Experience Best Makan Di Burger Cheese Ipoh
Sorry.. Ni bukan k.fiezz nak condemn ke apa tau.. Just my experience & family in law makan malam kat kedai makan berdekatan Gunung Lang, Ipoh.. Tempat ni gabungan dua kedai yg berbeza & berkongsi lokasi yg sama.. Jadi pelanggan ada pilihan nak menu selera Malaysia atau menu omputih ..
Pilihan kitaorg masa ke sini, makanan western. Jadi kitaorg order dengan Burger Cheese Ipoh ni.. So servis yg k.fiezz nak komen ni utk Burger Cheese Ipoh..Bukan nak komen atau kutuk kedai ni tak bagus cuma ada kekurangan sikit dari segi servis dan harap diperbaiki..
Kelemahan Di Burger Cheese Ipoh.
Pertama - Budak yg hantar makanan pada pelanggan, x tau apa menu yg dia hantar.. Yelah kita kadang sedap order je tapi rupa menu x tau.. Kadang dalam gambar, lain.. Hat yg smpai depan mata, lain plak.. So kita expect staff yg hantar akan assist kita bagitau apa yg dia hantar.. Ni kita plak yg tertanya2 apa menu yg dia hantar tu..
Chicken Chop Grilled
Kedua - order menu lain.. Yg dpt menu lain.. Pffft.. K.fiezz le punya ni.. K.fiezz order Chicken Chop Grilled.. Sekali yg sampai Lamb Grill Cheese.. Adeh..Try tanya budak yg hantar, ni apa.. Chicken Chop Grilled ke? Dia angguk.. Sekali masa nak potong, k.fiezz rasa tu daging laaaa.. Apa lagi terus complaint la ngan staff yg lain.. Itupun dia x caya.. Dia siap bawak kertas yg staff dia amik order kitaorg tu.. mmg confirm tak de dalam senarai pun lamb cheese ni..
K.fiezz syak staff yg amik order tulis guna shortform tpi staff bhg dapur tak paham apa yg di tulis.. Agaknya la.. Kalau x, x kan order lain.. Dpt menda lain.. Huhu...
Mak mertua k.fiezz pun ada terdengar perbualan pelanggan lain yg order menu lain, dapat menu lain.. Huhu..
Ni hah ghupe Lamb Grill Cheese.. K.fiezz, kambing pun tak makan.. Acane nak makan yg ni.. Adeh..
Ni mr hubby punya, lamb chop.. Kalau x silap la nama dia.. Tapi kambing la main course dia..
Ketiga - Helok makanan k.fiezz smpai, hujan pun turun.. Uwaaaa.. Dah la kitaorg duduk kat pondok yg beratapkan daun rumbia.. Menitik2 air ujan tembus kat celah-celahan daun.. Kelam kabut keluar dari situ cari tmpt teduh sambil bawak pinggan n gelas yg penuh makanan lagi.. Yg belum habis makan lagi K.fiezz, mr hubby & anak buah.. Dah dpt tmpt berteduh, staff situ boleh buat tak tahu je sebab kebetulan tempat semua penuh.. Bila mintak meja kosong, baru dorang carikan.. Tapi cari meja je la.. Kerusi, adik ipor k.fiezz main amik yg mana kosong..org jgn ckp la.. Semua usya kitaorg.. K.fiezz? Buat muka tebal je la..
Sila Perbaiki Mutu Servis
So Burger Cheese Ipoh, pls improve your service. Harga makanan korang pun bukan la murah sgt.. So hope berbaloi service n byrn makanan yg dibayar selain dari rasa makanan, service korang pd pelanggan pun amik kira jugak.
Do improve your service & staff skill in future..kalau service tak okey, orang pun len kali malas nak repeat.. Mungkin skrg ramai la org dtg tapi kalau teruskan servis camni, k.fiezz tak heran bila lalu kat sini next time, dah tutup.. Huhu... Bukan mendoakan tapi pendapat peribadi k.fiezz je..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fiezasani.xyz/2018/12/experience-best-makan-di-burger-cheese.html