Dua Hari Berturut Makan Malam Dengan Sup Kambing


Setiap kali berpeluang ke Gua Musang, Kelantan saya dan encik suami tak melepaskan peluang menikmati hidangan sup di Warong Muse. Pada kunjungan baru-baru ini, kami sempat makan sup kambing selama dua hari berturut sebagai hidangan makan malam. Cukup puas dapat makan dua kali 😃
Biasanya kami makan malam sebelum pukul 7 malam. Jadinya selepas encik suami balik dari kerja waktu petang, terus saja kami keluar makan. Waktu malam bolehlah berehat di bilik hotel. Jarang kami keluar malam di sini sebab encik suami pun dah kepenatan bekerja di bawah terik matahari

Foto-foto di bawah adalah hasil memotret sewaktu kami ke Warong Muse dua hari berturut :
Selasa | 9 Mei 2023, 6.22 petang.Kalau datang sini waktu siang, saya biasanya memilih duduk di meja yang terletak di bawah rimbunan pokok buluh. Rasa lebih santai menikmati suasana petang di sudut ini. Memerhati perubahan langit senja, keindahan sembilan menara Masjid Razaleigh (yang masih belum sempat kami kunjungi) dan Stesen Keretapi Gua Musang. Saya perasan juga kawasan perumahan yang dulu sunyi kini sudah pun meriah dengan penduduk. Macam seronok pulak tengok kehidupan mereka di tempat aman damai begini. Dekat pulak dengan dua buah masjid unik - Masjid Buluh dan Masjid Razaleigh

Hari pertama, kami memesan dua set sup kambing. Set maksudnya ada sup kambing dan potongan roti. Kemudian saya tambah pula roti titab (foto di atas). Teringin. Tapi kali ni kurang cantik kejadiannya, telur separuh masaknya kurang masak. Tercair. Roti titab ni saya makan seorang, encik suami tak berminat. Jadinya saya minta encik suami tolong habiskan set sup kambing bahagian saya yang masih berbaki. Ikut selera nak makan itu ini, tapi perut tak mampu terima banyak 😄
Hari berikutnya, kami memesan dua set sup kambing dan sepinggan nasi lemak. Nasi lemak kami kongsi berdua. Mintak nasi putih untuk makan dengan sup kambing, tapi mereka tak jual nasi putih pulak

Rabu | 10 Mei 2023, 7.11 malam.Pemandangan indah bukit batu kapur di hadapan Warong Muse, lebih tepat lagi di Muse Ecopark. Ada perubahan, kali ini dah ada tulisan ‘Muse Ecopark’ dipasang pada bukit batu kapur tersebut.

Kalian ada ke Gua Musang? Bolehlah mencuba set sup kambing di sini, harganya RM13. Tapi sup hanya tersedia pada waktu petang, iaitu sekitar pukul 2 petang ke atas. Setelah beberapa kali kami makan di sini, rasa sup kambingnya konsisten sedap dan isinya banyak. Tak suka sup kambing? Ada juga pilihan beberapa jenis sup lain, seingat saya ada sup daging dan sup tulang. Tapi pilihan makanan lain tak banyaklah. Cuma sup, roti, nasi lemak dan yong tau foo pada waktu petang hingga malam. Waktu pagi dan tengah hari mereka jual beraneka nasi bungkus dan kuih







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/05/dua-hari-berturut-makan-malam-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Makan Hari Jadi Fire Grill Charcoal Buffet Dinner Pulai Springs Resort

Makan Makan Hari Jadi Fire Grill Charcoal Buffet Dinner Pulai Springs Resort

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 305 hits
Assalamualaikum WBTCERITA makan makan sempena hari lahir kita yang ke 48 Rezeki tahun ini nampak kat facebook Pulai Springs Resort buat Fire Grill Charcoal Buffet Dinner setiap weekend Kebetulan tarikh hari lahir Sk jatuh pada hujung minggu...
Makan Kuey Teow Sup Lembu Tangkak

Makan Kuey Teow Sup Lembu Tangkak

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 353 hits
Assalamualaikum WBTSELEPAS check out di kami terus menuju ke Bandar Putra bagi menghadiri Sebelum pergi Segamat Pak Inche minta pendapat Sk sama ada balik tu nak singgah tidur di Muar atau Batu Pahat Terlebih dahulu beliau memujuk memaksa S...
Enam Hari Enam Malam Ke Sana Sini

Enam Hari Enam Malam Ke Sana Sini

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 216 hits
Minggu lalu merupakan antara minggu yang sibuk buat saya Sibuk menemani encik suami mencari rezeki ke sana sini juga aktiviti bersama keluarga di hujung minggu Lewat petang hari Isnin 8 Mei lalu kami berdua bergerak meninggalkan rumah di Pu...
Makan Di Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2023

Makan Di Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2023

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 559 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM tengahari Sk dan Pak Inche memenuhi jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2023 Tiap tahun Pulai Springs Resort pasti mengadakan Rumah Terbuka untuk klien dan media kecuali semasa PKP Terserlah kege...
Puding Tutti Fruity Warna Warni Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru

Puding Tutti Fruity Warna Warni Potluck Jamuan Hari Raya Sekolah Confirm Licin Makan Dengan Rakan Kelas Dan Guru

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 278 hits
Musim raya ni mesti banyak jamuan hari raya kan tak kira lah hari bekerja ataupun hujung minggu Pihak sekolah juga tak melepaskan peluang untuk mengadakan sambutan hari raya di sekolah Para ibu ada idea tak nak bekalkan makanan apa untuk an...
Makan Hari Raya Di Rumah Uncle

Makan Hari Raya Di Rumah Uncle

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 467 hits
assalamualaikum semua mood raya masih ada jadi semua entri memang berkait rapat lah dengan raya dan rumah terbuka harap nya semua pembaca masih sudi baca dan tak rasa bosan dalam minggu ni mungkin ada beberapa entri rumah terbuka mungkin la...
Alhamdulillah Dapat Makan Kuey Tiaw Sup

Alhamdulillah Dapat Makan Kuey Tiaw Sup

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 348 hits
Pernah tak you guys baca post teman2 blogger tak semena2 terus terhasut membeli barang yang mereka post tu sebab terliur Contohnya beg tangan langsir pokok2 yg ditanam kereta rumah isteri yang cantik rajin dan sbgnya Itu kan perumpamaan saj...
Warga Miskin Di Magelang Ikuti Operasi Bibir Sumbing Gratis Target Selesai Dua Hari

Warga Miskin Di Magelang Ikuti Operasi Bibir Sumbing Gratis Target Selesai Dua Hari

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 187 hits
Warga miskin di Kecamatan Tegalrejo Kabupaten Magelang mengikuti operasi bibir sumbing gratis Tidak kurang dari 18 warga dioperasi mulai hari ini Jumat sampai Sabtu
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl