Dosa Dari Masjid Yang Melahirkan Generasi Pendendam


Sebahagian besar masjid di negara ini mempunyai simpanan wang yang teramat banyak dan ia kemudian hanya digunakan untuk membaik pulih bangunan masjid, tukar permaidani dan hal-hal seumpamanya.


Memang itulah yang kamu dapat apabila masjid-masjid ditadbir oleh cikgu pencen, polis pencen dan individu yang berasakan masjid itu adalah milik peribadi mereka.

Yang polis pencen, sibuk nak tangkap pencuri wang tabung. Maka sibuklah dia memastikan ciri-ciri keselamatan masjid. Merata-rata dipasangnya CCTV. Keliling masjid dipasang pagar besi. Pantang ada pintu dan tingkap.

Masuk masjid kadang-kadang dah rasa macam masuk lokap. Mentang-mentanglah awak bekas polis.

Yang cikgu pencen pula sibuk dengan hal-hal keceriaan. Karpet mesti macam hotel lima bintang. Lampu cantik mesti ada di sekeliling pagar.

Pendingin udara wajib ada, sementara kipas gergasi dipasang sebagai persediaan sekiranya penyaman udara bermasalah.

Takut sangat panas semasa beribadat sedangkan panas api neraka terlebih panasnya apabila kamu salah uruskan wang orang ramai.

Kemudian, cikgu-cikgu pencen tidak lain kerjanya ialah mengherdik budak-budak yang baru belajar ke masjid.

Jubal lawa, oud harum

Yang kanak-kanak dimarahi kerana bising. Yang remaja dijerkah kerana bacaannya salah. Yang tua sedikit dipersalah kerana tidak duduk muzakarah.

Maklumlah, cikgu pencen, dah terbiasa marahkan budak sampai ke tua tak habis panasnya.

Orang yang tidak pergi masjid pula bukannya dipujuk, malah diperlekeh seolah-oleh sebelah kakinya dah masuk neraka.

Apabila budak tabligh datang nak tolong ajak orang kampung kamu ke masjid, kamu buat muka masam. Menyampah, kata kamu. Busuk, kata kamu.

Walhal kamu tidak tahu yang kebanggan budak-budak tabligh itu ialah memakai jubah yang paling lawa. Menyimbah minyak wangi oud paling mahal pada badan pula adalah kemegahan.

Kamu sendiri pun pakai minyak wangi Mydin. Itupun yang diwakafkan di masjid-masjid.

Kami tahu kamu akan segera mengatakan bahawa sebagai ejen orang kafir, tulisan kali ini mesti mahu mencari salah bangsa Melayu Islam.

Dan setelah menyerang bahasanya, kali ini - kata kamu - kami sibuk pula mahu mencari salah orang masjid.

Nak kata apa lagi, kamu semua memang jenis begitu.

Mesti rayu sumbangan

Nampak sampah di jalan, bukannya kamu pakat-pakat bersihkan sebaliknya kamu ambil gambar, letak di media sosial dan kamu maki.

Sampah itu kamilah. Tidak berguna kepada kamu. Menyusahkan dan menyesakkan.

Seperti yang kami katakan dulu, ada antara masjid di bandar-bandar besar mempunyai simpanan wang sumbangan orang ramai hingga berjuta-juta ringgit.

Wang itu tidak berkurangan kerana saban hari - dan yang paling penting - sebahagian AJK masjid akan merayu sumbangan.

Mahu kenduri sambut Maal Hijarah, minta sumbangan. Orang minta buat tahlil arwah pun kamu minta duit.

Pendek kata agenda paling utama sesetengah masjid ialah menambah wang simpanan masing-masing.

Yang dipertikaikan cuma, ke mana wang itu dibelanjakan?

Betullah kamu pandai mencari dana, namun mengapa wang itu hanya dibelanjakan untuk keceriaan bangunan masjid?

Keceriaan budak-budak yang mahu bersekolah, bagaimana? Adakah kamu tidak tahu berita betapa hari ini anak-anak kita yang sedang belajar di universiti ada antara mereka mengikat perut kerana tidak cukup makan?

Mengapa tidak boleh wang yang sebegitu banyak dijadikan biasiswa? Jangan biarkan mereka berhutang dengan sesiapa. Jangan biarkan mereka selamanya menjadi hamba sesiapa. Kita ini orang Islam!

Duit untuk siswa

Atau jika payah sangat, bayar saja mana-mana kedai makan berhampiran tempat budak-budak itu belajar. Suruh mereka sediakan makanan setiap hari kepada pelajar-pelajar yang tidak mampu.

Tapi, siapkan makanan tu, mahal sikitlah. Janganlah kangkung goreng tiap-tiap malam. Buatlah hidangan yang macam kamu sendiri yang mahu makan.

Biar budak-budak itu senang belajar dan tidak perlu bersusah hati memikirkan perut masing-masing atau bayarkan saja hutang PTPTN mereka.

Seperti yang kami katakan dulu, apabila kamu berbaik dengan budak-budak itu, nanti merekalah yang akan kembali memenuhi masjid kamu.

Jika kamu lakukan semua ini, nanti kita akan dapati lahir satu generasi yang selalu bersyukur, bukan jenis pendendam macam yang kita ada hari ini.

Disebabkan semasa belajar mereka miskin, apabila bekerja mereka membalas dendam dengan berbelanja macam tidak dilihat tuhan.

Kamu dapat wang percuma dan selama mana ada ayat al-Quran yang mengatakan betapa besarnya kelebihan bersedekah, selama itulah akan ada mereka yang murah hati memberikannya.

Budak-budak Bangladesh yang gaji entah berapa sen itu pun tidak pernah lokek untuk memberi sumbangan setiap kali tabung masjid lalu di depan mereka.

Sedangkan kamu apabila dapat wang daripada mereka, segera menyimpannya untuk dijadikan modal berbangga-bangga. Masjid aku banyak duit. Masjid aku cantik.

Budak curi RM2 kamu pukul setengah mati. Sakit sangat hati kamu apabila budak yang entah kebulur tidak makan atau sang bapa kebingungan menanggung keluarga mencuri seringgit dua wang yang memang sepatutnya menjadi hak mereka itu.

Tak malukah ada masjid kaya sedangkan ahli kariahnya meminta-minta? Kamu mahu jawab apa dengan tuhan nanti?

Kita orang beragama. Kita berbangga sebagai Muslim yang sederhana, Muslim yang tidak membunuh orang. Muslim yang taat dengan perintah benar tuhan.

Namun di mana mahu kita letak muka apabila orang tidak Islam mula mempertikaikan cara kita menguruskan wang sumbangan orang ramai?

Sepatutnya masjid-masjid yang mempunyai wang yang banyak bertindak melakukan sesuatu bagi membantu masyarakat di sekeliling.

Jika tidak pandai, gajikan mereka yang ahli. Tahulah mereka bagaimana mahu membelanjakan wang masjid itu.

Jangan bimbang ditipu kerana selama mana kamu menyimpan wang sumbangan orang ramai tanpa membelanjakannya kepada yang hak, maka selama itulah kamu sedang ditipu syaitan.

Selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga mendapat keberkatan bersama bulan ini, seperti yang dijanjikan tuhan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Matlamat Puasa Adalah Takwa Bukan Sekadar Lapar Dan DahagaKisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/dosa-dari-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imam Besar Masjid Istiqlal Ajak Ulama Dan Umaro Untuk Jaga Persatuan

Imam Besar Masjid Istiqlal Ajak Ulama Dan Umaro Untuk Jaga Persatuan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 316 hits
Dalam silaturahami tersebut seluruh ulama pendukung 01 dan 02 se Jakarta Barat bersama masyarakat luas bersatu dan berkomitmen untuk saling memaafkan dan berkomitmen bersama menjaga persatuan dan kedamaian di NKRI
Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah Panas Untuk Cuci Kubah Masjid Semangat 2 Pekerja Ini Perlu Dihargai

Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah Panas Untuk Cuci Kubah Masjid Semangat 2 Pekerja Ini Perlu Dihargai

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 364 hits
Ini Sebagai Persiapan Sambut Ramadhan Redah panas untuk cuci kubah masjid semangat 2 pekerja ini perlu dihargai Menjelang sambutan Ramadan pada esok hari pelbagai persiapan dilakukan untuk memperoleh keberkatan daripada Allah SWT Namun bagi...
Sambut Ramadan 1 356 Masjid Dan Musala Di Padang Dibersihkan

Sambut Ramadan 1 356 Masjid Dan Musala Di Padang Dibersihkan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 224 hits
Imral mengungkapkan kegiatan membersihkan 1 356 masjid dan musala di Kota Padang dalam menyambut Ramadan sudah dilakukan warga setempat sejak sepekan terakhir Kegiatan ini juga diikuti lurah camat kepala SKPD dan ASN Pemkot Padang di tempat...
Jokowi Salat Tarawih Di Masjid Jenderal Besar Soedirman Bogor

Jokowi Salat Tarawih Di Masjid Jenderal Besar Soedirman Bogor

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 248 hits
Deputi Bidang Protokol Pers dan Media Sekretariat Presiden Bey Machmudin mengatakan dengan menggunakan baju koko sarung serta peci Jokowi tiba di lokasi pada pukul 18 50 WIB disambut oleh Ketua DKM Masjid
Anies Terima Kedatangan Imam Masjid Dari Palestina Di Balai Kota

Anies Terima Kedatangan Imam Masjid Dari Palestina Di Balai Kota

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 362 hits
Mereka hadir di Indonesia untuk menjadi Imam salat tarawih di berbagai masjid di Indonesia Mereka akan sujud bersama dengan saudara saudaranya di tanah yang telah merdeka ini kata Anies
Warga Kota Malang Penuhi Masjid Jami Di Tarawih Hari Pertama

Warga Kota Malang Penuhi Masjid Jami Di Tarawih Hari Pertama

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 204 hits
Masyarakat Kota Malang menyambut bulan Ramadan 1440 H dengan penuh antusias Masjid masjid dipenuhi dengan jemaah salat tarawih hingga meluber ke halaman teras di malam pertama Ramadan
Suspek Kes Pecah Kenderaan Di Masjid Kubang Semang Diburu Polis

Suspek Kes Pecah Kenderaan Di Masjid Kubang Semang Diburu Polis

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 428 hits
PERMATANG PAUH 1 Mei Seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kes pecah kenderaan di dalam kawasan Masjid Kubang Semang di sini semalam telah dikenal pasti dan sedang diburu oleh pihak polis Dalam kejadian kira kira pukul 1 15 tengah hari...
Ustadz Arifin Ilham Tulis Surat Wasiat Kematian Minta Disholatkan Di 2 Masjid Dan Dimakamkan Disini

Ustadz Arifin Ilham Tulis Surat Wasiat Kematian Minta Disholatkan Di 2 Masjid Dan Dimakamkan Disini

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 331 hits
Beredar surat wasiat kematian Ustaz Arifin Ilham yang diketahui Ustaz Arifin Ilham tulis surat wasiat kematian ketika di Penang Malaysia Dalam isi surat wasiat kematian ditulis Ustaz Arifin Ilham diketahui apabila Ustaz Arifin Ilham meningg...
Kumpulan Th Properties Serah Masjid Bandar Enstek Kepada Kerajaan Negeri

Kumpulan Th Properties Serah Masjid Bandar Enstek Kepada Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 418 hits
Bernama Aminuddin menandatangani plak sempena Majlis Penyerahan Masjid Bandar Enstek kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di Nilai 2 Mei 2019 Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Mohd Zaidi Ramli fotoBERN...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


7 Jenis Rezeki Yang Ramai Nak Tahu

Persediaan Bila Banjir

30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap