Dr Zakir Naik Mohon Maaf
Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik memohon maaf susulan ucapannya yang mengguris hati masyarakat bukan Islam
Zakir berkata beliau tidak rasis dan kenyataannya sebelum ini “digunakan dengan rekaan yang ditambah padanya”
“Saya selalu mendukung keamanan kerana itulah pendirian Quran
“Misi saya menyebarkan keamanan ke pelosok dunia. Malangnya, saya turut berdepan pengkritik yang cuba menghalang daripada misi saya,” katanya.
Beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya telah dipetik di luar konteks sehingga dituduh menyebabkan masalah kaum di negara ini
Semalam Zakir disoal siasat lebih 10 jam di Bukit Aman, Kuala Lumpur sehingga melepasi jam 12 tengah malam, susulan kenyataannya dalam acara di Kelantan awal bulan ini
Zakir berkata beliau sedih apa yang berlaku menyebabkan orang bukan Islam menganggapnya rasis
“Rasisme adalah kejahatan yang saya tolak dengan keras, kerana dalam Quran, ia bertentangan dengan semua pendirian sebagai pendakwah Islam,” katanya
Dalam ceramah di Kelantan, Zakir mencadangkan pihak sebagai “tetamu baru” diusir patut meminta “tetamu lama” seperti orang Cina berbuat demikian dahulu
Beliau juga berkata penganut Hindu di negara ini lebih menyokong perdana menteri India berbanding perdana menteri Malaysia
Selepas kritikan, beliau berkata kenyataan itu dipetik di luar konteks
Zakir bagaimanapun berkata beliau memohon maaf jika kenyataannya itu menguris perasaaan susulan “salah faham” itu
“Saya rasa saya perlu mohon maaf kepada semua pihak yang terguris kerana salah faham ini,” katanya sambil menjelaskan tiada niat berbuat demikian
Beliau merayu masyarakat, terutamanya bukan Islam, mendengar ucapan penuhnya
“Ceramah saya ada di YouTube, Peace TV dan aplikasi Peace TV,” katanya
Zakir juga berterima kasih kepada penyokong yang tetap mendukungnya. - mk
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/08/dr-zakir-naik-mohon-maaf.html