Ecuador Hampir Lumpuh Mayat Dipercayai Pesakit Covid 19 Hanya Diletak Di Luar Rumah


Jalan-jalan di bandaraya Guayaquil di sebelah barat Ecuador kini sepi akibat wabak Covid-19. Hanya beberapa penduduk kelihatan dan lebih teruk mangsa yang mati akibat wabak dipercayai ditinggalkan di tepi-tepi jalan di kawasan tersebut.
Ecuador atau rasminya Republik Ecuador merupakan negara demokratik yang terletak di barat Amerika Selatan, menjadi antara negara yang paling teruk terkesan akibat Covid-19 hingga mengalami fasa kelumpuhan.
Hospital tidak lagi mepunyai katil untuk menerima pesakit dan menyimpan mayat termasuk rumah pengebumian dan tanah perkuburan yang sudah melebihi kapasiti.
Setelah tiada tempat lagi untuk menempatkan mangsa yang meninggal dunia, penduduk tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan mayat ahli keluarga di luar rumah.
Sehingga kini, tidak dapat dijelaskan keseluruhan mangsa yang maut akibat wabak Covid-19 di Ecuador berikutan jumlah mangsa yang ramai dan tidak sempat mendapatkan bantuan.
Penduduk berkata, ada antara ahli keluarga mereka yang maut mempunyai simptom virus manakala sebilangan yang lain hanya dimaklumkan bahawa pesakit tidak dapat dirawat di hospital Guayaquil kerana telah melebihi had.
”Kami telah menunggu selama lima hari,” kata Fernando Espana yang mengeluh mengenai pihak berwajib yang tidak datang mengambil mayat ahli keluarga mereka.
”Kami letih membuat panggilan di 911 kerana satu-satunya jawapan yang diberitahu adalah supaya kami terus menunggu kerana mereka berusaha menyelesaikan masalah ini,’‘ katanya sambil menunjukkan mayat yang dibungkus dalam plastik hitam di dalam rumahnya.
Keranda yang mengandungi mayat mangsa yang dipercayai maut akibat wabak, dibalut dengan plastik dan ditutup dengan kotak turut kelihatan di kawasan kediaman di Guayaquil.
”Bau yang datang dari mayat di kawasan ini terlau busuk dan tidak dapat ditahan lagi,” kata seorang penduduk Glenda Larrea Vera.
Beberapa video dari kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan penduduk meninggalkan mayat di jalan-jalan sekitar bandar tersebut.
Menerusi salah satu rakaman, seorang penunggang motosikal dilihat membawa mayat dan meninggalkan di jalan sebelum diambil oleh sekumpulan orang yang berpakaian khas (hazmat suit).
Manakala, rakaman yang lain turut menunjukkan sekumpulan orang mengeluarkan mayat dari kenderaan dan meletakkan di atas jalan raya.
Pihak polis yang datang meminta mereka untuk memasukkan semula mayat tersebut ke dalam kereta sebelum dibawa ke tempat lain.
Setakat ini, menurut data yang direkod, pihak berkuasa Ecuador telah mengumpul lebih daripada 300 mayat yang diambil di rumah penduduk di bandar tersebut di mana mempunyai kepadatan 2.99 juta penduduk.
Difahamkan, bandar Guayaquil terletak di Sungai Guayas, merupakan bandar terbesar di negara berkenaan dan menjadi kawasan pelabuhan utama negara.
Jorge Wated, ketua pasukan petugas gabungan yang diwujudkan untuk menangani krisis Covid-19 di Ecuador berkata, pasukannya telah mengambil mangsa yang mati sebanyak 30 orang sehari kepada 150 orang sehari sejak tiga hari lalu.
Datuk Bandar Guayaquil, Cynthia Viteri telah meminta bantuan dari kerajaan pusat dan mempersoalkan apa yang berlaku di dalam sistem kesihatan awam di negara berkenaan.
Menurutnya, pihak berkuasa tidak mengambil mayat di rumah penduduk, penduduk meninggalkan mayat di tepi jalan, malah ada yang tidak sempat mendapatkan rawatan walau sudah tiba di hospital.
Pada Jumaat, Jabatan Pengurusan Risiko dan Kecemasan Kebangsaan Ecuador melaporkan terdapat 3,368 kes positif jangkitan Covid-19 dan 145 kematian di seluruh negara. Sebanyak 102 kematian adalah dari wilayah Guayas di Guayaquil.
Namun, apa yang mencetuskan kebimbangan ramai adalah kes jangkitan adalah sebenarnya lebih tinggi dari apa yang dilaporkan berikutan kelewatan untuk mendapatkan ujian dan rawatan.
Jorge Wated, ketua pasukan petugas, mengatakan bahawa pakar membuat jangkaan antara 2,500 dan 3,500 kematian akan dicatatkan pada bulan-bulan akan datang di Guayas sahaja.
Beberapa kontena telah tiba di Guayaquil untuk dijadikan sebagai rumah mayat sementara untuk menampung jumlah mangsa yang maut.
Pihak berkuasa turut merancang mewujudkan satu ruang ‘pengebumian bermaruah’ bagi menghormati semua mangsa yang terkorban akibat wabak Covid-19.
Tetapi buat masa ini, penduduk di Guayaquil terus terperangkap dalam ‘mimpi ngeri’, berhadapan dengan wabak maut sambil meratapi kehilangan orang tersayang tanpa melalui proses pengebumian yang sepatutnya.
Tonton video di bawah:

Sumber: CNN
The post (Video) Ecuador Hampir Lumpuh, Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Hanya Diletak Di Luar Rumah appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ecuador-hampir-lumpuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terpaksa Letak Di Ruang Kosong Mayat Pesakit Covid 19 Diletak Bertindih Satu Sama Lain

Terpaksa Letak Di Ruang Kosong Mayat Pesakit Covid 19 Diletak Bertindih Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 324 hits
Dua keping gambar yang mengejutkan memperlihatkan mayat pesakit yang meninggal kerana Covid 19 ditimbun di sebuah bilik kosong di hospital Gambar gambar yang dirakam oleh petugas di dalam bilik kecemasan itu berlaku di Hospital Sinai Grace ...
Jenazah Islam Pesakit Covid 19 Hanya Dibenar Tayamum Atas Permukaan Beg Jenazah Sahaja

Jenazah Islam Pesakit Covid 19 Hanya Dibenar Tayamum Atas Permukaan Beg Jenazah Sahaja

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 338 hits
Sebarang upacara keagamaan dan pengurusan jenazah hanya dilakukan di atas beg mayat pesakit COVID 19 Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hanya tayammum dibenarkan di atas permukaan beg jenazah pesakit beragama Isl...
Penemuan Forensik Virus Ditemui Pada Permukaan Badan Organ Air Kencing Mayat Pesakit Covid 19

Penemuan Forensik Virus Ditemui Pada Permukaan Badan Organ Air Kencing Mayat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 423 hits
Penemuan Forensik Virus ditemui pada permukaan badan organ air kencing mayat pesakit COVID 19Hasil Bedah Siasat Virus COVID 19 Dikesan Di Permukaan Badan Organ Dalaman Air Kencing Cecair Badan Mayat KKMPenemuan Forensik Virus ditemui pada p...
Covid 19 Mayat Bergelimpangan Di Ecuador Terpaksa Tanam Mayat Di Taman Awam Di New York

Covid 19 Mayat Bergelimpangan Di Ecuador Terpaksa Tanam Mayat Di Taman Awam Di New York

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 306 hits
Ecuador hadapi masalah pengebumian setelah jumlah kematian tinggi akibat pandemik COVID 19 hinggakan mayat ditinggal bergelimpangan ReutersDI KOTA Guayaquil ramai hidup papa manakala New York pula terkenal kaya raya Kedatangan wabak COVID 1...
Covid 19 Hanya Mampu Di Luar Pagar Lambaian Terakhir Dr Hadio

Covid 19 Hanya Mampu Di Luar Pagar Lambaian Terakhir Dr Hadio

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 261 hits
MANGSA COVID 19 DI JAKARTA DR HADIO ALI HANYA BERDIRI DI LUAR PAGAR MELIHAT ANAK ANAK DAN ISTERINYA BUAT KALI TERAKHIRIni gambar terakhir Dr Hadio Ali yang meninggal dunia baru baru ini selepas berjuang merawat pesakit pesakit jangkitan wab...
Ecuador Hadapi Krisis Kekurangan Keranda Mayat Mangsa Covid 19 Dibiarkan Di Tepi Jalan

Ecuador Hadapi Krisis Kekurangan Keranda Mayat Mangsa Covid 19 Dibiarkan Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 386 hits
Kerajaan Ecuador telah memerintah pihak berkuasa tempatan untuk menguburkan 150 mayat mangsa COVID 19 yang dibiarkan di tepi jalan di sekitar bandar Guayaquil Situasi menjadi lebih parah apabila bandar tersebut dilaporkan sudah kehabisan ke...
Perkhidmatan Kesihatan Kita Kepada Pesakit Covid 19 Terbaik Di Dunia Kp Kesihatan

Perkhidmatan Kesihatan Kita Kepada Pesakit Covid 19 Terbaik Di Dunia Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 257 hits
Kementerian Kesihatan mendakwa kadar kematian di negara kita akibat COVID 19 adalah yang terendah Kadar kematian di negara kita adalah antara yang terendah 1 58 peratus Ini menunjukkan perkhidmatan kesihatan kita kepada pesakit COVID 19 ada...
Pesakit Termuda Maut Akibat Covid 19 Di Malaysia Lambat Dapatkan Rawatan Ada Penyakit Tiroid Kp Kesihatan

Pesakit Termuda Maut Akibat Covid 19 Di Malaysia Lambat Dapatkan Rawatan Ada Penyakit Tiroid Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 305 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah mengesahkan pesakit termuda yang meninggal dunia akibat COVID 19 di Malaysia mempunyai sejarah penyakit lain dan lewat mendapatkan rawatan Hari ini kita ada pesakit termuda 23 tahun yang...
Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 311 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wad isolasi dan wad unit rawatan rapi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merawat pesakit positif COVID 19 adalah tempat yang paling selamat Menurutnya daripada 181 kes...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025