Drama Seadanya Aku Lakonan Azlee Khairi Dan Zara Zya Memang Best


Sinopsis Drama dan Novel Seadanya Aku
Sinopsis Seadanya Aku | Sekarang ini drama Seadanya Aku, adaptasi novel tulisan Rissa Ahdiya, sedang hangat di TV3. Mana tidaknya, ramai yang menantikan kehadiran pelakon Azlee Khairi yang menyepikan diri sebelum ini. Digandingkan pula dengan Zara Zya yang menjadikan lakonan mereka sangat ngam, seperti dalam drama Love You Mr. Arrogant beberapa tahun lepas.

Imej Google
Masa tonton episod pertama, rasa macam tak berapa menarik drama ini. Tapi nak juga teruskan menonton sebab ada pelakon kegemaran seperti Azlee Khairi dan Zara Zya. Episod demi episod, jalan ceritanya semakin menarik pula. Jadi, memang tak lepaskan peluang untuk menonton. Mai tonton drama Seadanya Aku di YouTube je. Iklan pun sekejap saja.

Ok, Seadanya Aku cerita tentang apa sebenarnya?


Sinopsis Drama Seadanya Aku
Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya.

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.


Sinopsis Novel Seadanya AkuCerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.

Imej Google
“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” - TAUFIK

Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul.

Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu. Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.

“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

“Abang bukan hak Fiya dari mula. Abang hak Wina. Fiya tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri.”- AUFIYA

Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.

“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Fiya bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?

Aufiya memejamkan matanya rapat-rapat. Terasa seolah-olah dirinya seorang perempuan yang kejam. Lebih teruk, lelaki yang menjadi suaminya sekarang, bukan sahaja tunang Wina, malah sahabat baik kepada bekas tunangnya, Taufik. Dia terasa seolah-olah dia meletakkan Zarul dalam situasi yang sukar.

Dia yang bertanggungjawab menghumbankan Zarul ke dalam gaung yang dalam. Gelisah memikirkan risiko yang terpaksa Zarul hadapi selepas ini. Pengorbanan Zarul yang bakal memakan dirinya sendiri.

“Fiya…” tiba-tiba namanya dipanggil seseorang. Aufiya mengangkat muka. Matanya bertembung pandang dengan mata Zarul. Bila masa pula Zarul sudah berada di depannya? Aduh! Banyak sangat perkara yang difikirkannya, sehingga apa yang berlaku di sekelilingnya sudah tidak dia hiraukan.

Matanya masih tidak lepas memandang Zarul yang segak berbaju Melayu berwarna putih. Baju yang dipinjam daripada abang ngahnya. Mujurlah muat-muat sahaja dengan tubuh Zarul. Jika tidak, harus hari ini Zarul memakai T-shirt dan jeans sahaja sewaktu berjabat tangan dengan jurunikah tadi.

“Suami nak sarung cincin tu. Hulurkan tangan Fiya...” 
Suara Kak Fetty, mak andam yang diupah oleh Puan Salma kedengaran lagi memberikan arahan. Teragak-agak Aufiya mahu menghulurkan tangannya ke depan. Zarul mencabut cincin yang berada pada jari manisnya. Cincin suasa dihiasi permata berwarna biru. Perlahan tangan Aufiya disentuhnya. Matanya merenung lembut mata wanita yang secara rasminya sudah menjadi isterinya yang sah.

Jari manis Aufiya dipegang, lalu cincin yang tadinya berada pada jari manisnya sudah bertukar tuan. Aufiya tunduk, mencium tangan Zarul. Ada air mata yang melekat pada belakang tapak tangan lelaki itu. Zarul menarik kepala Aufiya rapat kepadanya. Dahi isterinya dicium lembut.

“Maaf. Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.” Bisik Zarul, hampir pada telinga Aufiya yang dibaluti tudung dan veil yang berwarna putih


Kalau nak tahu lebih lanjut ceritanya, anda boleh cari novel Seadanya Aku. Nak lagi mudah, tonton saja drama Seadanya Aku di slot Akasia TV3 bermula jam 7 hingga 8 malam. Mungkin terdapat sedikit perbezaan jalan cerita dalam drama daripada cerita novel asalnya.


Bagi Mai, padan sangat watak novel yang diberikan kepada Azlee Khairi sebagai Zarul dan Zara Zya sebagai Fiya. Berlakon berdua pun memang sepadan mereka ini kan hehe. Mereka punya serasi tu memang masuk habis.

Lama sangat dah Azlee Khairi menyepi dari dunia lakonan. Akhirnya muncul dalam drama Seadanya Aku, mengubat rindu para peminatnya. Lakonannya masih lagi hebat dan bersahaja kan.

Pelakon-pelakon yang lain dalam drama ini juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing mampu menjiwai watak dengan sebaiknya. Pendek kata, memang best lah.

Tak sabar nak tahu cerita seterusnya drama Seadanya Aku. Sudah jadi drama kegemaran Mai tahun ni hehe. Tonton di YouTube je senang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2020/01/drama-seadanya-aku-lakonan-azlee-khairi-zara-zya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maaf Tak Indah Drama Lakonan Azlee Khairi Ruhainies

Maaf Tak Indah Drama Lakonan Azlee Khairi Ruhainies

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 1835 hits
Nantikan drama adaptasi novel Maaf Tak Indah karya Emy Roberto yang bakal mengisi slot Samarinda TV3 Menemukan gandingan Azlee Khairi dan Azar Azmi Drama arahan Zamri Zakaria terbitan Zamriez Golden Pictures Akan menemui penonton pada bulan...
Sinopsis Drama Korea Vip Lakonan Jang Na Ra

Sinopsis Drama Korea Vip Lakonan Jang Na Ra

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 621 hits
Actually semalam baru habis menonton Korean Drama VIP ni so aku nak share sinopsis drama Korea VIP ni kat sini Apa pun sebelum tu jom tengok info mengenai drama VIP ni kat bawah ye Genre Mystery MelodramaEpisodes 32Broadcast network SBSBroa...
Jujurlah Nikahi Aku Drama Lakonan Uyaina Arshad Sean Lee

Jujurlah Nikahi Aku Drama Lakonan Uyaina Arshad Sean Lee

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 1551 hits
Nantikan drama adaptasi novel Jujurlah Nikahi Aku karya Umie Nadzimah di slot DramaVaganza Astro Ria Menampilkan lakonan Uyaina Arshad Sean Lee Amar Asyraf Rita Nadira Raja Azura dan ramai lagi Diarahkan oleh Rashid Sibir Ditayangkan bermul...
Camelia Drama Lakonan Saharul Ridzwan Diana Danielle

Camelia Drama Lakonan Saharul Ridzwan Diana Danielle

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 838 hits
Nantikan drama bersiri Camelia yang akan disiarkan di slot Samarinda TV3 Dibintangi oleh Saharul Ridzwan Diana Danielle Ain Edruce dan Hafidz Roshdi Diarahkan oleh Eoon Shuhaini Akan menemui penonton bermula 16 Januari setiap Isnin hingga K...
Seindah Tujuh Warna Drama Lakonan Aeril Zafrel Nabila Razali

Seindah Tujuh Warna Drama Lakonan Aeril Zafrel Nabila Razali

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 1835 hits
Nantikan drama adaptasi novel Seindah Tujuh Warna Pelangi karya Eman Sufi bakal mengisi slot Akasia TV3 Menampilkan gandingan Aeril Zafrel dan Nabila Razali Drama arahan Eoon Shuhaini terbitan Saphire Screen Sdn Bhd Akan ditayangkan pada 24...
Bukan Kahwin Paksa Drama Lakonan Kamal Adli Hannah Delisha

Bukan Kahwin Paksa Drama Lakonan Kamal Adli Hannah Delisha

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 2344 hits
Nantikan drama adaptasi novel Bukan Kahwin Paksa karya Syamnuriezmil akan mengisi slot Lestary TV3 Menampilkan gandingan Kamal Adli dan Hannah Delisha Drama 13 episod arahan Idora Abdul Rahman terbitan Global Station Sdn Bhd JUDUL BUKAN KAH...
7 Hari Mencintaku 2 Drama Lakonan Shukri Yahaya Siti Saleha

7 Hari Mencintaku 2 Drama Lakonan Shukri Yahaya Siti Saleha

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 1257 hits
Nantikan kesinambungan drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah bakal disiarkan di slot Akasia TV3 Menemukan kembali gandingan Shukri Yahaya dan Siti Siti Saleha Drama terbitan SR One Sdn Bhd arahan Jamal Khan Akan menemu...
Drama Camelia Lakonan Diana Danielle Dan Saharul Ridzwan

Drama Camelia Lakonan Diana Danielle Dan Saharul Ridzwan

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 870 hits
Drama Camelia adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan sejak 16 januari yang lalu setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam Drama Camelia ini disiarkan bagi menggantikan drama Cindai lakonan Ayda Jebat yang telah tamat episod...
Drama Chandelier Lakonan Ben Amir Mimi Lana Slot Megadrama

Drama Chandelier Lakonan Ben Amir Mimi Lana Slot Megadrama

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1146 hits
Drama Chandelier Lakonan Ben Amir Mimi Lana Slot MegaDrama Drama terbaru yang akan menggantikan drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami Bersiaran mulai 10 Februari 2020 akan datang Ditayangkan sebanyak 24 episod penuh Nantikan kemunculan gandi...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn