Dodol Kukus



         Sejak akhir2 ini, tekak Kjee asyik teringin nak makan dodol. Memilih pulak tekak tu. Nak dodol yang lembik. Macam dodol yang baru siap dikacau
         Masa kecik2 dulu Kjee memang kena tolong arwah mak buat dodol menjelang Raya. Bab kisar beras pulut guna pengisar batu dan perah santan, memanglah tugas Kjee sebagai anak perempuan sulung. Masa tu baru tamat persekolahan. Bab ringan2 Kjee buatlah. Time dodol tu dah berat hendak dikacau, kerja arwah mak ler. Hehehe. 


         Foto pengisar diatas Kjee google aje. Entah mana pergi pengisar arwah mak dulu.          Puas UnclePali cari Dodol Lembik apabila Kjee kata teringin. Rupa2nya dia pun suka sebab tu giat mencari. Dan akhirnya jumpa di Restoran Suberi di Jalan AU3, Keramat. Tetapi esoknya nak ulang beli, dah habis.          Rezeki Kjee apabila tetiba muncul di newsfeed satu video Dodol Lembik. Dikongsi oleh blogger Butter Laici. Dibuat secara kukus. Apa lagi kan!! 😁         Bahan2 semua ada di rumah. Cuma tenaga tiada. So UnclePali buat sama2. Dia macam tak konfiden. "Eh mana ada orang buat dodol tak perlu mengacau (dikacau)!"          Kata2 UP buat Kjee hampir lost confidence. Tetapi kami buatlah jugak ikut video Butter laici.          Tarrrra sejam kemudian siap. Tetapi kejadiannya tak lah licin macam dikacau. 

         Dan selepas sejuk lebih kurang sejam, guna pisau plastic untuk potong2. Namanya Dodol Lembik maka lembiklah. Susah nak potong2. Tetapi Kjee happy sangat sebab sedap! 

         Kjee makan guna chop stick sebab lembik sangat sampai melekat di jari. Hehehe.           Bahan2 tak cerewet. 2 cawan santan, 2 cawan gula merah dan 2 cawan beras pulut! Kjee guna 1 kotak santan campur air jadi dua cawan santan.          Sila tonton video ini. Klik SINI.         Terailah buat. Senang sangat. Kukus jer. Ohh lupa nak bagitau gula merah yang digunakan memainkan peranan penting. Kjee guna gula merah timbang kati yang setakat ini hanya dijual di kedai runcit mamak. 

         



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2023/08/dodol-kukus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil