Ekonomi Negara Makin Parah Dasar Populis Ph Gagal Mana Guan Eng


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan dimana Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam keadaan ekonomi negara yang semakin parah.
Tegasnya, sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang makin parah, rakyat marhain yang harus dibela namun sebaliknya yang berlaku.
“Lebih meresahkan apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat lebih mementingkan tauke-tauke kaya berbanding rakyat marhain. Tauke-tauke yang selama ini berjaya melarikan diri dari membayar cukai yang sepatutnya dibayar kepada negara (Black Economy) melalui sistem percukaian lama, bukan sahaja dibela dengan pemansuhan GST tetapi dikhabarkan Guan Eng telah membayar balik RM 19 bilion nilai input cukai GST walaupun pihak kastam hanya mengesahkan cukai input setakat ini RM5 bilion.
“Duit Petronas RM82 bilion yang dijarah sewajarnya diutamakan untuk menambah bantuan kepada rakyat marhain berbanding membayar balik cukai input GST kepada tauke-tauke yang kaya.
“Ternyata, dasar populis Pakatan Harapan (PH) memansuhkan GST yang terbukti bukan sahaja gagal menurunkan harga barang dan kos sara hidup rakyat sebagaimana yang dijanjikan, malah mula menampakkan kesan buruk terhadap prestasi keseluruhan ekonomi dan keyakinan pelabur asing terhadap kemapanan kewangan negara.”
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini yang disiarkan menerusi laman Facebooknya selepas menonton ulasan penganalisis kewangan daripada UBS Group AG, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa di Bloomberg TV.
“… yang pastinya amat menakutkan dan menggusarkan kita semua. Sentimen pelabur antarabangsa terhadap kedudukan ekonomi dan kewangan negara nampaknya semakin buruk.”
Katanya, baru-baru ini Tabung Persaraan Global Norway telah mengeluarkan semua pelaburan yang dibuat di pasaran Malaysia baik Bon atau Ekuiti berjumlah RM8.0 billion.
“Semalam FTSE Russel yang berpangkalan di London menggambarkan kemungkinan akan mengeluarkan Bon Malaysia dari indeks Bon Global mereka. Manakala pasaran Bursa Malaysia KLSE adalah satu-satunya pasaran Asia yang mencatatkan kerugian.
“Malaysia juga dikatakan bakal mengalami aliran keluar modal asing sehingga mencecah RM42 billion. Kalau ini berterusan kita akan menyaksikan kesuraman pasaran modal negara, setelah nilai saham-saham di Bursa Malaysia mengalami kerugian RM270 bilion tahun lepas akibat harga saham jatuh teruk selepas PRU14.”
Jelasnya, kelmarin sahaja Ringgit Malaysia (RM) mencatatkan kejatuhan nilai tertinggi sejak tahun 2016 dan kini diperdagangkan pada kadar USD1 berbanding RM4.12.
“Video yang saya kepilkan ini juga menunjukkan wakil dari UBS Group AG mengaitkan ‘permasalahan ekonomi Malaysia’ berpunca daripada ketempangan dasar ekonomi Kerajaan PH yang membuat penetapan harga minyak dunia USD70 di dalam anggaran Belanjawan 2019 sekaligus menyebabkan kebergantungan tinggi negara pada hasil minyak sehingga 30% di dalam pendapatan Belanjawan 2019 dan pelaksanaan sifar GST selama 3 bulan.
“Dalam situasi sebegini, di mana Guan Eng selaku Menteri Kewangan? Masihkah beliau boleh diharapkan untuk merencana strategi memulihkan keyakinan pelabur asing dan ekonomi negara?
“Mungkin ada mesej tersirat apabila YAB Perdana Menteri terpaksa meminta bantuan Tun Daim bukan Menteri Kewangan untuk mewakili kerajaan berunding dengan China berkenaan dengan ECRL!” – MediaUMNO
UMNO ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/04/18/ekonomi-negara-makin-parah-dasar-populis-ph-gagal-mana-guan-eng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Ekonomi Negara Makin Parah

Apakah Ekonomi Negara Makin Parah

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 339 hits
oleh nbsp Dr Asyraf Wajdi DusukiMenonton ulasan penganalisis kewangan daripada UBS Group AG sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa di Bloomberg TV pastinya amat menakutkan dan menggusarkan kita semua Sentimen pelabur antarabangsa terh...
Hutang Meningkat Tanda Guan Eng Cekap Urus Ekonomi

Hutang Meningkat Tanda Guan Eng Cekap Urus Ekonomi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 381 hits
16 04 2019Sikap menteri kewangan suka putar belit fakta tidak baik untuk negara Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah BANGI 10 Syaaban 1440H Selasa Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mendakwa hutang negara m...
Mahathir Guan Eng Akui 1mdb Untung Kata Wee Ka Siong

Mahathir Guan Eng Akui 1mdb Untung Kata Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 482 hits
Presiden MCA Wee Ka Siong menganggap kerajaan Pakatan Harapan seolah mengesahkan 1MDB menguntungkan dan penting dalam pembangunan negara Wee Ka Siong mendakwa perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Bandar Malaysia yang bernila...
Guan Eng Letak Jawatan Mahathir Pun Tak Yakin Kata Presiden Gerakan

Guan Eng Letak Jawatan Mahathir Pun Tak Yakin Kata Presiden Gerakan

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 386 hits
Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menggesa Kewangan Lim Guan Eng meletak jawatan susulan ekonomi negara semakin merosot Menurut Dominic tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar Tun Daim Zainuddin ke China mer...
Sabah And Sarawak Are Not States Says Lim Guan Eng

Sabah And Sarawak Are Not States Says Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 502 hits
Sabah and Sarawak are not states says Lim Guan Eng but equal partners to Malaya
Kit Siang Kata Kerugian Forex Rm31 5 Bil Guan Eng Kata Bohong

Kit Siang Kata Kerugian Forex Rm31 5 Bil Guan Eng Kata Bohong

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 447 hits
Lim Kit Siang berkata kerugian yang dialami oleh Bank Negara dalam pasaran matawang pada tahun 1992 1994 ialah RM31 5 bilion Anak beliau Lim Guan Eng pula kata bohong kerugian sebenar hanya RM10 7 billion Lim Kit Siang berkata pada 30 Novem...
Guan Eng Not Dap S Decision To Drop Hong Pin From Johor Exco

Guan Eng Not Dap S Decision To Drop Hong Pin From Johor Exco

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 519 hits
It was not DAP s decision to drop Skudai assemblyperson Tan Hong Pin from the new Johor exco line up said party secretary general Lim Guan Eng It was not decided by DAP he said when met by the media today in Putrajaya That s all I want to s...
Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wartawan Deegun Rahman Meninggal Dunia

Pelancong As Kagum Dengar Lelaki Malaysia Jelaskan Tentang Islam

Oppo A6 Pro 5g And Mobile Legends Bang Bang Partner To Unleash An Ultimate Smooth Gaming Experience

Korinda House In Plenty By Bent Architecture Resilient Bushland Home

Illegal Tyre Imports Exposed During Raids On 3 Shah Alam Outlets

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet