Enam Tahun Berlalu Kehilangan Pesawat Mh370 Kekal Misteri



KUALA LUMPUR - Hari ini, 8 Mac genap enam tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. Walaupun lama telah berlalu, dunia masih buntu tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat itu.Keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777 itu masih menanti pengakhiran episod tragis itu.Malah penemuan beberapa serpihan daripada sayap dan fiuselaj pesawat di Lautan Hindi, berhampiran perairan pantai barat daya Afrika, menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai bagaimana pesawat berkenaan boleh menyimpang jauh dari laluan asalnya.Bagi mereka yang kehilangan orang tersayang yang berada di dalam pesawat itu, enam tahun merupakan tempoh penantian yang menyeksakan bagi mendapatkan jawapan dan setiap kali ulang tahun kehilangan pesawat itu, keluarga dan sahabat akan mengenang nasib mereka yang hilang itu.Pencarian secara meluas oleh pelbagai negara dijalankan sejurus selepas pesawat hilang dan pencarian khusus kemudiannya menggunakan peralatan laut dalam yang canggih selama berbulan-bulan juga gagal untuk menemui bukti yang mencukupi untuk merungkai teka-teki.Bagaimanapun, terdapat ura-ura pada awal tahun ini, usaha pencarian yang dihentikan itu akan disambung semula beberapa bulan lagi.Mengulas mengenai perkembangan terkini itu, pakar penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Profesor Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, sebarang penyambungan semula pencarian perlu berdasarkan kepada petunjuk baharu yang boleh dipercayai yang kini belum wujud."Kita perlu merancang pencarian bukannya memperkatakan (mengenai sentimen) dan terlibat dalam kerja sia-sia. Kita tidak boleh memberi harapan palsu yang boleh mendatangkan lebih banyak rasa tidak puas hati kepada waris," katanya kepada Bernama baru-baru ini.Setiap tahun, ada sahaja teori baharu muncul mengenai MH370 dan akan dipatahkan oleh pihak berkuasa sama ada daripada Malaysia, China atau Australia, pihak yang terlibat dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu.Sehingga kini, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga belum membuat sebarang keputusan untuk memulakan kembali pencarian memandangkan tiada petunjuk baharu. Kementerian juga perlu berunding dengan China dan Australia sekiranya keputusan dibuat untuk melancarkan semula pencarian.Penyiasat penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, Kementerian Pengangkutan tepat dalam keputusan tidak menjalankan pencarian tanpa bukti baharu.Abdul Rahmat Omar, bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia mencadangkan dalam keadaan semasa mungkin Kementerian Luar boleh bekerjasama dengan rakan-rakannya di Madagascar, La Reunion dan negara-negara barat daya Afrika."Kerajaan negara-negara yang terlibat boleh diminta untuk mengeluarkan notis memberitahu pihak berkuasa tempatan masing-masing di kawasan pantai sekiranya mereka menjumpai sebarang benda yang mungkin dikaitkan dengan pesawat malang itu."Ini mungkin membantu mengecilkan kawasan lokasi terakhir pesawat," katanya.Sementara itu, Geostrategis Azmi Hassan berkata, sebarang usaha pencarian akan melibatkan kos tinggi dan dengan itu perlu ada bukti baharu yang cukup kuat untuk membolehkan pencarian semula dilakukan.“Bukti baharu yang diuar-uarkan baru-baru ini sebenarnya banyak berlandaskan model arus laut berbeza yang juga digunakan sebelum ini," katanya.Ringkasnya, tanpa sebarang bukti baharu, misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia ini akan kekal tidak terungkai. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/03/enam-tahun-berlalu-kehilangan-prsawat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mh370 Enam Tahun Berlalu Seorang Ayah Bagai Kehilangan Kata Kata

Mh370 Enam Tahun Berlalu Seorang Ayah Bagai Kehilangan Kata Kata

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 300 hits
BERA Enam tahun berlalu seorang ayah bagai kehilangan kata kata setiap kali ada yang bertanyakan mengenai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014 Selamat Omar 65 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Selamat d...
Enam Tahun Memperingati Mh370 Persembahan Dayang Nurfaizah Di Ajl29 Kembali Tular Dan Buat Netizen Sebak

Enam Tahun Memperingati Mh370 Persembahan Dayang Nurfaizah Di Ajl29 Kembali Tular Dan Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 224 hits
Hiburan Penyanyi Dayang Nurfaizah menarik perhatian wargamaya apabila persembahannya sewaktu Anugerah Juara Lagu 2015 yang khas ditujukan kepada mangsa pesawat MH370 kembali tular Menerusi laman sosial Twitter seorang pengguna ibcig berkong...
5 Momen Ulang Tahun Ma Ruf Amin Di Pesawat Kepresidenan Terkejut Dan Sempat Lupa

5 Momen Ulang Tahun Ma Ruf Amin Di Pesawat Kepresidenan Terkejut Dan Sempat Lupa

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 170 hits
Ketika di tengah tengah perjalanan menuju ke tempat kunjungan momen istimewa terjadi tepat di hari ulang tahun Wapres Momen yang istimewa ini saat Ma aruf Amin berada di pesawat Kepresidenan
Misteri Pesawat Terbang Purba

Misteri Pesawat Terbang Purba

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 584 hits
Menurut penjelasan manuskrip manuskrip India kuno masyarakat mereka ketika itu mempunyai mesin terbang yang dipanggil sebagai Dari beberapa kajian yang dilakukan terdapat beberapa jenis pesawat terbang india kuno diantaranya adalah Rukma Vi...
Tiada Kubur Tiada Pesan 6 Tahun Berlalu Sampai Hari Ini Anak Sebut Papa Papa

Tiada Kubur Tiada Pesan 6 Tahun Berlalu Sampai Hari Ini Anak Sebut Papa Papa

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 282 hits
Tahun 2014 merupakan tahun yang meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan krew kabin Malaysia Airlines MH370 Pesawat yang membawa 239 orang itu dipercayai terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di...
Cukai Taksiran Mdkl Kekal Sejak 33 Tahun

Cukai Taksiran Mdkl Kekal Sejak 33 Tahun

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 359 hits
BANTING 25 FEB Kadar cukai taksiran Majlis Daerah Kuala Langat kekal sejak 33 tahun lalu dan tidak pernah dinilai bermula 1987 kata yang dipertuanya Mohamad Zain A Hamid berkata setiap pihak berkuasa tempatan perlu membuat penilaian semula ...
13 Tahun Berlalu Ini Kabar Terbaru Jessica Anastasya Pemain Eneng Kaos Kaki Ajaib

13 Tahun Berlalu Ini Kabar Terbaru Jessica Anastasya Pemain Eneng Kaos Kaki Ajaib

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 408 hits
Kini 13 tahun berlalu sosok Jessica Anastasya pemeran tokoh Eneng kini sudah beranjak dewasa Meski tak terlihat di layar kaca Jessica kerap mengunggah aktivitasnya lewat akun instagramnya
Misteri Wuhan 400 Dalam Buku Tahun 1981 Yang Meramal Virus Covid 19

Misteri Wuhan 400 Dalam Buku Tahun 1981 Yang Meramal Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 694 hits
Misteri suratan atau kebetulan Sebuah buku yang diterbitkan 39 tahun lalu pada 1981 telah meramal bahawa satu wabak penyakit baharu akan menyerang seluruh dunia pada tahun 2020 yang baru baru ini satu posting artikel tentang sebuah buku yan...
Kasus Suap Meikarta Mantan Sekda Jabar Iwa Karniwa Dituntut Enam Tahun Penjara

Kasus Suap Meikarta Mantan Sekda Jabar Iwa Karniwa Dituntut Enam Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 188 hits
Mantan Sekretaris Daerah Jawa Barat Iwa Karniwa dituntut enam tahun penjara Jaksa Komisi Pemberantasan Korupsi menilai Iwa menerima uang suap dalam proyek Meikarta
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior