah seterusnya.
Kemudian mama kena tunggu dalam 30 minit untuk siap cermin mata mama. Kejap jer nak tunggu time tu korang pergi la minum-minum ker, window shopping ker untuk tunggu cermin mata korang siap. Perghh memang servis tiptop la di kedai cermin mata viral ni. Dengan harga yang cukup murah memang berbaloi korang datang beli dekat kedai ni. Sangat dipercayai yer.
Tadaa ni lah bingkai yang mama pilih. Sekarang memang trend cenggini tau pakai. Kaler putih nampak stylo kan. Ehemmm ada nampak muka mama muda tak ker muka macam professor kahkahkah. Ala kasi can la bagi mama perasan. Yer cermin mata ni dengan kanta Alpha blue 420 ini saja RM125 sahaja. Murah kan. selalu harga untuk cermin mata silau memang mahal tau. Dekat Eye Pro Vision ni memang berbaloi lah! Gerenti puas hati yer.
Hahh korang nak buat cermin mata murah ni tak? Kalau nak buat sila roger mama nanti mama inform dekat Mr William dan korang boleh dapat diskaun lagi. Ehh boss jer yang boleh bagi diskaun tau. Apa-apa korang bagitau mama yer. Nak buat sila terjah ke Eye Pro Vision Kedai Cermin Mata Viral No 1 di Sungei Wang Plaza yer
Eye Pro Vision G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza
William 016-377 130411.00 am - 9.00 pm
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2020/11/eye-pro-vision-kedai-cermin-mata-viral.html