Drama Dendam Seorang Isteri


Drama Dendam Seorang Isteri  | Adaptasi K-Drama popular, Temptation Of Wife telah mula disiarkan di Slot Tiara 105 Astro Prima pada 21 Mac 2022, hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama penuh konflik yang mengandingkan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Aidit Noh dan Wan Raja sebagai penerju utama. 


Drama Dendam Seorang Isteri dengan 80 episod ini  memaparkan bagaimana seorang isteri bertahan untuk mempertahankan cinta dan perkahwinan bersama suami dan percaturan yang dilakukan isteri walaupun semua di sekeliling membenci dan membuat pelbagai cara dibuat untuk memisahkan mereka. 



Drama : Dendam Seorang Isteri
Jumlah episod : 80
Mula siaran :21 Mac 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, jam 6:00 petang
Siaran TV : Slot Tiara Astro Prima 
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin, Marr Mohamad, Pahzai Al-Khaired, Suzanna Zaily
Pengarah : Nizam Zakaria, Uchee Fukada
Produksi : Radius One Sdn Bhd


Senarai Pelakon Dan WatakFasha Sandha sebagai Amira (Angeline) | Wan Raja sebagai Harris (Marcel) | Nad Zainal sebagai Kirana (Heidi) | Aidit Noh sebagai Naufal (Nigel) | Syefik sebagai Syafiq | Amylea sebagai Neelisa | Zarynn Min sebagai Kak Baby | Ziema Din sebagai Datin Mona | Roy Azman sebagai Mus | Kween Keela sebagai Hilda





Sinopsis Dendam Seorang IsteriMengisahkan Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya-foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira. 


Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq. Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana. 


Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya. 


Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!





Sinopsis Drama Temptation Of WifeGoo Eun-jae merupakan seorang pelajar lulusan dalam bidang kecantikan dan bakal melanjutkan pelajarannya ke Perancis. Namun, dia terpaksa melupakan impiannya itu apabila dia hamil selepas terlanjur dengan teman lelakinya, Jung Gyo-bin. Gyo-bin adalah anak orang kaya yang menguruskan syarikat hartanah terkenal di Korea. 


Mereka kemudian berkahwin. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut merupakan kesilapan terbesar Eun-jae apabila dia dilayan ibarat orang gaji oleh ibu mertuanya, Baek Mi-in. Namun Eun-jae tetap bersabar dan menjalankan tugasnya sebagai isteri dan menantu yang baik buat kedua mertuanya.


Disebabkan kekejaman ibu mertuanya, Eun-jae mengalami keguguran dan sukar untuk kembali hamil. Hal itu kemudian membuatkan Gyo-bin mula bersikap dingin dengan Eun-jae.


Tujuh tahun kemudian, keadaan rumahtangga Eun-jae menjadi semakin keruh apabila kawan baiknya sejak kecil, Shin Ae-ri telah kembali dari Perancis. Ae-ri yang sememangnya cemburu dan berdendam dengan Eun-jae selama ini kemudian mula menggoda Gyo-bin. 


Hubungan sulit mereka akhirnya terbongkar apabila Ae-ri kembali dengan membawa seorang budak lelaki yang bernama Jung Ni-no. Ae-ri mengatakan bahawa Ni-no adalah anak hasil hubungan sulitnya dengan Gyo-bin. Eun-jae yang mengetahui akan hal itu berasa sangat sedih dan berasa dikhianati oleh kedua-dua orang yang disayanginya.


Eun-jae kemudian dipaksa oleh Mi-in agar menandatangani surat penceraiannya dengan Gyo-bin disaat dia tengah hamil kali kedua. Gyo-bin dan Ae-ri yang mengetahui akan kandungan itu kemudian menemui Eun-jae dan memaksanya agar mengugurkan kandungan tersebut. 


Eun-jae yang enggan menurut kemahuan mereka itu kemudian dihanyutkan ke laut. Ae-ri kemudian membuat surat palsu yang mengatakan Eun-jae membunuh dirinya lalu menghantar surat tersebut kepada keluarga Eun-jae.


Eun-jae kemudian diselamatkan oleh Min Gun-woo, yang juga kebetulan ketika itu sedang mencari adik angkatnya, Min So-hee yang membunuh dirinya dilaut yang sama dimana jasad Eun-jae ditemui. Gun-woo kemudian membawa Eun-jae ke hospital. Ketika sedar, Eun-jae menjadi sedih apabila dia mendapati dirinya keguguran buat kedua kalinya.


Hal itu membuatkan Eun-jae hampir membunuh dirinya namun dia segera membatalkan niatnya apabila dia bertekad untuk membalas dendam terhadap Gyo-bin dan Ae-ri. 


Kesempatan itu tiba apabila Eun-jae bertemu dengan Min Hyun-joo atau Lady Min, iaitu seorang wanita anggun dan kaya raya yang menguruskan Min Beauty Shop, iaitu sebuah syarikat kecantikan dan kosmetik yang terkenal di Korea. Lady Min adalah merupakan ibu kandung Min So-hee dan juga ibu angkat kepada Min Gun-woo, iaitu lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya sewaktu berada dilaut tersebut.


Lady Min yang mendapati nasib malang yang kini menimpa Eun-jae hampir sama dengan nasib malang yang menimpanya suatu ketika dahulu, membuatkannya bertekad untuk membantu Eun-jae membalas dendam terhadap keluarga bekas mertua Eun-jae itu. Ini kerana dia juga pernah mempunyai sejarah kelam dengan bekas bapa mertua Eun-jae, Jung Ha-jo. Eun-jae kemudian segera menukarkan penampilannya dan identitinya serta mula bekerja dengan Lady Min.


Eun-jae kembali dengan identiti baharu dan menyamar sebagai Min So-hee, iaitu anak kepada Lady Min. Penyamaran tersebut adalah untuk menjayakan rancangannya membalas dendam terhadap Gyo-bin dan Ae-ri. So-hee akhirnya bertemu semula dengan Gyo-bin di sebuah majlis tari-menari. 


Gyo-bin berasa terkejut apabila pertama kali menemui So-hee di majlis tersebut. Gyo-bin sempat curiga dengan So-hee namun So-hee berpura-pura tidak mengenali Gyo-bin. Ae-ri yang juga telah menemui So-hee juga berasa terkejut kerana wajah So-hee yang seiras dengan Eun-jae. Namun So-hee juga berlakon seolah-olah tidak mengenali Ae-ri dan mengatakan Ae-ri sudah menjadi orang tidak waras. 


Berjayakah rancangan Eun-jae untuk membalas dendam dan sekaligus melindungi identiti sebenarnya daripada terbongkar?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/03/drama-dendam-seorang-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hidup Janganlah Jadikan Content Shuk Sahar Perli Isteri

Hiburan Hidup Janganlah Jadikan Content Shuk Sahar Perli Isteri

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 128 hits
Nama pelawak ibarat sudah sebati dengan kontroversi membabitkan isu rumah tangganya bersama isteri Rossa Sera Peminat masih tertanya tanya tentang status perkahwinan mereka dan sementara itu Rossa pula dilihat semakin aktif di media sosial ...
Isteri Ada Empat Orang Anak Saya Pula Miliki Lima Cahaya Mata Lebih Sebulan Berkahwin Zul 2 By 2 Idam Zuriat Kembar

Isteri Ada Empat Orang Anak Saya Pula Miliki Lima Cahaya Mata Lebih Sebulan Berkahwin Zul 2 By 2 Idam Zuriat Kembar

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 405 hits
Isteri ada empat orang anak saya pula miliki lima cahaya mata Jadi kami ada sembilan orang anaklah Demikian kata penyanyi dan komposer Zul 2 By 2 apabila ditanya mengenai perancangan zuriat selepas mendirikan rumah tangga bersama wanita pil...
Isteri Shuk Dedahkan Message Rayuan Ini Nasihat Netizen Kepada Rossa

Isteri Shuk Dedahkan Message Rayuan Ini Nasihat Netizen Kepada Rossa

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 132 hits
PERKONGSIAN isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera di TikTok yang mendedahkan mesej dan panggilan telefon seorang lelaki dipercayai pelawak itu menarik perhatian netizen
Ucapan Selebihnya Saya Bisik Di Telinga Suami Genap Setahun Berkahwin Indah Titip Kata Suami Isteri Neelofa Pu Riz

Ucapan Selebihnya Saya Bisik Di Telinga Suami Genap Setahun Berkahwin Indah Titip Kata Suami Isteri Neelofa Pu Riz

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 367 hits
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz meraikan hari bermakna itu dengan makan malam bersama Terlihat sederhana tetapi romantis momen berkenaan dikongsikan Neelofa di Insta ...
Disyaki Bantu Syarikat Isteri Jadi Sub Kontraktor Bekas Pengurus Glc Ditahan

Disyaki Bantu Syarikat Isteri Jadi Sub Kontraktor Bekas Pengurus Glc Ditahan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 115 hits
Disyaki bantu syarikat isteri jadi sub kontraktor bekas pengurus GLC ditahan Seorang bekas pengurus syarikat pengangkutan berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan kuasa L...
Berang Isteri Dihina Di Pentas Oscar 2022 Will Smith Lempang Muka Chris Rock

Berang Isteri Dihina Di Pentas Oscar 2022 Will Smith Lempang Muka Chris Rock

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 278 hits
Gara gara mempersenda penampilan isteri Jada Pinkett Smith di Majlis Oscar 2022 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia selebriti Chris Rock dilempang oleh Will Smith Kejadian itu berlaku di Dolby Theatre Los Angeles Amerika Syarika...
Saya Sakit Hati Tapi Terpaksa Suami Jual Isteri Sebulan Dapat Rm3 000

Saya Sakit Hati Tapi Terpaksa Suami Jual Isteri Sebulan Dapat Rm3 000

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 652 hits
Saya sakit hati tapi terpaksa Suami jual isteri sebulan dapat RM3 000Seorang lelaki yang hanya dinamakan sebagai AR berusia 28 tahun di Serang Indonesia ditahan polis kerana disyaki menjual isterinya EE kepada lelaki hidung belakang melalui...
Isteri Yeon Junghoon Han Gain Bakal Jadi Tetamu 2 Days 1 Night

Isteri Yeon Junghoon Han Gain Bakal Jadi Tetamu 2 Days 1 Night

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 150 hits
Akhirnya permintaan ahli 2 Days 1 Night bakal menjadi kenyataan Sering disebut oleh suaminya Yeon Jung hoon Han Ga in akhirnya disahkan bakal menjadi tetamu program popular itu Ujar pihak produksi 2 Days 1 Night Han Ga in baru sahaja menama...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Kangen Band Setengah Mati Mengejar Dia Chord

Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000