Email Daripada Silent Reader
Beberapa hari yang lalu aku terima satu email. Bukan email biasa — and for the first time aku rasa dihargai dan ada orang yang memahami apa yang aku rasakan. Aku rasa terharu dan start menangis apabila baca email ini.
Email itu datang daripada Faz, seorang silent reader blog aku sejak tiga tahun lepas. Katanya sedih bila baca entry aku tentang keputusan berhenti menjadi blogger sepenuh masa. Dia juga kongsi rasa yang sama tentang dunia blogging hari ini, yang tak semudah dulu.

Bila aku baca… aku rasa macam untuk pertama kalinya ada orang yang betul-betul faham apa yang aku lalui.
Kadang-kadang kan, bila kita meluah… bukan bermaksud kita mahu solusi. Kita cuma nak orang dengar. Kerana ada ketika kita memang sudah punya satu keputusan.
Ada ketika kita cuma nak orang kata, “I understand how you feel.” "It's okay to feel that way." Itu saja dah cukup buat hati rasa ringan.
Ada masalah yang pada mata orang lain, nampak kecil.
Ada kesedihan yang pada orang lain, mungkin tak wajar dibesar-besarkan.
Tapi bila ada yang sudi dengar tanpa menghakimi… itu satu bentuk penghargaan yang sangat berharga.
Walaupun aku sudah memutuskan untuk berhenti sebagai blogger sepenuh masa, aku masih menulis. Menulis sudah jadi sebahagian daripada diri aku — sesuatu yang aku tak mampu lepaskan
Sama ada ada orang baca atau tidak, aku cuma mahu kebebasan untuk menulis.
Terima kasih Faz, kerana sudi baca blog ini selama ini — walaupun baru kali ini aku tahu kewujudan blog Faz.
Terima kasih juga buat semua silent reader dan rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan dalam perjalanan blog aku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.siinurul.com/2025/08/email-daripada-silent-reader.html