Enjoy Di Kiddomo Universe Kids Playland Disney Mickey The Roadster Racer Supercharged 3d Art Buat Anak Teruja
hai assalammualaikum
Enjoy Di Kiddomo Universe Kids Playland , Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged 3D Art Buat Anak TerujaBergembira Di Kiddomo Universe Kids Playland - Hari minggu, selalunya nad akan bawak anak-anak keluar berseronok tidak kira pergi taman permainan atau tempat-tempat menarik untuk diaorang bergembira. Jadi, plan haritu, nad bawak diaorang pergi ke Kiddomo Universe Kids Playland, indoor playground di The Starling Mall. Kiddomo playland ni di tingkat tiga. Haritu nad pergi dengan anak-anak sahaja, suami tak ikut sebab dia ada kerja. Bila pergi tempat permainan macam ni, nad masih boleh uruskan lagi budak berdua ni, lagipun diaorang memang dah selalu dengan nad, dan jenis " behave"..hehee. Haritu pulak datang, nad ternampak ada Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged, lagi suka la diaorang, sebab budak berdua ni memang suka tengok cerita Mickey Mouse dekat tv channel astro 613. Paling teruja si kakak la, Fariza..hehee..Apa yang menarik dengan Disney Mickey ni, hah, meh baca dan tengok ni..
Ni pertama kali nad datang ke sini, nad tau apa yang menarik ada dekat sini. Adakah sama seperti playland indoor tempat lain? Kiddomo Universe ni bukan tempat mainan saja-saja je tau, tapi ia merupakan tempat untuk anak-anak berimaginasi, yang dapat merangsang semua deria mereka dan menjalankan imaginasi kreatif mereka dengan cara yang baru. Maksudnya dekat sini, ada permainan yang boleh buat mereka untuk rekabentuk, berkreatif dan berimaginasi.
Harga Kiddomo UniverseHarga dari Isnin sehingga Jumaat :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM55
Kiddomo VIP : RM45
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM 15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM120
Harga untuk Cuti Sekolah, Sabtu dan Ahad, Cuti Umum :
Kiddomo (2 tahun dan keatas) : RM65
Kiddomo VIP : RM55
Guardian ( 18 tahun dan keatas ) : RM15
Baby dan Seniors ( bawah 2 tahun dan 60 ke atas : PERCUMA
Pakej Keluarga ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak ) : RM140
Special untuk VIP
Macam biasa, seperti tempat playland indoor lain, perlu pakai stokin untuk keselamatan. Jadi bawa siap-siap dekat rumah. Kalau tak bawa, dekat sini puna ada jual.
Masuk sini kena pakai wristband dahulu. Lepas tu, kena register nama dengan ambil gambar dan pilih watak apa, sama ada binatang atau orang. Sebab setiap permainan yang ada dekat sini, wristband atau gelang yang dipakai tu akan digunakan untuk scan dan akan muncul muka kita. Kalau wrist band tu hilang, jangan risau, sebab boleh minta semula di kaunter. Selalu kita risau bila gelang hilangkan..hahaa.
Fariza excited tengok muka dia dekat badan harimau..hahaha. Mommy pulak ahli sihir..ofkos mommy taknak ketinggalan..hahaa.
Dalam ni boleh bawak stroller. Mujur boleh bawak, si adik ni kadang malas berjalan. Nad pun tak larat la nak dukung..hehhe
Bebudak ni kalau dah nampak bola-bola ni, mesti tak sabar nak masuk..Mak pun teruja, sebab dekat sini bola dia banyak gila..luas..hahahaha..Masa tu pulak pergi tak ramai orang..Memang best la..Cantik pulak warna dia hijau kuning..
Dekat sini, bukan main bola saja-saja, tapi kena cari telur dinosaur. Lepas tu letak dekat tempat scan, nak tau telur dinasour ape tu. Hah!!, nampak tak anak-anak boleh belajar sekali.
Kiddomo Kolaborasi Dengan Disney Mickey & The Roadster Racer- Supercharged
Ok, sebelum nad explore tempat lain, apa yang menarik dekat sini ialah Disney Mickey & The Roadster Racer Supercharged. Kiddomo telah berkolaborasi dengan Disney Mickey Racer bagi kanak-kanak berkreatif dan memberi keseronokan bila diaorang lihat kereta racer diaorang "hidup"..hah menarik sangat. Ia bermula dari 21 January sehingaa 28 February 2019 ni sahaja.
Korang boleh nampak kan, screen besar di dinding tu dengan adanya banyak kereta geng Mickey Mouse. Ada Mickey, Minnie, Goofy dan macam-macam lagi. Mulanya nad ingat tu hiasan sahaja bagi memeriahkan tempat dia, tapi rupanya itu adalah kereta bergerak yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Kereta mereka dalam bentuk 3D art..fuh..menarik giler. Kereta tu boleh disentuh dan digerakkan.
Sebelum tu, kena la warnakan dulu kereta pilihan anak-anak. Fariza pilih Mickey Mouse. Lepas tu dia warna sendiri, ikut macam mana dia sukala..hehee. Nad biarkan je dia. Teruja dia bila tengok Mickey Mouse ni. Cerita kesukaan dia. Dengan mewarna, ia dapat menyerlahkan bakat mereka mewarna, kreatif mana mereka berwarna.
Lepas warna, kertas tu perlu discan di mesin scan yang disediakan. Scan juga wristband yang korang guna tu. Baru la keluar kereta 3D art tu dekat mesin. Hah!!, nampak kereta Fariza tu..hehee.
Lepas tu terus dia ke screen besar, di dinding tu nak tengok kereta dia keluar. Fariza paham rupanya, kereta dia akan muncul..ehehe..Nad cuma cakap " hah mana kereta fariza, mana? "..hehe..Dia pun tercari-cari kereta dia. Lepas dia kenal kereta dia, terus dia tunjuk " tu kereta Fariza "..seronok dia. Dia sentuh kereta dia, zoomm laju jalan..hehee..
Hasil warna lukisan diaorang juga boleh transform ke Papaercarft 3D. Kena pergi print dekat tempat yang disediakan. Jadi bolehla reka kereta anak-anak tu. Best dan menarik kan. Fokus bila diaorang dapat buat macam ni.
Permainan Lain Yang Ada Di Kiddomo Universe
Taman Permainan Yang comel ni..hehee
Dalam ni ada pelbagai tempat lagi yang menarik tau. Ada Karaoke Kid. Dah lama rupanya nad tak berkaraoke, dapat masuk tempat kanak-akank pun bolehla..hehee..Lepas gian walaupun lagu anak-anak. Anak-anak pun enjoy.
Ada Magic Academy. Pakai tongkat nak lawan raksasa. Macam cerita Harry Potter pulak dahh..hehhee.
Gelongsor tinggi uiii.. Tak naik nampak macam seram je..hahaa..Tapi mestilah best dan selamat.
Bilik Gym Untuk Kanak- kanak pun ada..Alahai depa dua orang ni..Masuk sini, adik dengan kakak main dengan seronok sangat.
Kalau korang perasan, dekat dinding ada macam tv kecik tu semua. Semua tu adalah permainan tau. Nak main kene scan dahulu dengan wristband yang kita pakai. Bukan saja-saja dia tampal..hehee.
Workshop Untuk Anak-Anak
Haritu, Fariza sempat join workshop yang disediakan di Kiddomo ni. Setiap minggu akan ada workshop di sini bagi aktiviti anak-anak bertambah seronok. Haritu aktiviti yang Fariza buat ialah buat craft Welt God Keychain sempenan Chinese New year yang akan tiba tak lama lagi. Cuma lekat-lekat je. Fariza memang suka join-join ni semua. Dia akan fokus apa yang perlu dibuat. Kita suruh je, dia buat sendiri. Dalam masa tengah membuat craft tu, ada la soal jawab.Jadi budak takda bosan sangat. Memang bagus sangat..
Adik pun suka juga join workshop..hehee..
Kemudahan Yang ada di Kiddomo
Banyak kemudahan yang ada dekat Kiddomo ni yang memudahkan ibu bapa. Ada tempat makan, ada tandas, ada tempat menyusu, kira semua lengkap la. Tak perlu nak terkejar-kejar keluar cari kan.
Jadi, korang rasa macam mana. Ok tak tempat ni. Bagi nad ok je. Tempat dia takdala besar mana, tapi permainan dia semua bagus. Permainan yang menggunakan teknologi canggih, buat anak bermain sambil belajar. Hari minggu, atau cuti sekolah, nak bawak main permainan indoor, boleh cuba datang ke sini..Dekat sini pun boleh buat birthday party tau..
Kiddomo Universe Starling Mall
Lot T-328, Level 3, The Starling, No 6, Jalan SS21/37, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia
Operation Hours : 10:00 AM - 10:00 PM
Website : www.kiddomo.com
Facebook : fb.com./mykiddomo
Whatsapp : +6012-7027-969
Meh layan, kegembiraan dua beradik ni berseronok di Kiddomo Universe Kids Playland Starling Mall.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/01/enjoy-di-kiddomo-universe-kids-playland.html