Eperumahan Terengganu Permohonan Rmr Rahman


Untuk pengetahuan, permohonan Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN) telah dibuka bermula 5 Januari sehingga 15 Februari 2023 secara online di Portal ePerumahan Terengganu.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR Rahman) bagi calon pemohon yang berminat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang setiap jenis dan skim yang ditawarkan.
Apa Itu Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR Rahman)? Kerajaan Negeri mengadakan usahasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang berpengalaman luas dalam pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh Malaysia.
Pembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.
Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.
Pembiayaan ini adalah pembiayaan tanpa faedah dimana penawaran dan kutipan balik pembiayaan akan diuruskan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan Rumah Mampu Milik di negeri Terengganu.
Terdapat 3 jenis skim yang ditawarkan iaitu: Jenis A, Jenis B dan i-Rahman.
Syarat Permohonan Antara syarat permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu seperti pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu serta berumur 21 tahun ke atas.
Sila rujuk syarat terperinci di bawah mengikut kategori jenis A, B dan i-Rahman
SYARAT KELAYAKAN JENIS A
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta. 7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
SYARAT KELAYAKAN JENIS B
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
SYARAT KELAYAKAN i-RAHMAN
1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);
2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;
3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;
4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00
5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut
6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM / RMR RAHMAN sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
10. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan
11. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.
Tempoh Permohonan Permohonan akan dibuka mulai 5 Januari hingga 15 Februari 2023 di pautan laman sesawang ePerumahan Terengganu.
Kadar Pembiayaan & Subsidi KADAR PEMBIAYAAN PEMBINAAN RUMAH
Pembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.
Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.
KADAR PEMBIAYAAN PEMBELIAN RUMAH
Rumah yang akan ditawarkan di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.
Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.
Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu / RMR Rahman Layari laman web https://eperumahan.terengganu.gov.my dan buat pendaftaran online Log masuk Pilih kategori – Beli rumah @ Bina rumah Kemaskini dan isi maklumat pemohon Pilih projek bagi kategori beli rumah (sekiranya ada iklan) Buat permohonan Kesemua permohonan adalah secara atas talian sejak tahun 2014 melalui Portal ePerumahan Terengganu untuk memudahkan rakyat tanpa perlu hadir ke pejabat.
Permohonan online dan syarat-syarat lanjut boleh disemak melalui pautan berikut:
https://eperumahan.terengganu.gov.my
Baca juga: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) Online 2023
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk di laman web e-perumahan di pautan laman sesawang https://eperumahan.terengganu.gov.my mengenai syarat-syarat, dokumen yang diperlukan untuk membuat sebarang permohonan yang ditawarkan oleh SUK (Bahagian Perumahan).
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)
TINGKAT BAWAH NO.28,
PUSAT NIAGA PAYA KELADI,
20000 KUALA TERENGGANU.
+ 09-626 7999 
+ 09-631 7999
Emel: [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/rmr-rahman-eperumahan-terengganu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rmr-rahman-eperumahan-terengganu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Masuk Tentera Permohonan Pegawai Atm 2023

Jom Masuk Tentera Permohonan Pegawai Atm 2023

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 465 hits
PERMOHONAN PENGAMBILAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH DI DALAM SKIM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BAGI TAHUN 2023 Angkatan Tentera Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk berkhidmat sebagai...
Permohonan Bantuan Smis Rm150 Rm500 Kini Dibuka Tahun 2023

Permohonan Bantuan Smis Rm150 Rm500 Kini Dibuka Tahun 2023

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 198 hits
Permohonan Bantuan SMIS RM150 RM500 Kini Dibuka Tahun 2023 Info terbaru daripada pihak kerajaan kerajaan sentiasa mengambil cakna akan kebajikan rakyat dan mencuba sedaya mampu untuk menolong rakyat yang dalam kesusahan dan kebuntuan Di sam...
Panduan Permohonan Bantuan E Wallet Sebanyak Rm300 Setiap Bulan

Panduan Permohonan Bantuan E Wallet Sebanyak Rm300 Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 470 hits
Panduan Permohonan Bantuan E Wallet Sebanyak RM300 Setiap Bulan Makluman terbaru Kerajaan Negeri sentiasa dan telah berusaha keras dalam memberikan yang terbaik dan bantuan kepada rakyat yang merupakan penduduk Negeri Selangor dari tergolon...
Permohonan Gugur Hakim Ditolak

Permohonan Gugur Hakim Ditolak

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 96 hits
Oleh Editor Keputusan dalam Semakan Kehakiman kes SRC International melibatkan Dato Sri Najib Razak agak mengejutkan Hakim membuat keputusan menolak permohonan agar seorang hakim digugurkan Senarai hakim sedia ada kekal Sebelum itu Peguam T...
Kpdn Mahu Pendekkan Isu Birokrasi Berkait Permohonan Syarikat Perniagaan Kata Menteri

Kpdn Mahu Pendekkan Isu Birokrasi Berkait Permohonan Syarikat Perniagaan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 222 hits
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub memberitahu 360 permohonan syarikat asing untuk menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia diluluskan pada 2021 KUALA LUMPUR Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos S...
Permohonan Maaf Pm 10

Permohonan Maaf Pm 10

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 101 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakyat kerana protokol keselamatan memerlukan beliau ditempatkan di meja khas dalam majlis majlis rasmi yang dihadirinya
Borang Permohonan Str 2023 Mohon Kemaskini Bujang Online

Borang Permohonan Str 2023 Mohon Kemaskini Bujang Online

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 333 hits
Cara mohon str dan borang permohonan STR 2023 online serta kemaskini baru akaun bantuan untuk bujang b40 fasa 1 syarat pendaftaran kelayakan sumbangan tunai rahmah untuk M40 tiada kali ini STR merupakan sumbangan atau bantuan tunai kepada r...
Pm10 Datang Ke Terengganu Bukan Sebagai Tokeh Judi

Pm10 Datang Ke Terengganu Bukan Sebagai Tokeh Judi

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 137 hits
Tidak pelik jika PM10 datang ke Terengganu hanya diraikan oleh Sultan Terengganu dan kakitangan awam di sana Anwar Ibrahim bukan tokeh judi yang boleh diraikan atau disambut Ada seorang lebai menulis PM10 datang ke Terengganu ikut pintu bel...
Terengganu Fc Berkampung Di Thailand

Terengganu Fc Berkampung Di Thailand

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 144 hits
KUALA TERENGGANU Naib juara Liga Super musim IaIu Terengganu FC yang dikendaIikan semua barisan kejuruIatihan baharu bakaI asah taji di ThaiIand pada awaI buIan depan PengendaIinya TomisIav Steinbruckner menjeIaskan aksi pemanas badan itu p...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing

Drama Gadis Masa Lakonan Mira Filzah Syafiq Kyle

Sarapan Capati Di Warong Tujuh Pagi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Pm Malay Dignity Strength Built On Foundation Of Islamic Values

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Why Salads Are Good For You

Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues