
“Pada ketika tiada tawaran persembahan sebelum ini, isteri saya turut membantu ekonomi keluarga dengan berjualan masakan tradisi Terengganu, seperti nasi dagang dan laksam."Bagaimanapaun kini keadaan berubah 100 peratus apabila dia sendiri sudah kurang bermaya dan saya sendiri tidak boleh ke mana-mana untuk mencari rezeki buat menampung belanja keluarga,” katanya.Rahmat berharap agar ada pihak-pihak di luar sana yang sudi membantu beliau dan isteri yang memerlukan kos sebanyak RM1,500 sebulan bagi keperluan ubat-ubatan, lampin pakai buang dan keperluan lainnya.Sempat menziarah ke kediaman Rahmat di Damansara, Kuala Lumpur dalam lawatan pendakwah muda, Ustaz Sheikh Mohammad yang turut menyampaikan barangan keperluan asas termasuk lampin pakai buang yang kini sangat diperlukan oleh Norazlina ketika ini.Menurut Sheikh Mohammad, Rahmat telah berdekad-dekat menghiburkan hati rakyat Malaysia melalui lagu-lagu bernuansa ketuhanan dan keagamaan.Banyak nasihat yang baik telah disampaikan oleh beliau bersama kumpulan Rabbani kepada anggota masyarakat.“Jadi, pada ketika Rahmat dan keluarganya sedang dilanda dugaan yang besar sebegini, kita berharap agar semua pihak dapat tampil membantu. Kita usahakan untuk memberi sumbangan serba sedikit kepada beliau, agar beliau dapat melepasi ujian dan dugaan ini dengan baik dan kembali bangkit.“Percayalah, setiap sumbangan yang diberikan oleh anda semua akan mendapat ganjaran yang setimpal dikemudian hari kerana Allah SWT telah berjanji bahawa tidak akan jatuh miskin insan-insan yang sering bersedekah,” jelas pengasas Laksa Ustaz ini.Mereka yang ingin membantu meringankan beban Rahmat dan isteri boleh terus menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Ahmad bin Shafie – 5642760505. #sumber|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |