Drama Perempuan Itu Dari Awal Lagi Erma Luahkan Rasa Risau Umie Aida
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal, Datin Seri Umie Aida, mendedahkan kakaknya yang juga pengarah, Erma Fatima, ada meluahkan rasa bimbang mengenai babak ‘panas’ dalam naskhah Perempuan Itu.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Salam Taj Mahal itu menerusi entri Instagram miliknya.
Menurut Umie, dia juga menzahirkan kekecewaan apabila babak terlalu ‘daring’ yang dilakonkan pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa itu dikeluarkan dan dimuat naik di Instagram (IG) tanpa keizinan pihak penerbit.
“Hmm, baru sempat untuk saya berkongsi kata-kata sedikit pasal isu ini. Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya dia, bila menonton footage cerita ini.
“Dia kata mereka shoot sangat daring. Saya pesan awak sebagai penerbit kena tegas dan info mereka shoot atas landasan yang dibenarkan.
“Dan lebih mengecewakan, bila ada pihak yang sanggup mengeluarkan footage (yang erma nak buang) dari penyunting tanpa keizinan pihak penerbit dan memuat naik di IG,” dedahnya.
Mengulas lanjut, dia turut mempersoal apakah motif sebenar babak tersebut dikeluarkan dan memohon agar pihak tersebut bertanggungawab atas apa yang telah terjadi.
“Motif keluarkan footage yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk ‘tular’?
“Dan saya sempat melihat perkongsian dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kepada Erma… apa cerita kau orang buat ini.. gila ke?
“Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai tahap begitu?” coretnya.
Dalam pada itu, Umie turut memberitahu skrip dan interpretasi pengarah adalah berbeza dan pelakon mempunyai hak untuk menolak screenplay (lakon layar) yang diluar kewarasan.
“Sayangnya bila ada pihak tidak bertanggungjawab dalam tugas yang diberikan mengikut landasan yang
dibenarkan.
“Antara skrip dan interprestasi pengarah berbeza. Screenplay (lakon layar) dibuat oleh pengarah bukan penulis skrip atau penerbit.
“Dan sebagai pelakon wajar tolak lakon layar yang diluar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua,” ujarnya panjang.
Baru-baru ini, Zul menerima kecaman warganet selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di IG miliknya.
Video itu yang memperlihatkan aksi Zul mendukung Siti Hariesa dianggap tidak sesuai untuk tayangan masyarakat.
Walaupun klip tersebut sudah pun dipadamkan, namun ia masih menjadi bahan bualan warganet.
Setakat ini, kedua-dua pelakon terlibat masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara berkenaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Zahid beri bayangan calon PRU-15 70% adalah muka baharu
Tidak akan sertai UMNO, tidak menyimpan dendam pada Hadi
Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?
PRU-15: Saya takkan tunggu sesaat untuk bubar jika dipersetujui parti – Ismail Sabri
PM umumkan gaji minima RM1,500 akan bermula 1 Mei 2022
Buku Tommy Thomas: PM janji ambil tindakan
Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
AstraZeneca hasilkan ubat pertama cegah Covid-19
Ismail Sabri komited laksana program basmi miskin tegar
Muafakat Nasional masih relevan atau tidak jawapan ada pada PAS
Rafizi dan Izzah bergabung pimpin PKR
Pemandu jengkaut ‘bertarung’ 15 minit tewaskan sawa gergasi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TERKINI: Komando GGK patahkan cubaan ‘pengganas’ tawan stesen MRT Cheras
Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis
The post Drama Perempuan Itu, dari awal lagi Erma luahkan rasa risau- Umie Aida appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/20/drama-perempuan-itu-dari-awal-lagi-erma-luahkan-rasa-risau-umie-aida/