Dua Kampung Di Sabak Bernam Dikejutkan Dengan Ketukan Pintu Misteri


 

Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah Sabak Bernam sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk.
Difahamkan, gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.
Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi.
"Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.
"Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.
"Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
"Saya tak pasti siapa yang lakukan perkara (ketukan pintu) itu. Yang pasti, kejadian ini pertama kali berlaku dan harap ia tidak berulang kembali," katanya.
Sementara itu petugas kesihatan Klinik Desa Sungai Burong, Sungai Besar, Siti Nur Ain Remli, 27, berkata, dia mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh di dapur rumahnya, kira-kira 1 pagi tadi.
"Bunyi ketukan itu berlangsung selama lima minit. Kemudian, ia bersambung pula dengan ketukan pada pintu kayu dapur.
"Khuatir ada individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan, saya menghubungi pihak polis dan mereka datang meronda kira-kira 1.30 pagi," katanya.
Dia berkata, suaminya, Mohammad Aminuddin Abd Rahman, 27, turut mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh itu.
Sementara itu, Pengerusi Taman Budi, Batu 40, di sini, Abu Hasan Ashari, berkata, seorang penduduk di taman itu menerima gangguan ketukan itu kira-kira 12.45 tengah malam tadi.
"Sebelum ketukan itu terjadi, berlaku gangguan bekalan elektrik di perumahan ini kira-kira 11.24 malam tadi dan pulih pada 12.15 tengah malam.
"Kira-kira 30 minit kemudian, dia (penduduk) memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp pintu belakang rumahnya diketuk sebanyak dua kali," katanya.
Kata Abu Hasan, susulan kejadian itu, pihaknya mengetatkan lagi rondaan di taman perumahan terbabit bermula waktu malam hingga awal pagi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba menakutkan penduduk susulan kejadian itu.
"Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegusaran kepada orang awam.
"Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atau Seksyen 13(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pag-paranormal.blogspot.com/2020/11/dua-kampung-di-sabak-bernam-dikejutkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Believe It Or Not Misteri Bunyi Ketukan Pintu Jadi Lagi Rupa Rupanya Keje Dia Ni

Video Believe It Or Not Misteri Bunyi Ketukan Pintu Jadi Lagi Rupa Rupanya Keje Dia Ni

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 509 hits
Sejak beberapa hari lalu Malaysia sekali lagi telah digemparkan dengan misteri ketukan ketukan pintu di sekitar kawasan perumahan Jika sebelum ini ia berlaku di sekitar negeri Perak pada tahun lalu kini peristiwa yang sama juga berlaku dima...
Misteri Ketukan Pintu Rumah Ditengah Malam

Misteri Ketukan Pintu Rumah Ditengah Malam

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 992 hits
Selamat berhujung minggu Baru baru ni satu kisah misteri viral Misteri ketukan pintu rumah dari pukul 11 3pagi di sabak bernam Ada ketukan slow ada ketukan kuat macam nak roboh pintu dibuatnya Yang membuatkan ianya bertambah misteri bila pi...
Ketukan Pintu Misteri Angkara Hantu Atau Manusia

Ketukan Pintu Misteri Angkara Hantu Atau Manusia

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 546 hits
Sabak Bernam Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk
Ketukan Misteri Ganggu Penduduk Kuala Selangor Pula Jiran Dakwa Nampak Kelibat Putih

Ketukan Misteri Ganggu Penduduk Kuala Selangor Pula Jiran Dakwa Nampak Kelibat Putih

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 560 hits
Baru baru ini kecoh dilaman sosial mengenai gangguan misteri yang mengetuk pintu rumah pada waktu malam tanpa memberi salam dibeberapa kawasan Sabak Bernam Gangguan yang menimbulkan ketakutan penduduk itu dikatakan sudah mula melarat ke Kua...
Hiburan Sebak Dikejutkan Dengan Hadiah Istimewa Khai Bahar Terima Komputer Peribadi Daripada Individu Misteri

Hiburan Sebak Dikejutkan Dengan Hadiah Istimewa Khai Bahar Terima Komputer Peribadi Daripada Individu Misteri

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 429 hits
Penyanyi Khai Bahar meluahkan rasa terkejut dan sebak apabila menerima hadiah sebuah komputer peribadi daripada seorang individu yang tidak dikenali Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin 26 tidak menyangka sama sekali kerana...
Kisah Misteri Telaga Tujuh Milik Hantu Pari Dan Bukit Di Kampung Teriak

Kisah Misteri Telaga Tujuh Milik Hantu Pari Dan Bukit Di Kampung Teriak

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 981 hits
NEGERI Kedah sememangnya mempunyai banyak tempat atau lokasi yang didakwa mempunyai cerita cerita mistik yang boleh mengundang bulu roma meremang apabila mendengar cerita sedemikian
5 Pintu Misteri Yang Tidak Boleh Dibuka Dari Seluruh Dunia

5 Pintu Misteri Yang Tidak Boleh Dibuka Dari Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 460 hits
Saluran Infotainment Paling Aktif Di Youtube Video Menarik Pada Setiap Hari Isnin Sehingga Jumaat 2 Video Sehari Laman Sosial Instagram https www instagram com kupikupigox Facebook https www facebook com kupikupigox Twitte
Misteri Bunyi Ketukan Di Angkasa

Misteri Bunyi Ketukan Di Angkasa

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 1210 hits
Bayangkan sekiranya anda berseorangan di dalam kapal angkasa buat kali pertama dalam sejarah hidup anda dan tengah berada di ruang angkasa tiba tiba terdengar bunyi ketukan misteri yang entah muncul dari mana Bagaimana perasaan anda agaknya...
Mee Hoon Goreng Kampung Yang Buat Kenyang Sampai Ke Malam

Mee Hoon Goreng Kampung Yang Buat Kenyang Sampai Ke Malam

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 977 hits
Haaa tak tahu lah sedap atau tidak tapi saya menambah mee hoon goreng ini sampai 5 kali pendek kata tak perlu makan sampai keesokan rasanya Kenyang tahap tak boleh nak berunding Sebelum kita pergi lebih lanjut jangan lupa klik iklan yang ke...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb