Elok Dan Comel Quxandra Selepas Pembedahan Bibir Sheila Syukur Quxandra Terus Sihat
Genap setahun Nur Amna Quxandra, isteri penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan mengimbas semula detik ketika dimaklumkan doktor anak dalam kandungan sumbing.
Kongsi Sheila di instagramnya, ketika mendapat perkhabaran itu, terus rasa down dan sukar mengawal dirinya daripada beremosi.
“‘Baby you ada sumbing sikit ya!’. Kata doktor masa mommy check up 27 minggu preggy.
“Tak lepas-lepas mata mommy pandang daddy. Jantung mommy macam stop kejap. Tapi mommy hairan tengok daddy, dia cool je.. Dia senyum.. Dia relaks.
“Sepanjang perjalanan balik, mommy diam. Dalam kepala serabut fikir kenapa dan kenapa..
“Tak tahu nak mula cerita kat sape. Orang pertama yang mommy bagitahu cuma Bonda Nina & Mama Fairuz. Diorang pun relaks je…
“Then mommy bagitahu nenek. Semua pun relaks, jadi keadaan mommy yang serabut tadi pun bertukar tenang,” tulisnya menerusi akaun Instagram peribadinya.
Sheila menganggap situasinya itu sebagai rezeki dan pengalaman yang paling istimewa.
“Mommy tahu baby ni special, sebab Allah bagi pengalaman yang tak sama dengan ibu-ibu yang lain.
“Mommy banyak membaca segala benda tentang baby cleft dan insyaAllah, niat mommy dan daddy buat showcase untuk anak-anak sumbing macam Xandra akan terlaksana tak lama je lagi.
“Mommy nak anak-anak macam Xandra tak rasa down. Tak rasa too reserved dan sentiasa yakin berada di khalayak!.
“Mommy nak buktikan pada netizen, anak sumbing juga mampu berdiri sebaris anak-anak yang lain!
“Jangan merendahkan mereka. NUR AMNA QUXANDRA – CAHAYA KETENANGAN. Happy Birthday sayang!” tulisnya yang turut meraikan ulangtahun kelahiran pertama anak bongsunya itu pada 24 Februari lalu.
Sumber: ig Sheila Razlan
The post Elok Dan Comel Quxandra. Selepas Pembedahan Bibir, Sheila Syukur Quxandra Terus Sihat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/elok-dan-comel-quxandra-selepas-pembedahan-bibir-sheila-syukur-quxandra-terus-sihat/