Drama Semasa
Sebelum drama Korea menghiasi skrin tv kita pasa hari ini... banyak era era kegemilangan drama lain sebelum ini sama ada drama tempatan mahupun antarabangsa.
Seingat MY, sejak sekolah rendah, sampailah masuk universiti...drama Hong Kong memang tak putus putus mendominasi televisyen rakyat Malaysia sekitar jam 6 petang hingga 8 malam. MY paling minat Louis Koo, tapi lama lama dia tak berlakon drama dah. dah jadi bintang filem. Kemudian, perlahan lahan drama Hong Kong mengalami zaman kesuraman. Penonton televisyen tegar pun mula mengubah waktu tontonan dari pukul 6 ke sekitar 4 hingga 5 petang.
Return of the Condor Heroes
The Forest Cat - Fei Mao
Yerr... mak mak sekalian mula menukar selera dari herp putih melepak mata sepet kepada hero hidung mancung berjambang. Iyer.. kami semua terpesona dengan telenovela Latin. Antara cerita yang trending masa tu La Usurpadora, Rosalinda, Mis Tres Hermanas, Betty Soy La Fea dan apa entah lagi. Telenovela Mexico, Venezuela ni episodnya sampai beratus ratus. So kalau terskip sehari dua tu takde hal la... tak jejas jalan cerita. MY suka juga dulu tengok telenovela ni dengan kawan kawan serumah masa duduk rumah sewa kat Taman Universiti Skudai dulu. Turun bas berlari lari dari tepi jalan tu ke rumah sewa punyalah takut ketinggalan drama telenovela ni. Memang patutla pointer masing masing semua cukup makan je
Lepas dari tu, Malaysia bawa masuk pula Telenovela dari Filipina. MY tak layan sangat telenovela Filipina ni.. sebab waktu tayangan dia sekitar pukul 2 ke 3 petang macam tu kot... waktu kuliah tu. Walaupun tak tengok sangat, tapi kenal jugak la dengan pelakon dia si Jericho Rosales dengan Kristin Hermosa tu. Kalau balik kampung cuti semester, selalu temankan mak tengok drama petang petang
Lepas tu slot drama Hong Kong kat TV mula digantikan drama bersiri Jepun dan kemudiannya digantikan dengan drama Korea. Drama bersiri dari Jepun masa tu Mama Yan kurang tengok. Tak ingat kenapa. So, tak banyak memori dengan drama Jepun ni. Yang ingat Power Office Girl dengan Long vacation je rasanya sebab tengok dengan kawan kawan kat rumah sewa. Lepas tu terus start layan Korea.
Bermula dengan Winter Sonata la kot...masa tu memang trending betul cerita tu. Siap ada versi Bahasa Melayu punya sountrack. Winter Sonata jadi Sonata Musim Salju. Tapi masa tu, MY tengok sebab kawan kawan serumah tengok. Tu je... tak minat pun cerita dan pelakonnya. hahaha.. Lepas tu drama Autumn in My Heart. Kawan serumah MY siap beli set CD Autumn in My heart tu. Ada semua episod dalam set CD tu. Fuhhh...memang hebat penangan cerita Korea masa tu. Tapi tu la... MY tak berapa feeling sangat tengok drama Korea zaman tu
Tapi dalam sebulan dua ni...dah jatuh cinta pulak dengan drama Korea. aduhaiii...apalah nak jadi.... dah nak masuk 40 tahun dah umur. masih lagi menghadap TV layan drama...aiyooo... Ini semua suami MY punya pasal. Dia memang suka layan drama dan filem Korea. Lama lama terikut juga. Masalahnya...dia relax je boleh tunggu episod ikut flow, MY takleh. Mesti nak skip skip tengok kesudahan dulu. lepas tu baru rewind balik tengok episod tengah. Sejenis yang memang tak sabar.
Sekarang tengah tengok Doctor Stranger. Harap harap virus drama Korea ni tak berterusan lah. Banyak masa terbuang. hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2020/12/drama-semasa.html