Enggan Tunggu Dan Lihat Pibg Guna Duit Dana Beli 50 Kipas Untuk Sekolah


 
Sebilangan daripada 50 kipas yang dibeli PIBG untuk mengatasi masalah bilik darjah panas.PETALING JAYA: ‘Rimas’ dengan kerenah birokrasi pejabat pendidikan daerah (PPD), sekumpulan ibu bapa pelajar di Lembah Klang menggunakan duit dana untuk membeli 50 buah kipas berdiri bagi ‘mengubat’ keadaan kelas bersesak dan panas.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkenaan membelanjakan lebih RM8000 untuk membeli kipas bagi kegunaan 20 kelas, kerana enggan ‘tunggu dan lihat’ respon PPD terhadap isu bilik darjah panas selepas pelbagai masalah berkaitan sekolah rendah itu tidak ditangani dengan baik.
“Anak-anak balik sekolah mengadu bilik darjah panas. Kita nak anak-anak belajar dalam keadaan selesa. Bila kita buat tinjauan memang panas. Kipas atas (siling) sebenarnya anginnya terlalu kurang. Kalau (kita tambah) kipas berdiri, memang cantik pengudaraannya,” katanya kepada FMT.
Jurucakap berkenaan tidak mahu nama beliau mahupun nama sekolah disiarkan kerana bimbang ia akan mengundang masalah daripada Kementerian Pelajaran atau pun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kerana keadaan sekolah itu dibocorkan kepada media.
Bagaimanapun, beliau berkata PIBG sekolah kesal kerana PPD sekian lama berpeluk tubuh terhadap pelbagai masalah di sekolah itu, termasuk murid belajar dalam keadaan panas dan kesesakan.
“Guru besar dan guru-guru mengucapkan terima kasih (kepada PIBG) sebab keadaan dalam kelas amat panas. Kita nak harapkan daripada kerajaan, faham-fahamlah, macam-macam karenah birokrasi. Jadi PIBG ambil inisiatif dan beri apa yang kita mampu,” katanya.
Keadaan bilik darjah yang panas hanya satu daripada masalah yang dihadapi pentadbiran sekolah, menurut jurucakap PIBG itu.
“Banyak masalah sebenarnya di sekolah contohnya tempat letak kereta guru tak cukup hinggakan guru-guru kena parkir luar kawasan sekolah. Keadaan sekolah yang cukup padat, satu kelas sampai 40 hingga 45 murid.
“Tapi guru-guru tak boleh bersuara. (Jika) mereka bersuara, mereka pasti akan dicari (pihak PPD). Mereka terikat pada akujanji sebagai seorang penjawat awam. Kita faham. Itu sebab kita bersuara bagi pihak sekolah. PIBG ini bebas.
“Kita tahu, saban tahun bajet untuk pendidikan sangat banyak dan ia antara yang terbesar. Kita hanya harap, apa yang boleh dimudahkan, mudahkan. Tak perlu susah-susahkan,” tegasnya.
“Sekolah berkenaan dibina tahun 2000, namun struktur sekolah tidak pernah dinaik taraf atau menjalani penambahbaikan walau pun saban tahun, jumlah murid semakin bertambah,” kata jurucakap berkenaan.
“Sejak 2000, tak ada perubahan. Tak ada orang dari PPD datang buat audit dari sekolah ke sekolah di Rawang ini. Patutnya mereka datang dan siasat apa keperluan sekolah. PPD boleh buat kertas kerja dan hantar kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor ke, untuk tambah bangunan atau apa sahaja. Tak kan guru besar yang kena pergi PPD untuk minta ini semua?
“PPD main tolak murid ke sekolah ini, tanpa datang tengok, sekolah ini sudah padat atau tidak (bilangan pelajar). Kesian guru-guru mengajar anak murid yang ramai dalam satu kelas. Yang paling kesian anak-anak duduk dalam berhimpit dan panas ketika belajar,” keluh jurucakap itu lagi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/enggan-tunggu-dan-lihat-pibg-guna-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 193 hits
Sila baca komen saya pada penghujung ini FIC LONDON HOTEL PTE LIMITED OWNER OF FELDA GRAND PLAZA KENSINGTON HOTEL CLOSEDWHO OWNS THIS HOTEL NOW OLEH RAFIZI RAMLII have shown over the past week how the issue of Felda s investment in London w...
Baru Nak Guna Duit Kwsp Untuk Raya Ramai Sedih Lihat Kuala Lumpur Terendam Lagi

Baru Nak Guna Duit Kwsp Untuk Raya Ramai Sedih Lihat Kuala Lumpur Terendam Lagi

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 248 hits
Mesti ramai yang baru menikmati RM10 000 hasil dari Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tak Mahu Pekerja Hilang Pendapatan Sherry Ibrahim Guna Duit Simpanan Dan Jual Barang Salon Untuk Pertahan Bisnes

Tak Mahu Pekerja Hilang Pendapatan Sherry Ibrahim Guna Duit Simpanan Dan Jual Barang Salon Untuk Pertahan Bisnes

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 160 hits
MENGURUSKAN perniagaan salon rambut miliknya sendiri pelakon Sherry Ibrahim akui melalui waktu sukar ketika negara berdepan dengan pandemik c0v1d 19 Disebabkan tidak boleh beroperasi Sherry 39 berkata dia terpaksa menggunakan duit simpanann...
Tak Pernah Arah Sesiapa Guna Dana Yayasan Akalbudi Untuk Tujuan Peribadi Zahid Beritahu Mahkamah

Tak Pernah Arah Sesiapa Guna Dana Yayasan Akalbudi Untuk Tujuan Peribadi Zahid Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 199 hits
freemalaysiatoday com April 13 2022 2 15 PMAhmad Zahid Hamidi hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi hari pertama prosiding membela diri untuk 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram KUALA LUMPUR Bekas timbal...
Duit Thailand Akan Naik Ringgit Kita Jatuh Depa Guna Akal Kita Tak Ada Akal

Duit Thailand Akan Naik Ringgit Kita Jatuh Depa Guna Akal Kita Tak Ada Akal

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 171 hits
Tuan Tuan nilai matawang Ringgit Malaysia masih lembap Hari ini Ringgit jatuh ke RM4 35 berbanding US dollar Dan dalam pasaran Bond Market pula bond terbitan Kerajaan Malaysia dengan tempoh 30 tahun jatuh nilainya maksudnya interest rate ny...
Video Canda Jokowi Dan Prabowo Ke Emak Emak Duit Blt Buat Beli Hp Ya

Video Canda Jokowi Dan Prabowo Ke Emak Emak Duit Blt Buat Beli Hp Ya

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 125 hits
Ia lantas bertanya langsung ke ibu ibu yang menerima BLT Presiden Jokowi berkali kali menegaskan bahwa uang tersebut diberikan untuk menambah modal usaha
Hiburan Dah 2022 Bukan Zaman Perang Tular Video Pelajar Guna Rakit Pergi Sekolah Netizen Persoal Kerja Pihak Atasan

Hiburan Dah 2022 Bukan Zaman Perang Tular Video Pelajar Guna Rakit Pergi Sekolah Netizen Persoal Kerja Pihak Atasan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 169 hits
Biarpun sekarang ini kita sedang hidup di zaman moden iaitu kemudahan semua sudah siap tersedia namun masih ada kawasan kawasan pendalaman yang mengalami kepayahan dalam lalui liku liku kehidupan seharian Jika hendak dikatakan tentang infra...
Dah Anak Dua Baru Rasa Kereta Sendiri Wanita Bersyukur Dapat Beli Kereta Kancil Duit Kwsp

Dah Anak Dua Baru Rasa Kereta Sendiri Wanita Bersyukur Dapat Beli Kereta Kancil Duit Kwsp

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 207 hits
Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Isnin lalu nampaknya memberi sinar dan harapan baru buat hampir semua rakyat Malaysia Tidak dinafikan ramai terjejas susulan pandemik Covid 19 yang melanda justeri itu amat besar harapan merek...
Hanya Guna Amp 039 Back Tap Amp 039 Pada Iphone Untuk Dapat Duit Raya Ikut Cara Ini

Hanya Guna Amp 039 Back Tap Amp 039 Pada Iphone Untuk Dapat Duit Raya Ikut Cara Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 320 hits
Sudah 2022 kebanyakan transaksi kita sudah mula beralih pada digital walaupun hal sekecil membayar hutang rakan sewaktu makan tengah hari Kini dengan hanya berkongsi satu kod QR dari mana mana aplikasi bank dan e dompet sesiapa sahaja dapat...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach