Dron Kargo Bakal Cipta Evolusi Terbaharu Dalam Sejarah Penghantaran Barang Negara


Batu Pahat, 11 Sept – Jika sebelum ini Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mencipta sejarah sehingga tercatat namanya dalam Malaysia Book of Records (MBOR), melalui kuliah tertinggi yang diadakan di Basecamp Gunung Everest tahun lalu, kini satu lagi sejarah bakal tercipta
Ini apabila sejak 24 Jun lalu, universiti yang terletak di Parit Raja, Batu Pahat Johor ini, sedang membangunkan ‘dron gergasi’ pertama di Malaysia yang akan berfungsi mengangkut barangan sekali gus menjadi yang pertama dikenali sebagai dron kargo.
Ketua Projek Dron Kargo UTHM Dr Zamri Omar berkata projek berkenaan membabitkan seramai 45 warga UTHM, yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar dari universiti berkenaan.
Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM itu berkata pembinaan dron kargo yang diberikan gelaran ‘C-Drone’ turut mendapat kerjasama dan galakan, daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila diberikan geran penyelidikan bernilai hampir RM1 juta.
“Kita telah menerima Skim Geran Penyelidikan Translasi (TRGS) daripada KPM yang bernilai RM955,000 dan diberikan masa selama 14 bulan,untuk menyiapkan dron yang bersaiz anggaran diameternya adalah 4.8 meter.
“Setelah memasuki bulan kedua (Ogos), kami telah mempunyai rangka asasnya yang berbentuk bulat serta anggaran beratnya sekitar 450 kg, di mana ia akan mampu menampung beban barangan seberat 180 kg,” katanya dalam satu temuramah bersama Bernama, baru-baru ini.
Menurut Zamri, bagi membangun dron berkenaan pihaknya telah membahagikan kerja kepada empat kumpulan dan fasa pembinaan.
Kumpulan atau fasa pertama melibatkan peringkat struktur, diikuti tiga kumpulan dan fasa yang lain iaitu; janakuasa atau enjin; kawalan dan operasi; manakala yang terakhir membabitkan, rekabentuk luaran dron berkenaan.
“Selain itu, kita juga turut mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pensyarah, serta penyelidik daripada beberapa universiti awam dan swasta, serta beberapa pihak industri yang berminat untuk menggunakan dron kami nanti.
“Pihak UTHM juga telah mendapatkan pandangan serta kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), terutamanya berkaitan dengan rekabentuknya serta lesen daripada mereka,” kata beliau.
Pihak CAAM juga turut menjelaskan hanya individu yang mempunyai lesen penerbangan (PPL) saja, yang dibenarkan menerbangkan dron terbabit, yang mana individu berkenaan juga dikenali sebagai juruterbang, katanya.
Jelas Zamri lagi, idea untuk membangun C-Drone itu bermula pada tahun 2017 lagi, apabila melihat keperluan untuk mengangkut serta menghantar barangan dengan lebih cepat kepada pengguna.
Katanya, penghantaran barangan sekarang dilakukan hanya menggunakan kenderaan seperti kapal terbang, kapal dan lori yang mengambil masa yang agak lama serta ruang penghantaran yang agak terhad.
“Sekiranya penghantaran barangan dapat dilakukan dengan menggunakan dron ini, ia tidak memerlukan ruang yang besar seperti lapangan terbang serta masa penghantaran dapat disingkatkan, tidak sebagaimana penggunaan lori yang sering tersekat dalam lalu lintas.
“Bagi penggunaan dron ini, kami menjangkakan setelah dicaj dron berkenaan mampu bergerak sehingga 200 kilometer atau dua jam perjalanan. Kami juga dalam perancangan untuk menggunakan tenaga solar bagi menambah jangka hayat kuasa dron terbabit,” tambah Zamri.
Justeru, dengan adanya dron berkenaan, ia mungkin boleh memudahkan aktiviti penghantaran barang pada masa hadapan, katanya.
Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/11/dron-kargo-bakal-cipta-evolusi-terbaharu-dalam-sejarah-penghantaran-barang-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Cara Jual Barang Tempatan Ke Luar Negara Barang Harga Rm20 Boleh Jual Sampai Rm200

Belajar Cara Jual Barang Tempatan Ke Luar Negara Barang Harga Rm20 Boleh Jual Sampai Rm200

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 499 hits
Ramai Orang Tak Tahu Pernah tak korang terfikir jual barang barang yang biasa nampak dekat sekeliling kita ke pasaran antarabangsa pun boleh untung berganda ganda Contoh seperti dibawah Sebenarnya betul Terdapat segelintir underground selle...
Saya Tak Tanya Dia Melayu Cina Atau Islam Jika Beli Barang Di Negara China

Saya Tak Tanya Dia Melayu Cina Atau Islam Jika Beli Barang Di Negara China

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 665 hits
Islam tidak mengajar umatnya memilih produk berdasarkan bangsa dan kaum tertentu sebaliknya menekankan kepentingan membeli barangan halal serta bersih Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof berkata pendirian itu tiada k...
Enam Pemain Negara Bakal Berlatih Di Jepun

Enam Pemain Negara Bakal Berlatih Di Jepun

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR 1 Sept Enam pemain bola sepak muda negara termasuk bintang skuad bawah 18 tahun kebangsaan Luqman Hakim Shamsudin mendapat peluang keemasan untuk berguru di Jepun secara berperingkat bermula Selasa ini Setiausaha Agung Persatua...
Biodata Ayden Mikael Si Cilik Comel Kacukan 5 Negara

Biodata Ayden Mikael Si Cilik Comel Kacukan 5 Negara

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 594 hits
Original Content Ayden Mikael ialah kanak kanak comel yang popular dengan watak Adik Iqy dalam drama Pujaan Hati Kanda Kanak kanak berkulit putih gebu ini sebenarnya mempunyai darah kacukan lima negara iaitu Kemboja Vietnam Cina dari sebela...
Dap Sesat Jangan Tersumbang Hapuskan Islam Di Negara Sendiri

Dap Sesat Jangan Tersumbang Hapuskan Islam Di Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 360 hits
HPU914 Malaysian Malaysia ideologi salahKL Teori Malaysian Malaysia yang dicanang canang untuk menghapuskan hak bangsa Melayu Bumiputera dan kedudukan agama Islam jelas merupakan satu ideologi yang salah dan melanggar sempadan konsep kenega...
Kecewa Ada Penjawat Awam Sanggup Jual Maruah Negara

Kecewa Ada Penjawat Awam Sanggup Jual Maruah Negara

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 295 hits
KOTA BHARU 14 Muharram 1440H Sabtu Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam mengecam perbuatan penjawat awam yang mengkhianati amanah yang diberikan dan sanggup bersekongkol dengan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad ke...
Pengkhianat Negara Jual Mykad Kepada Warga Asing Dihukum Gantung

Pengkhianat Negara Jual Mykad Kepada Warga Asing Dihukum Gantung

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 313 hits
Isu penjualan MyKad kepada warga asing nampaknya telah berlaku sekian lama tanpa pengetahuan siapa siapa dan dilakukan dengan amat tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak Jadi hari ini Ohmedia tertarik dengan cadangan dari Pertubuhan Keb...
Hentikan Retorik Rosakkan Perpaduan Negara

Hentikan Retorik Rosakkan Perpaduan Negara

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 308 hits
KATA MP Tindakan provokatif sememangnya amat berbahaya kepada keharmonian negara
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti