Ekonomi Kerajaan Ph Ekonomi Menang Sorak


oleh AB JALIL BACKER
TINDAKAN Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) mempromosikan Kempen ‘Setahun Malaysia Baharu’ adalah sangat naif dan menyeleweng daripada fungsi sebenar stesen tersebut sebagai saluran maklumat kerajaan.
Kempenlah ‘Setahun Pakatan Harapan Mentadbir’ bukannya ‘Setahun Malaysia Baharu’ seolah-olah semua yang ada sekarang adalah hasil pentadbiran Pakatan Harapan (PH).PH mewarisi infrastruktur perniagaan, pengangkutan, pendidikan, keselamatan dan sosial negara yang hampir setaraf dengan negara maju dunia. Indikator ekonomi pada April 2018 juga menunjukkan ekonomi negara berkembang dengan baik.
Malangnya selepas menang PH mahu membuktikan teori mereka bahawa negara ini berada di ambang kemusnahan ekonomi adalah benar.
Sejak awal mengambil alih Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng telah bermula dengan langkah salah. Beliau mengetepikan piawaian antarabangsa mengenai hutang negara dan mewujudkan piawaian sendiri. Tindakan ini hanya untuk membuktikan dakwaan PH bahawa hutang negara pada April 2018 adalah RM1 trilion, bukannya RM688 bilion seperti dalam data asal kerajaan.
Susut
Bagi memburukkan pentadbiran lalu, Guan Eng juga telah menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). GST yang digunakan oleh sebahagian besar ekonomi dunia digantikan sistem lapuk SST.
Kerajaan juga menangguh, mengubah dan berdolak dalih dalam projek besar seperti projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Sistem Transit Pantas (RTS) Johor Bharu-Singapura.
Keadaan negara hampir tidak menentu sepanjang setahun pentadbiran negara. Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan tokoh penasihat kerajaan, Tun Daim Zainuddin bercakap dengan nada berbeza antara satu sama lain.
Akibatnya, kerajaan berhadapan trust deficit disorder dalam kalangan pelabur dan usahawan. Kerajaan dilihat membuat keputusan janggal bukan berdasarkan kepentingan ekonomi negara tetapi sekadar agenda memburukkan pentadbiran lalu.
Dianggarkan sejumlah RM55 bilion pelaburan asing keluar dari negara ini sejak setahun lalu. Ringgit telah susut dengan teruk sejak setahun lalu walaupun harga minyak dunia meningkat.
Pada April 2018, Ringgit Malaysia (RM) berada sekitar RM3.87 per 1 dolar Amerika Syarikat ($AS). Setahun selepasnya RM berada pada paras RM4.20 per AS$1. Rizab Antarabangsa Bank Negara susut daripada AS$109.5 bilion pada 30 April 2018 kepada AS$103.4 bilion pada 30 April 2019. Ini bukan penyusutan sementara kerana sepanjang tempoh setahun ini rizab tersebut tidak pernah kembali kepada kedudukan seperti 30 April 2018.
Keadaan huru-hara pengurusan ekonomi negara ini tampaknya tidak berubah. Minggu lalu Kementerian Kewangan, menerusi Tony Pua, tanpa segan silu mendakwa ekonomi negara pada tahap terbaik.
Beliau menyifatkan aliran keluar pelaburan asing yang besar sepanjang setahun ini ditampung Pelaburan Asing Langsung (FDI) yang juga besar pada suku 2019.
Menurutnya, pelaburan asing sebanyak RM21.7 bilion pada suku pertama 2019 ini adalah peningkatan sebanyak 94.8 peratus berbanding RM11.2 bilion yang telah dicatatkan pada suku pertama tahun lepas.
Rupa-rupanya kerajaan telah mengubah indikator FDI dengan memasukkan pembelian saham syarikat kerajaan oleh entiti luar.
Dana RM8.4 bilion FDI dari Jepun merupakan penjualan saham IHH Berhad kepada syarikat Mistui dari Jepun.
‘Pelaburan’ asing RM3.7 bilion daripada Austria merupakan hasil penjualan 50 peratus kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd (40 peratus oleh PNB) kepada syarikat OMV dari Austria.
Walaupun langkah memasukkan penjualan ini sebagai FDI tidak salah sepenuhnya, namun ia menyimpang daripada tujuan sebenar pengukuran FDI.
FDI merupakan indikator bagi mengukur kebolehan dan peluang ekonomi berkembang. Penjualan aset bukanlah pertumbuhan ekonomi kerana ia tidak membabitkan penjanaan perniagaan baharu atau perkembangan ekonomi sedia ada.
Peningkatan FDI tanpa pertambahan peluang pekerjaan dan perniagaan baharu adalah satu lagi perubahan kosmetik dan artifisial dalam ekonomi negara hari ini. Jika Kementerian Kewangan berterusan mengubah indikator ekonomi sesuka hati, tidak lama lagi negara kita mungkin dilihat sebagai ‘pariah’ dalam ekonomi dunia.
Memanglah tindakan Menteri Kewangan ini menggembirakan sebahagian rakyat yang hanya berminat mengenai politik permusuhan antara parti. Namun dalam jangka masa panjang, kerajaan hanya akan menang sorak tapi kampung tergadai.
Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/27/ekonomi-kerajaan-ph-ekonomi-menang-sorak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ph Sedar Ker Kegawatan Ekonomi

Kerajaan Ph Sedar Ker Kegawatan Ekonomi

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 377 hits
Kegawatan ekonomi semakin dapat di rasai di negara ini Ekonomi negara semakin malap Petanda2 negara akan menghadapi krisis ekonomi semakin nyata Dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara terdapat 2 aspek yang cukup penting iaitu people eco...
Isu Ekonomi Mampu Runtuhkan Kerajaan Ph

Isu Ekonomi Mampu Runtuhkan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 289 hits
Seolah tiada pakar ekonomi di Malaysia dan paling teruk tiada TINDAKAN drastik untuk membendung kejatuhan ringgit Saranan Ku Li kurangkan pekerja asing hentikan pengambilan pekerja asing tanpa skill BUKAN sahaja membantu nilai ringgit sekal...
Kerajaan Umum Bonus Rm450 Untuk Penjawat Awam Dan Rm225 Untuk Pesara Di Bayar Pada 24 Mei 2019

Kerajaan Umum Bonus Rm450 Untuk Penjawat Awam Dan Rm225 Untuk Pesara Di Bayar Pada 24 Mei 2019

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 805 hits
KERAJAAN UMUM BONUS RM450 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN RM225 UNTUK PESARA DI BAYAR PADA 24 MEI 2019 Assalamualaikum Akhirnya terjawab teka teki sama ada penjawat awam dapat bonus atau tidak Sejak beberapa hari ini rancak di media sosial tentang ...
Dakwaan Rtm Tidak Buat Liputan Program Kerajaan Sarawak Adalah Tidak Benar

Dakwaan Rtm Tidak Buat Liputan Program Kerajaan Sarawak Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 257 hits
SHAH ALAM 16 Mei Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyifatkan Radio Televisyen Malaysia Sarawak telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dalam memberikan liputan kepada semua pihak termasuk jemaah menteri dan Kerajaan Negeri Sar...
Huawei Diharamkan Dari Membeli Komponen Dan Teknologi Dari Syarikat A S Tanpa Persetujuan Kerajaan

Huawei Diharamkan Dari Membeli Komponen Dan Teknologi Dari Syarikat A S Tanpa Persetujuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 258 hits
Berita mengejutkan pagi ini ialah Huawei telah diharamkan dari membeli sebarang komponen dan teknologi dari syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat tanpa kebenaran dari kerajaan menurut laporan Reuters Pengharaman ini adalah sama sep...
Kerajaan Perak Benarkan Sekatan Laluan Balak Di Kampung Orang Asli Diroboh

Kerajaan Perak Benarkan Sekatan Laluan Balak Di Kampung Orang Asli Diroboh

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 188 hits
Kerajaan Perak benarkan sekatan laluan balak di kampung Orang Asli diroboh Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 1
Kerajaan Umum Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya Dijangka Sebanyak Rm1 000

Kerajaan Umum Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya Dijangka Sebanyak Rm1 000

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 542 hits
Akhirnya penjawat awam boleh tersenyum lebar selepas mendengar jawapan Perdana Menteri apabila ditanya berkenaan bonus kepada kakitangan awam dalam satu sidang media bersempena Majlis Sambutan Hari Guru 2019 Peringkat Kebangsaan Tun Dr Maha...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16