Erti Kebebasan Ismail Izzani






Sering dilabel sebagai anak emak, penyanyi Ismail Izzani akhirnya membuat keputusan untuk 'keluar' daripada jagaan kedua-dua ibu bapanya sejak Julai tahun lalu.

Tekad untuk berdikari seiring tuntutan kerjaya, pemilik nama sebenar Ismail Izzani Zainal Nazeri yang berusia 19 tahun itu menyifatkan keputusan berkenaan adalah paling berat sepanjang hidupnya.

Biarpun sekadar berpindah dari kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur ke Damansara, Selangor, bagi Ismail, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum mula hidup berdikari.

Menurutnya, perkara paling sukar untuk dilakukan adalah meyakinkan ibunya yang juga penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam bahawa dia mampu untuk meneruskan kehidupan mandiri.

Kini hampir setahun hidup ‘bebas’ Ismail mengakui, adakalanya merindui kelibat seorang ibu di dalam kediamannya. Namun, Ismail tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil, dia bahkan semakin bijak mengatur kehidupan.

“Saya sudah lama berhasrat untuk hidup berdikari, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk menzahirkan hasrat berkenaan kepada keluarga terutama ibu.

“Saya yakin ibu tidak akan bersetuju dengan keputusan untuk hidup sendiri. Bayangkan ketika zaman persekolahan, saya tidak dibenarkan untuk mengikuti perkhemahan anjuran sekolah, apatah lagi tinggal seorang diri,” dedah anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Mengimbau momen ketika kali pertama memaklumkan hasratnya untuk keluar dari rumah kira-kira setahun lalu, Ismail sekadar tersenyum dan menghembuskan nafas lega.

Ujarnya, ibunya hampir sahaja merajuk dan membentak kerana tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Meskipun begitu, sebagai anak lelaki, Ismail mengumpulkan keberanian dan melontarkan hujah-hujah kukuh untuk mendapat restu daripada keluarga.

“Saya masih ingat mata ibu pada saat itu terbeliak. Daripada reaksi spontan ibu saya telah tahu dia tidak bersetuju. Saya memujuk ibu dan membiarkan dia bertenang.

“Pada keesokan hari, ibu sendiri memaklumkan bahawa dia memberi kebenaran beserta syarat iaitu saya perlu bijak menjaga diri,” tutur pelantun lagu Bidadari itu.

Album

Sejak tinggal di kediaman sendiri, Ismail bersyukur kerana kerjayanya masih berjalan seperti biasa, malah dia semakin fokus merencana agenda seni.

Menurut Ismail, antara alasan utama berpindah ke Damansara adalah soal logistik. Dia tidak mahu membuang masa tersekat dalam aliran trafik pada waktu puncak untuk ke sesebuah lokasi memenuhi tuntutan kerja.

“Saya berpendapat Damansara adalah lokasi yang strategik. Lokasi itu dekat dengan Sri Pentas dan Astro di Bukit Jalil. Jadi, memudahkan pergerakan harian selain melunaskan aktiviti seni di sekitar ibu kota,” katanya yang kini menceburkan diri dalam perniagaan baju raya.

Melihat pada graf kerjaya Ismail, sejak meledak menerusi single Sabar kira-kira dua tahun lalu, dia antara pendatang baharu yang cukup konsisten dalam menghasilkan karya-karya popular.

Selepas dua single berentak pop dan balada, Luar Biasa yang dilancarkan pada tahun lalu menampakkan sisi muzik berbeza Ismail menerusi percaturan genre pop dan dance.

“Bidang tarian adalah satu percubaan, namun tidaklah serius sehingga saya mahu dilabel penari handal.

“Luar Biasa juga percubaan saya tampil berbeza dalam berkarya. Saya mahu setiap naskhah memberikan pembaharuan kepada pendengar,” katanya.

Hampir dua tahun bergelumang sebagai anak seni, Ismail menzahirkan impian tampil dengan sebuah album penuh sebagai penghargaan terhadap sokongan peminat.

Menyasarkan penghasilan antara 12 hingga 15 lagu sebagai pengisian, Ismail juga sedang mengumpulkan material lagu dalam bahasa Inggeris.

Kongsinya, selepas mengeluarkan lagu bahasa Inggeris sulung berjudul Save Me, Ismail selesa untuk terus menyanyikan lagu dalam bahasa berkenaan.

“Sejujurnya, Save Me bukanlah sebuah material bersifat komersial kerana naskhah itu sarat dengan melodi berbanding lirik. Saya sedar lagu seperti itu tidak akan mendapat tempat, namun bersyukur masih ada yang memberi sambutan.

“Sambutan terhadap Save Me antara faktor saya ingin memperbanyakkan penghasilan lagu dalam bahasa Inggeris,” tuturnya.

Menyedari jualan album berbentuk fizikal tidak memberansangkan, Ismail mengalihkan perhatiannya untuk menguasai platform digital.

“Saya sedar untuk mengeluarkan album menuntut kos di samping keadaan pasaran yang perlahan. Jadi, saya mahu album ini seimbang antara pasaran dalam bentuk fizikal dan platform digital,” jelas pemilik koleksi baju raya Qilai itu.

Sempat berkongsi mengenai dunia perniagaan jenama baju rayanya, Ismail bercadang memperlahankan aktiviti seni sepanjang Ramadan nanti demi memberi perhatian terhadap jualan koleksinya.

Dia akan turun padang dengan menyasarkan vendor untuk memperkenalkan jenama Qilai yang menampilkan paduan gaya kurta dan baju Melayu di seluruh negara.

“Saya telah terlibat dengan perniagaan baju raya bawah label Qilai sejak tahun lalu lagi, tetapi kurang terbabit dalam aspek pasaran.

“Tahun ini, saya mahu turun padang dan melihat sendiri sambutan terhadap jenama itu sementelah kami juga telah melancarkan pelbagai koleksi baharu,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/erti-kebebasan-ismail-izzani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Teruja Nak Tengok Video Panas Saya Kalau Memang Ada Tunjukkanlah Ismail Izzani

Hiburan Teruja Nak Tengok Video Panas Saya Kalau Memang Ada Tunjukkanlah Ismail Izzani

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 512 hits
Baru baru ini penyanyi Ismail Izzani sekali lagi terpalit dengan kontroversi hangat apabila ada pihak menyebarkan screenshot kononnya beliau terbabit dalam video lucah Bagaimanapun Ismail menafikan sekeras kerasnya gosip tersebut Ismail tid...
Lirik Lagu Zizan Razak Ismail Izzani Berserah

Lirik Lagu Zizan Razak Ismail Izzani Berserah

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 758 hits
Lirik Lagu Zizan Razak Ismail Izzani BerserahLirik Lagu Zizan Razak Ismail Izzani Berserah Assalamualaikum Salam Sejahtera gais Zizan Razak kembali menggegarkan industri dengan sebuah lagu baru bersama Ismail Izzani yang berjudul Berserah L...
Lawak Atau Politik Razali Ismail Minta Perhatian Di Luar Kemanusiaan

Lawak Atau Politik Razali Ismail Minta Perhatian Di Luar Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 363 hits
NewsRazali Ismail quits as Suhakam chief two weeks before term ends Jerry Choong Malay Mail 3 hours ago KUALA LUMPUR April 17 Former diplomat Tan Sri Razali Ismail has resigned from his position as chairman of the Human Rights Commission of...
Anwar Cabaran Dan Halangan Dunia Kebebasan Bersuara Dan Media

Anwar Cabaran Dan Halangan Dunia Kebebasan Bersuara Dan Media

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 361 hits
Menyampaikan ucapan di Al Sharq Youth 5th Annual Conference di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur Saya sentuh aspek kebebasan bersuara sektor dan kemahiran inovasi dan cabaran demokrasi di era Malaysia Baharu
Rafiq Ismail Is Now 1 World Bowling Champion

Rafiq Ismail Is Now 1 World Bowling Champion

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 407 hits
Three years in a row ranked top 3 in Asian national bowler who gave Malaysia gold in Men s Masters 2018 Jakarta Asian Games and five gold medalists in 2017 Kuala Lumpur SEA games now heightened to a new glorious winning ever by becoming the...
Razali Ismail Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Suhakam

Razali Ismail Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Suhakam

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 323 hits
Astro Awani Tan Sri Razali Ismail yang memangku jawatan pengerusi sejak 2016 sepatutnya mengakhiri tempoh tugas selama tiga tahun pada 27 April Foto Astro Awani SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Dua minggu sebelum tempoh tugasnya berakhir Tan Sri Ra...
Is Razali Ismail Telling Us Malaysia Practices State Organised Assassinations

Is Razali Ismail Telling Us Malaysia Practices State Organised Assassinations

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 210 hits
Yes Malaysians are not always told the truth And the truth regarding the assassinations of Dr Joe Fernandez Altantuya Shaariibuu Pastor Raymond Koh Amri Che Mat and many others may never be known And that is why Tan Sri Razali Ismail resign...
Usai Dilantik Murad Ismail Janji Moratorium Pertambangan Di Maluku

Usai Dilantik Murad Ismail Janji Moratorium Pertambangan Di Maluku

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 91 hits
Murad Ismail menjelaskan usai dilantik dia bersama wakilnya akan menjalankan tugas sebagai kepala daerah Ada sejumlah program prioritas yang harus dilaksanakan segera yakni pengentasan kemiskinan mengurangi pengangguran memperbaiki pelayana...
Index Kebebasan Media Malaysia Melonjak 22 Tangga Susulan Kekalahan Bn

Index Kebebasan Media Malaysia Melonjak 22 Tangga Susulan Kekalahan Bn

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 508 hits
INDEKS Kebebasan Media Malaysia dilapor mengalami lonjakan sebanyak 22 tangga sekaligus menempatkan negara berada pada tangga ke 123 dari 180 buah negara yang dinilai oleh Reporters Without Borders susulan kekalahan mengejut BN pada pilihan...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup