Doktor Lari Ke Swasta Jururawat Pula Lari Ke Luar Negara



PUTRAJAYA: Penghijrahan jururawat ke luar negara dijangka terus melonjak susulan banyak negara kini membuka pasaran buruh berkenaan dengan tawaran gaji lumayan selain memberi kelonggaran dalam pemakaian hijab.
Terbaharu, Singapura mulai November ini membenarkan jururawat beragama Islam memakai tudung sekali gus memberi pilihan terbaik buat jururawat negara ini berkhidmat di negara itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Hamidah Othman berkata, setiap tahun ribuan jururawat terlatih berhijrah ke luar negara selepas menamatkan kursus masing-masing.
“Antara punca utama penghijrahan kerana peluang di negara sendiri terhad manakala kekosongan sedia ada pula lebih ‘memihak’ kepada jururawat lulusan diploma berbanding lulusan ijazah,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan ramai graduan kejururawatan dengan taraf ijazah sarjana muda keluaran universiti awam dan swasta terpaksa meneroka pasaran di luar negara.
Katanya, kelompok tersebut bukan tidak sayangkan tanah air sebaliknya mungkin ‘merajuk’ kerana berasa dipinggirkan apabila tiada tempat di negara sendiri yang lebih mengutamakan lepasan diploma.
Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri mengakui terdapat 14 buah negara menjadi tumpuan jururawat Malaysia berhijrah terutamanya di Arab Saudi dan diikuti Britain, Jerman, Jepun dan Australia.
Negara-negara tersebut sudah lama memberi kelonggaran dalam kod pakaian seragam berhijab bagi disesuaikan dengan imej jururawat negara ini selain mereka dikagumi kerana berdedikasi ketika menjalankan tugas.
Mengulas lanjut, Hamidah berkata, jururawat yang sudah bekerja di luar negara itu juga seronok bekerja di negara asing yang menyediakan pelbagai kemudahan selain gaji bulanan yang menyamai kadar setahun di Malaysia.
“Seperti di Singapura, selama ini ramai jururawat Malaysia adalah lelaki dan saya jangka selepas ini ramai jururawat wanita Islam pula akan berhijrah beramai-ramai ke republik itu akhir tahun ini,” kata Hamidah.
Kata beliau, republik kecil itu menjadi pilihan terbaik atas faktor jarak lebih dekat, persamaan budaya setempat selain isu tawaran gaji lebih tinggi sejajar piawaian tinggi sejagat.
Isu aliran keluar jururawat turut dipersetujui pensyarah kanan di Kulliyyah Kejururawatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Sanisah Saidi yang berkata, ramai bekas pelajarnya datang meminta surat sokongan untuk mereka bertugas di luar negara kerana kecewa tidak banyak penempatan di fasiliti KKM.
“Isu ini melibatkan pelajar bukan tajaan kementerian yang tidak terikat kontrak dan bebas ke mana mereka mahu bekerja selepas habis belajar, tetapi tetap sedih ekoran tiada kekosongan jawatan di negara sendiri,” jelasnya.
Menurut beliau, pusat pengajian kejururawatan sama ada universiti awam dan swasta di negara ini melatih bakal jururawat untuk misi khusus ‘dieksport’ ke luar negara.
Apatah lagi tahap mutu latihan kejururawatan di Malaysia, katanya, adalah terbaik di dunia bahkan jururawat tempatan menjadi ‘rebutan’ banyak negara maju yang mengalami kekurangan petugas itu.
Peluang kesempatan ini turut diambil Singapura yang tidak perlu membazir wang membina institusi khusus latihan jururawat sendiri kerana bekalan sumber manusia ‘dikilangkan’ di Malaysia.
“Dalam jangka panjang, jika trend masih berterusan, Malaysia yang bakal menanggung kerugian sebab berlaku ‘drain brain’ atau aliran bakat terbaik ke luar negara kerana kesilapan kita sendiri,” kata Sanisah.
Selain 16 institusi latihan kejururawatan di bawah KKM, terdapat 10 buah universiti awam dan 49 pusat pengajian tinggi swasta yang menawarkan kursus kejururawatan di negara ini.- UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/doktor-lari-ke-swasta-jururawat-pula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Dipertimbang Sebagai Duta Luar Negara

Nazri Dipertimbang Sebagai Duta Luar Negara

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 300 hits
MALAYSIA NOW Langkah melantik Nazri akan menyanggahi dasar diumumkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan yang menetapkan hanya diplomat sahaja yang akan dilantik ke jawatan tersebut Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz Ahli Parlime...
Di Negara Luar Pembangkang Bersama Rakyat Tertindas Utk Bersuara

Di Negara Luar Pembangkang Bersama Rakyat Tertindas Utk Bersuara

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 176 hits
youtube comVaccine Mandate Rebellion Republican Governors Fight BackUS president Joe Biden is rolling out a national vaccine mandate and it s going over really well with about half the US if you measure that in governors Gov Kredit Seperti ...
Status Hubungan Taiwan Dengan Negara Luar

Status Hubungan Taiwan Dengan Negara Luar

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 388 hits
Polimik status Taiwan sebagai sebuah negara agak unik Taiwan atau Chinese Taipei juga dikenali Republik China atau ROC ROC ni asalnya kerajaan yang memerintah China dari tahun 1912 1949 Selepas kalah dalam peperangan dengan komunis ROC beru...
Beginilah Keadaan Bilik Pendermaan Sperma Di Luar Negara

Beginilah Keadaan Bilik Pendermaan Sperma Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 261 hits
Have you ever wondered what the sperm donation room at a fertility clinic looks like Well wonder no more Magazines and towelsbeginilah keadaan Bilik Pendermaan Sperma di luar negara
Mahkamah Putuskan Bayi Kelahiran Warga Malaysia Di Luar Negara Berhak Dapat Kewarganegaraan

Mahkamah Putuskan Bayi Kelahiran Warga Malaysia Di Luar Negara Berhak Dapat Kewarganegaraan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 184 hits
MALAYSIA NOW Hakim Akhtar Tahir membenarkan saman tuntut pengisytiharan anak wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing secara automatik dapat memperoleh kewarganegaraan Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur Mahkamah Tinggi Kual...
Bukti Rm13 Juta Dipindah Ke Luar Negara Diserah Kepada Sprm

Bukti Rm13 Juta Dipindah Ke Luar Negara Diserah Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 344 hits
agendaily com23 9 2021Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor Dokumen dan slip yang didakwa bahan bukti berkaitan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated Kedah yang dikatakan dipindahkan ke akaun di luar negara sudah diserah kepa...
Vaksin Covid 19 Luar Negara 12 Facts You Need To Know About The Vaccine

Vaksin Covid 19 Luar Negara 12 Facts You Need To Know About The Vaccine

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 346 hits
Coronavirus vaccine will not be a cure all virologist warnsA vaccine for the new coronavirus will not be a cure all solution to the pandemic a virologist has cautioned Speaking to CNBC s Squawk Box Europe on Friday Robert Lambkin Williams a...
Individu Lengkap Vaksin Di Luar Negara Perlu Ke Pkd Sahkan Sijil

Individu Lengkap Vaksin Di Luar Negara Perlu Ke Pkd Sahkan Sijil

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 245 hits
AGENDA DAILY Rakyat Malaysia yang menerima suntikan lengkap vaksin Covid 19 di luar negara perlu mengesahkan sijil digital yang diterima di Pejabat Kesihatan Daerah Gambar Strait Times Semua individu yang telah lengkap menerima vaksin Covid...
18 Pegawai Kpk Gagal Twk Dilantik Jadi Asn Usai Pelatihan Bela Negara

18 Pegawai Kpk Gagal Twk Dilantik Jadi Asn Usai Pelatihan Bela Negara

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 168 hits
18 pegawai ini mengikuti diklat bela negara dan wawasan kebangsaan di Universitas Pertahanan Bogor Mereka mendapat materi diklat meliputi studi dasar inti dan pendukung
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm